Terbukti tuduhan Lim Guan Eng BN rompak duit GST tidak benar- PAC
06:07 Jul 11, 2019  |  By SabahKini2
Terbukti tuduhan Lim Guan Eng BN rompak duit GST tidak benar- PAC

Jelas dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini tidak berasas.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dipercayai mendapati dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pentadbiran BN sebelum ini "merompak" dana untuk bayaran balik GST adalah tidak benar.

PAC mendapati pentadbiran BN membuat anggaran berlebihan (overestimate) untuk hasil yang akan diterima daripada GST, dan pada masa sama membuat anggaran rendah (underestimate) berkenaan jumlah yang diperlukan untuk bayaran balik.

Bagaimanapun kerajaan dahulu tidak 'mencuri' atau mengambil dana dalam akaun disatukan untuk bayaran balik tersebut.

Sumber memaklumkan agar menunggu laporan PAC dibentang kepada umum minggu depan.

Siasatan dimulakan September lalu selepas Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa RM19.4 bilion dana bayaran balik GST diseleweng pentadbiran BN. YB Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau juga turut melaporkan kepada pihak polis.

Menteri kewangan terdahulu Najib Razak menafikan dakwaan itu, dan berkata wang itu diletakkan dalam akaun disatukan kerajaan, dan kepada tabung amanah bertujuan membuat pembayaran semula secara berkala.

Menurut laporan Pakatan Harapanlah yang sebenarnya menggunakan wang GST itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST ]

KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST

 

 

 

 

Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST

Terdahulu PAC dijangka menyelesaikan siasatannya pada akhir 2018 dan membentangkan laporan ketika Parlimen bersidang pada Mac.

Namun pada Mac lalu, jawatankuasa itu masih lagi dalam proses mengesahkan dokumen dengan Jabatan Audit Negara, dan memanggil bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam T Subromaniam.

Penangguhan itu antaranya disebabkan percanggahan antara anggota jawatankuasa berkenaan syor yang perlu dibuat.

Ketua PAC Noraini Ahmad berkata laporan akan dibentang di Parlimen Selasa ini.

 

 

 

4 Comments