Karnival e-Padaidi Bugis tajaan MP Kalabakan bukti impian diterima sebagai Anak Negeri semakin hampir
11:07 Jul 16, 2019  |  By SabahKini2
Karnival e-Padaidi Bugis tajaan MP Kalabakan bukti impian diterima sebagai Anak Negeri semakin hampir

Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) dengan kerjasama 7 NGO Bugis dan 5 wakil rakyat Bugis bersatu menganjurkan Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBA) yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah. Bagaimanapun..

TAWAU- Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) dengan kerjasama 7 NGO Bugis dan 5 wakil rakyat Bugis seperti YB Kalabakan Ma’mun Sulaiman, Adun Merotai Sharifuddin Hatta, Adun Sebatik Datuk Hj Abdul Muis Hj Picho, Adun Balung Datuk Osman Jamal dan Adun Kunak Norazlinah Arif akan menganjurkan Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBA) yang julung-julung kalinya diadakan di Sabah.

KAReBA bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 26, 27 & 28 Julai 2019 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Pelbagai pengisian program yang dirancang penganjur mencukupi bidang ekonomi, keusahawanan, seni kebudayaan, kupasan buah fikir usahawan gagah, tarian nyanyian tradisional, kontemporari, sukan rakyat, makanan tradisional dan persembahan artis jemputan seperti XPDC dan Zamani Slam.

Menurut sumber setakat ini penyumbang terbesar ialah YB Kalabakan Ma’mun Sulaiman hampir RM50 ribu. Mungkin dari dana ahli parlimen yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat. Wakil rakyat lain termasuk Pembantu Menteri Kewangan dikatakan tidak menyumbang apa-apa.

Turut menyumbang dana ialah YB Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan Adun Apas walaupun daripada Adun Bersatu, tiada dalam poster serta banner penganjuran majlis.

Datuk Hamisah Samat Adun Tanjong Batu dikatakan tidak dilibatkan dalam karnival itu sedikit sebanyak mengguris orang-orang Tawau juga.

Paling mengecewakan Datuk Christina Liew Ahli Parlimen Tawau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar langsung tidak memberikan apa-apa sumbangan kewangan walaupun atas alasan menarik pelancong. Bagaimanapun Christina dijangka merasmikan majlis penutupan pada 28 Julai 2019

Dato’ Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah dijangka merasmikan majlis pembukaan pada 27 Julai 2019.

Terdapat cakap-cakap dan komen dalam media sosial melihat penganjuran Karnival e-Padaidi Bugis bersifat satu kaum seakan-akan program ini hanya untuk satu kaum sahaja dan semata-mata mahu menunjukkan kekuatan bugis dan pemimpinnya di Sabah.

Mohd Idris Salleh seorang pengguna facebook dari Tawau melahirkan rasa kekecewaan dengan program ini.

“Saya amat kecewa dengan pemimpin dan ketua-ketua bangsa bugis, bukan membenci ya persoalan nya apa kamu fikir Tawau ini kepunyaan bangsa bugis?Kamu peribumi ka? mahu ikut pesta kaamatan juga pesta dan karnival

”ada kamu merasakan sedikit hormat kepada kaum-kaum lain di tawau? tidak cukup dengan pesta kebudayaan? menapa mesti ada pesta karnival perkauman berasaskan satu bangsa? Tidak bolehkah membuat karnival untuk semua kaum?

“Apakah kerana kamu mempunyai 5 orang wakil rakyat kamu Tawau hanya milik bangsa?” katanya.

Facebook Mohd Idris Salleh

Lebih baik YB Kalabakan menggunakan dana puluhan ribu itu untuk membantu orang-orang miskin berbanding hanya untuk NGO perniagaan bugis kata Supardi seorang pengguna facebook lain.

Untuk sekian kalinya program berunsurkan kaum di Sabah tidak sesekali membelakangi pemimpin utama negeri waima berbeza bangsa mahupun agama. Konsep sebagai sebuah keluarga tanpa mengira kaum dan agama telah lama diterapkan di negeri ini. Jika situasi hanya disebabkan ia ditaja oleh pemimpin Warisan adalah wajar juga mereka bersama-sama meraikannya dengan kaum lain seperti Hari Kaamatan. 

Awal Februari tahun lalu Kerajaan Warisan Sabah melalui Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar berjanji akan meneliti semula tafsiran dalam Ordinan Interpretasi Anak Negeri berhubung suku kaum Bugis serta Jawa yang tidak termasuk sebagai Anak Negeri. 

Beliau berkata tiba masanya di bawah era kerajaan baharu, perkara itu diambil perhatian serta melihat semula tafsiran dalam ordinan agar suku Bugis dan Jawa yang sekian lama menetap di Sabah juga diiktiraf sebagai Anak Negeri.

Bagaimanapun kenyataan beliau selepas itu mendapat tentangan dari anak negeri Sabah.

 

 

 

70 Comments