Pemimpin PH Pengerusi MPKK direman cabul suri rumah Indonesia mandi bogel
06:07 Jul 21, 2019  |  By SabahKini2
Pemimpin PH Pengerusi MPKK direman cabul suri rumah Indonesia mandi bogel

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah Melaka Tengah direman empat hari bermula atas tuduhan mencabul suri rumah warga Indonesia, Isnin lalu.

Selepas isu rogol Exco DAP Perak kini kes cabul pemimpin tempatan Pakatan Harapan berlaku lagi kali ini melibatkan pemimpin PH Melaka.

Semalam Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah Melaka Tengah direman empat hari bermula atas tuduhan mencabul suri rumah warga Indonesia, Isnin lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh hari ini

Siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek petang semalam ketika diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk memberi keterangan.

“Kejadian didakwa berlaku pada jam 1.30 tengah hari ketika mangsa berusia 46 tahun berada di dalam bilik air di rumahnya.

“Mangsa ketika itu dalam keadaan tidak berpakaian kerana baru selesai mandi sebelum terlihat suspek iaitu jiran dikenali berdiri di luar pintu bilik air.

“Suspek kemudian menolak mangsa hingga ke dinding sambil memegang bahu kiri dan kanan wanita itu tetapi melarikan diri selepas mangsa menjerit,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong ditahan polis kerana merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Perumahan Perak Adun DAP rogol pembantu rumah Indonesia ]

Isu ini menyebabkan kemarahan kepada rakyat Indonesia sehingga mereka mahu kerajaan Malaysia menyelesaikan kes rogol ke muka pengadilan.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Indonesia mahu Exco DAP perogol diseret ke muka pengadilan ]

 

 

 

3 Comments