Hanya kerana RM1 juta Tangau sudah membuat perbandingan antara Tun Mustapha dengan Shafie Apdal. Tun Mustapha 'kaki paksa' Shafie kaki beri. 2018 Tangau juga mendapat kelulusan BN bangunan baru Dewan Paroki St John RM2.5 juta. Kenapa tak cakap ada paksaan
KOTA KINABALU- Netizen mengecam hantaran facebook terbaru Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga Presiden UPKO membuat tuduhan 38 tahun lalu kononnya seorang pemimpin Kerajaan Negeri Sabah di Tambunan mengadakan upacara pengislaman beramai-ramai secara paksa.
“38 tahun yang lalu, seorang pemimpin Kerajaan Negeri Sabah berada di Tambunan mengadakan upacara pengislaman beramai ramai. Ramai yang terpaksa ikut kerana pelbagai ugutan seperti, tidak masuk Islam tidak dapat Tanah, tidak dapat kerja dan pelbagai lagi ugutan”. katanya
Kenyataan itu merujuk kepada usaha Tangau untuk menunjukkan sokongan terhadap Dato’ Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah dalam lawaan kerjanya ke Tambunan bukan untuk memaksa orang masuk agama tetapi memberi peruntukan sebanyak RM1Juta untuk membaiki Gereja.
Madius juga merujuk kata-kata ucapan Shafie Apdal di majlis itu.
“Jangan berpecah, jangan berbalah antara orang Islam dengan Kritsian, Dusun dengan Bajau atau dengan kaum Kedayan, kita semuanya orang Sabah jangan buang masa gaduh pasal agama.
“Tiada gunanya kita bergaduh pasal bangsa pasal agama tetapi kita tiada kerja, anak tiada rumah, tiada tanah dan tiada duit, apa erti kita hari-hari berteriak sana sini itu agama saya itu bangsa saya ini tiada guna,
Blogger kritis Sabah, Musli Oli dalam hantar facebooknya menyelar kenyataan Timbalan Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum dan agama.
“Saya cabar Datuk Madius menyebut nama pemimpin kerajaan yang dimaksudkan dalam postingnya? Bukan sekadar menyebut nama tapi juga bukti-bukti tuduhan yang menunjukkan telah berlaku ugutan semasa pemimpin itu berdakwah di Tambunan.
38 tahun lalu bermakna tahun 1980 iaitu tempuh pemerintahan parti BERJAYA. Pada tahun 1976 - 1985 parti BERJAYA yang didokong kaum KDM telah dapat menumbang kerajaan parti USNO. Siapa pemimpin dari Kerajaan BERJAYA yang dimaksudkan”. katanya
Netizen mempertikaikan Madius apakah dengan membuat tuduhan dan menyebar isu agama mampu membaiki hubungan kaum dan agama di Sabah dengan menyemai dendam dan bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.
Apa motif Madius Tangau apakah ini satu dendam atau satu usaha ‘penjilatan’ terhadap Shafie Apdal. Apakah jika dizaman BN misalnya tiada usaha untuk membantu gereja, agama dan kaum bukan Islam?
Atau adakah itu Tun Datu Mustapha Harun yang mahu dibandingkan dengan Dato' Seri Shafie Apdal? Bukankah Tun Mustapha adalah pemimpin pujaan Parti Warisan khususnya Shafie Apdal.
Portal Sabahkini2 pada Januari 2018 pernah melaporkan BN di bawah Datuk Najib Razak Perdana Menteri ketika itu meluluskan kepadanya RM2.5 juta untuk pembinaan bangunan baru Dewan Paroki St John.
Tangau begitu memuji-muji pemberian ketika itu. Tidak bula Tangau membanding-bandingkan dengan mana-mana pemberian.
[ARTIKEL BERKAITAN- BN terbukti cemerlang menjaga hak dan kepentingan rakyat berbilang kaum dan agama- Tangau ]
Mengapa ketika kerajaan Warisan baru memberikan dana RM1 juta Tangau sudah membanding-bandingnya pemberian itu sambil membuat tuduhan kononnya berlakunya penindasan serta ugutan agama.
“Tidak ada pula ketika BN memberikan bantuan kepada gereja dan program keagamaan bukan Islam untuk memaksa bukan Islam menganut agama Islam’ kata Ghani seorang penggguna facebook.
Kata Tangau terbukti dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod yang cukup cemerlang dalam
menjamin serta memelihara hak-hak masyarakat yang berbilang kaum serta agama di negeri Sabah ini khasnya, dan di seluruh negara amnya.
Namun hari ini Tangau terpaksa mengubah cara baru dan cara 'penjilatan' baru untuk pemimpin yang beliau rasakan berkuasa serta menyelamatkan dirinya.