Musli Oli, Ketua Pemuda, NGO Sabah lapor polis kenyataan Madius Tangau
02:07 Jul 24, 2019  |  By SabahKini2
Musli Oli, Ketua Pemuda, NGO Sabah lapor polis kenyataan Madius Tangau

Kenyataan Madius Tangau Timbalan Ketua Menteri Sabah dianggap boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat di negeri ini. Penduduk asal Tambunan sendiri berkata tiada paksaan memeluk Islam.

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berikutan kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Laporan berkenaan dibuat oleh aktivitis politik Sabah Musli Oli yang juga seorang penulis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 2 petang Isnin.

Musli berkata, tindakan Madius mengeluarkan kenyataan sedemikian menerusi akaun Facebook beliau mencetuskan salah faham dan dendam dalam kalangan netizen yang berbilang kaum dan agama di Sabah.

Menurutnya, sebagai seorang yang berjawatan tinggi lebih-lebih lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri, Madius tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham dan perselisihan dalam kalangan penganut agama Islam dan bukan Islam di negeri ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja ]

Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja

Katanya, Madius memuat naik kenyataan yang mendakwa seorang pemimpin kerajaan negeri Sabah pada 38 tahun lalu mengadakan upacara pengislaman beramai-ramai di Tambunan secara paksa.

"Saya cabar beliau (Madius) agar membuktikan dakwaannya berhubung upacara pengislaman secara paksa itu.

"Beliau harus bertanggungjawab terhadap kenyataannya dan sebagai rakyat yang cintakan perpaduan, saya cabar beliau menyebut nama pemimpin kerajaan yang dimaksudkan dalam kenyataan berkenaan bersama bukti," katanya kepada media di sini selepas membuat laporan polis.

Beliau berkata, Madius perlu menunjukkan bukti yang menunjukkan berlaku ugutan semasa pemimpin (yang dimaksudkannya) berdakwah di Tambunan.

Musli berkata, adakah Madius yang juga presiden Upko mampu membaiki hubungan kaum dan agama di Sabah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan secara jelas ia mengundang kepada bibit dendam serta kebencian terhadap pemimpin Islam.

Turut membuat laporan polis ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ketua Pemuda PAS Negeri, NGO Belia, Persatuan Cina Islam Sabah, Armada Parti Pribumi Bersatu Sabah, Hamzah Abdullah bekas Pengerusi Amanah Sabah, dan Mantan AJK Biro Penerangan Warisan Pusat Dr Zulfikar

 

Mazlan NGO Belia- Beaufort

Azrul Ibrahim NGO Beliau/Armada Papar

Sebelum ini netizen berasal dari Ranau Fadilah Nordin melahirkan rasa terkilan dengan kenyataan Madius Tangau yang jelas berbaur sentimen perkauman. Menurutnya selaku penduduk asal Tambunan tiada paksaan memeluk Islam.

"Menurut cerita orang-orang tua saya tiada pula kes paksa masuk Islam melainkan disuruh pilih masuk mana-mana agama. Dna nenek saya masuk Islam. Adik kepada nenek saya mausk kristian. Tiada ugutan tiada pergaduhan. Pakcik makcik aya masing-masinng pilih agama yang mereka mahu anuti. Wa are in peace". katanya dalam hantaran facebooknya yang dikongsi netizen.

Laporan polis oleh Musli Oli, Ketua Pemuda UMNO, PAS dan NGO lain adalah wajar untuk memberi peringatan kepada pemimpin serta pihak diluar sana berhati-hati membuat kenyataan menyinggung perasaan rakyat.

10 Comments