Alumni UPM minta tangguh LPU UPM, Dr Saleh TKP cuba nafi tutup skandal
07:08 Aug 08, 2019  |  By SabahKini2
Alumni UPM minta tangguh LPU UPM, Dr Saleh TKP cuba nafi tutup skandal

Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) gesa Menteri menangguh pelantikan Pengerusi LPU UPM agar siasatan kes diselesaikan. Manakala Dr Saleh TKP cuba tutup kes dengan membuat laporan polis

SERDANG - Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan pelantikan baharu Pengerusi Lembaga Pengarah UPM (LPUPM) sehingga siasatan salah laku pegawai tinggi universiti itu.

Presiden Alumni UPM, Datuk Raihan Sharif berkata, mereka sehingga hari ini masih menanti maklum balas daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung tindakan memendekkan pelantikan lantikan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi LPUPM.

Laporan Sinar Harian

"Kami bukan persatuan alumni yang melawan kerajaan, kami cuma mahu Syed Razlan diberikan keadilan.

"Tapi kami tak salahkan Menteri Pendidikan buat keputusan tidak tepat begini, mungkin beliau (Maszlee) buat keputusan berdasarkan maklumat tidak menyeluruh.

"Hal demikian, kami desak supaya lantikan Pengerusi LPUPM baharu ditangguhkan dahulu, tunggu siasatan selesai supaya pengganti boleh ambil alih jawatan dalam keadaan lancar," katanya pada sidang media di UPM seperti dilaporkan Sinar Harian.

Siasatan oleh Pengerusi LPU UPM

Raihan menjelaskan, melalui surat bertarikh 20 Jun 2019 daripada Kementerian Pendidikan (Bahagian Governan) telah mengarahkan Syed Razlan menjalankan siasatan ke atas salah laku tiga orang pegawai tinggi UPM dan atas arahan tersebut beliau telah mengambil inisiatif memulakan siasatan salah laku berkenaan.

"Oleh itu, kami (Alumni) percaya tindakan Menteri Pendidikan memendekkan pelantikan Syed Razlan dan sekali gus melantik seorang pengerusi baharu dalam surat lain juga bertarikh 17 Julai 2019.

"Berkemungkinan besar dibuat berdasarkan nasihat yang salah dan membuat tindakan tidak tepat.Kami yakin dan percaya ada komplot untuk melindungi mereka yang terbabit dalam salah laku governan UPM.

"Kami juga difahamkan bahawa pada masa yang sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sendiri, berdasarkan maklumat orang awam, telah membuat lawatan mengejut ke atas anak syarikat UPM tersebut.

"Beberapa dokumen dan maklumat penting berkaitan kes telah diambil dari pejabat anak syarikat itu," dakwa persatuan itu.

Siasatan SPRM UPM Holdings Sdn Bhd

Dr Saleh TKP PT KPM huru-harakan UPM, di UMS Datin Paduka Hamisah Tapsir KP Pendidikan Tinggi KPM
huru-harakan UMS sebagai ahli Lembaga Pengarah LPU UMS

Sementara itu setakat hingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak pernah memberi respon tentang siasatan salah laku Dr Saleh Jaafar bekas CEO UPM Holdings Sdn Bhd, Dato' Wan Azman Wan Omar Pendaftar UPM dan Penasihat Undang-undang UPM.

Ia termasuk salahlaku rasuah Naib Canselor UPM  Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris  yang juga Pengerusi UPM Holdings bersekongkol dengan Dr Saleh Jaafar menghasut Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan menggulingkan YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi LPU UPM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri ]

[ ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings ]

Bukankah jelas Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM juga sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat senaraian awam melantik syarikat-syarikat itu bekerja sama dengan UPM. Bukankah itu kepentingan dari Naib Canselor terhadap syarikat yang dia menjadi Lembaga Pengarahnya. 

Penangguhan Temuduga Pemilihan Naib Canselor UPM

Sumber Kementerian Pendidikan juga memaklumkan bahawa temuduga pemilihan Naib Canselor UPM yang dijadualkan rabu lalu ditangguhkan kerana seorang dari calon yang bakal dilantik NC UPM iaitu Dr Saleh Jaafar terlibat dengan skandal UPM Holdings.

Menyedari tekanan serta pendedahan semakin meluas Dr Saleh Jaafar telah membuat laporan polis pada 7 Ogos 2019 di Balai Dato’ Abu Bakar Baginda berhubung laporan serta pendedahan portal Sabahkini2 terhadapnya dan Naib Canselor UPM.

 

 

Kenapa takut dengan kebenaran?

Beliau berkata ia sebagai fitnah jahat menyembunyikan keadaan sebenar yang berlaku di UPM.

Jika Dr Saleh berani beliau sepatutnya menasihatkan menteri dan membiarkan penyiasatan kes oleh Pengerusi LPU UPM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan itu dihabiskan termasuk skandal beliau dalam UPM Holdings bersama Naib Canselor UPM didedahkan.

Menamatkan khidmat Dato’ Seri Diraja Syed Razlan bukankah itu satu cara untuk Naib Canselor UPM, menutup kes Dr Saleh, Dato' Wan Azman Wan Omar Pendaftar UPM dan Penasihat Undang-undang itu? ditutup?

Jika Dr Saleh berani mohon beliau mencabar SPRM agar mendedahkan keputusan kesnya. Paling tidak beliau memberi penjelasan mengenai kesnya. Pelantikan anak saudaranya Dzulkhairi Ahmad sebagai CEO disebuah syarikat milik UPM Holdings. Mengapa tidak dimasukkan dalam laporannya sebagai 'penipuan'?.


Bagaimana jila laporan rasuah dan salah lakunya di UPM Holdings Sdn Bhd itu didedahkan lagi? Dr Saleh Jaafar akan menafikan lagi?

 

 

4 Comments