Datuk Juil Nuatim ‘Pendemo Empangan’ masuk Warisan dapat habuan Datuk Peter Anthony?
14:08 Aug 20, 2019  |  By SabahKini2
Datuk Juil Nuatim ‘Pendemo Empangan’ masuk Warisan dapat habuan Datuk Peter Anthony?

Selepas demo empangan diketuai Datuk Juil Nuatim pada 12 Julai lalu nampaknya membuahkan hasil apabila beliau menyertai Warisan. Sebagai orang kanan Datuk Peter dalam KDM tidak menghairankan beliau menyertai Warisan. Semuanya habuan...

16 Ogos lalu dilaporkan Datuk Juil Nuatim Timbalan Presiden KDM kononnya bersama 3,000 ahli UMNO Papar daripada 38 cawangan telah menyertai Warisan.

Mohd Shafie Apdal Presiden Parti Warisan dalam satu majlis mengalu-alukan kemasukan seramai 3,000 ahli UMNO itu.

Menurut Shafie kemasukan itu menambahkan lagi kekuatan parti Warisan yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan yang memerintah Sabah.

"Yang penting ialah kita memastikan hala tuju perjuangan dan ahli-ahli parti yang cukup jelas," katanya.

Sebagai bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Papar yang telah lama melarikan diri tidak dipastikan senarai 3000 ahli mana yang dibawa oleh Juil Nuatim itu. Jika Parti Pribumi Bersatu Sabah Papar turut mendakwa ribuan ahli UMNO bersamanya mungkin UMNO bahagian Papar yang dikata lumpuh itu tidak lagi seramai ketika kehadiran Dato’ Sri Najib di Papar baru-baru ini.

Habuan Projek Warisan Datuk Peter

Peter arah Timbalan Presiden KDM bersama kontraktor ketuai himpunan ‘Orang Papar’ sokong Empangan Papar

SELEPAS ditentang hebat oleh NGO dan rakyat mengenai pembinaan empangan Papar, Datuk Peter Anthony dan Kerajaan Warisan pada 12 Julai lalu mengarahkan Datuk Juil Nuatim Timbalan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun (KDM) 2018-2020 orang kuat Datuk Peter Anthony termasuk dalam Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengetuai demo bersama kontraktor mempertahankan projek empangan di Menderingin Papar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter arah Timbalan Presiden KDM bersama kontraktor ketuai himpunan ‘Orang Papar’ sokong Empangan Papar ]

Hasilnya Datuk Juil Nautim mendapat manfaat projek daripada Datuk Peter Anthony.

Suara NGO seperti Persatuan Perlindungan Alam Sabah (SEPA), Pasukan Petugas Menentang Empangan Kaiduan (TAKAD), Tanah Dahai, Partners of Community Organisation (PACOS) dan BERSIH2.0 (Sabah) disampahkan selepas khidmat pemimpin kanan KDM Timbalan Presiden digunakan.

Menggunakan KDM adalah amalan biasa Datuk Peter Anthony

Sebelum ini Naib Presiden KDM Michael P Ubu dan Datuk Peter terlibat dengan skandal kes pembelian tanah ladang kelapa sawit berstatus tanah adat bernilai RM155 juta di daerah Tongod pada tahun 2014.

Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael Ubu & Co  diberi notis 48 jam untuk menyerah diri ke pejabat SPRM tahun 2018 namun telah menghilangkan diri hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM ]

Kehilangan Michael Ubu Naib Presiden KDM ini kekal misteri hingga sekarang.

Malah Naib Presiden Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS), Paul Kadau menggesa Peguam Michael P Ubu yang hilang kerana kes rasuah tanah Risda diburu seperti Jho Low. Jho Low boleh didakwa walaupun tiada di Malaysia mengapa Michael tidak?

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony ]

SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony

Oleh itu nilaikan sendirilah siapa Datuk Juil Nuatim orang kuat Datuk Peter yang masuk Warisan ini.

 

26 Comments