Syed Saddiq 'tutup mulut' 13 pegawai kroni KBS, Timb menteri terpaksa pertahan Bersatu
13:08 Aug 21, 2019  |  By SabahKini2
Syed Saddiq 'tutup mulut' 13 pegawai kroni KBS, Timb menteri terpaksa pertahan Bersatu

Selepas isu 13 Kroni Armada Bersatu dilantik pegawai KBS Syed Saddiq terus berdiam diri. Steven Sim Timbalan Menteri terpaksa menjadi kambing hitam menjawab semua soalan media.Syed Saddiq cakap tak serupa bikin?

Selepas Syed Saddiq Abdul Rahman berdiam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim terpaksa mempertahankan ‘bossnya’ berhubungan pelantikan anggota Armada Bersatu sebagai penyelaras pembangunan sukan negeri-negeri Gred 29.

Beliau berkata, pelantikan mereka dibuat berdasarkan prosedur perkhidmatan awam sedia ada sekalipun pelantikan secara kontrak itu tidak dilaksanakan secara temuduga terbuka.

"Saya rasa tiada masalah lantik sesiapapun daripada kumpulan, persatuan atau parti mana," katanya ketika ditanya pemberita di Bukit Jalil hari ini.

Sekalipun pelantikan 13 pegawai KBS itu tidak melalui perbincangan dalam parti komponen Steven Sim hanya berkata ia tertakluk prosedur perkhidmatan awam.

Beliau enggan menjawab ketika ditanya jika pelantikan itu berkaitan dengan amalan kronisme.

Sebelum ini surat kementerian berhubung pelantikan 13 pegawai penyelaras sukan negeri tular dalam media sosial.  

[ARTIKEL BERKAITAN- Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS ]

Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS

Monopoli pelantikan pegawai KBS Gred 29 dikalangan Armada Bersatu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak kerana sebelum ini Syed Saddiq adalah orang yang lantang menolak orang politik mengisi jawatan jabatan kerajaan.

Komen-komen netizen dalam laman facebook mempersoal pelantikan itu yang jelas adalah kronisme dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tidak mungkin secara kebetulan 13 negeri, 13 Pegawai adalah Armada Bersatu melainkan ia dilantik kemudiannya mengikut skil gaji perkhidmatan awam” kata Zeti seorang pengguna facebook.

Sejak tular semalam Syed Saddiq tidak mahu menjawab soalan kronisme itu dan berpura-pura sibuk menguruskan ‘gojek’ teksi motosikal.

Malah menurut sumber dalam Mesyuarat Perundingan Belia Negara semalam, Syed Saddiq keluar lebih awal serta dihujani kritikan dalam mesyuarat.

 

 

Comment