Kroni sapu geran MDEC, Yasmin disingkir CEO, RM150 juta lesap projek ADAX, mana SPRM?
10:08 Aug 23, 2019  |  By SabahKini2
Kroni sapu geran MDEC, Yasmin disingkir CEO, RM150 juta lesap projek ADAX, mana SPRM?

Skandal MDEC sebenarnya parah. Kroni sapu geran dan Status kes projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) MDEC masih samar walau CEO Yasmin disingkir. Wang Rakyat RM150 juta terbazir. CEO ADAX yang ada kepentingan terus senyum.

SKANDAL dana MDEC yang dikuasai oleh pegawai atau ‘Kartel MDEC’ sudah didedahkan sebelum ini dalam siri pertama.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Geng Kartel' monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM ]

Menurut sumber, ramai juga pegawai MDEC dalaman suka pendedahan itu. Tidak dipastikan tindakan Menteri KKM namun tindakan susulan melaporkan kepada SPRM katanya sudah dilakukan oleh beberapa pihak. Kekayaan pegawai yang terlibat dengan pemberian dana ini harus disiasat sumbernya. Maklumlah ratusan juta dana MDEC telah disalurkan kepada syarikat ‘pilihan’ sejak sekian lama.

Artikel kali ini kita akan mengupas bekas bos MDEC iaitu Datuk Yasmin Mahmood bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ‘dicutikan’ selama 6 minggu berhubung siasatan SPRM projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX).

Sukarela? sebenarnya diarahkan bercuti sebelum ditamatkan hujung tahun

Apa agaknya kesudahan siasatan kes ADAX SPRM ini? masih misteri!

Status kes ini sehingga hari ini masih belum jelas walaupun Jun 2018, Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengarahkan siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) ini.

Menteri KKM menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada wujud percanggahan kepentingan antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau sebaliknya.

Mana mungkin tiada kepentingan apabila Ketua Pegawai Eksekutif ADAX Sharala Axryd rakan kongsi MDEC juga adalah pengasas di Pusat Sains Data Gunaan atau The Center of Applied Data Science (CADS) bertindak selaku pengurus program dan juga penyedia latihan.

Sharala Axryd pengasas CADS dan Ketua Pegawai Eksekutif ADAX 

Bunyinya dahsyat, ADAX bursa data fizikal pertama di dunia menyasarkan untuk melahirkan 20,000 profesional data menjelang tahun 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara. Namun ADAX nampaknya gagal berfungsi.

ADAX diluluskan oleh kerajaan pada 2016 dengan pembiayaan sebanyak AS$37.7 juta (RM150 juta) bagi tempoh empat tahun. 

Datuk Yasmin Maamod MDEC, CEO HRDF
dan  CEO ADAX Sharala Axryd disiasat


Dua sahabat baik yang gagal menjayakan ADAX

Turut membiayai projek ini ialah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Vignaesvaran Jeyandran diarah meletak jawatan pada Jun 2018 berhubung beberapa dakwaan rasuah meluluskan geran HRDF termasuk projek ADAX.

ADAX menawarkan pelbagai latihan dan kursus yang bakal melahirkan generasi baharu saintis serta profesional data.

Melalui  The Center of Applied Data Science (CADS) ADAX bekerjasama rapat dengan rakan pelaksana tempatan dan antarabangsa industri seperti Cloudera, Fusionex, IBM, Microsoft, Open Data Institute dan SAS

Menurut sumber Yasmin Mahmood selepas siasatan 6 minggu selesai dan kembali bertugas di MDEC telah diarahkan berhenti pada penghujung 2018 bagii meredakan skandal itu dan digantikan dengan CEO baru Surina Shukri

Surina Shukri CEO MDEC baru. Jika dia masih menggunakan pegawai 'Geng Kartel' dia juga akan gagal
sebagaimana Yasmin Maamod.

Projek ADAX belanja ratusan juta tetapi tidak menepati piawaian keselamatan negara

Mengapa projek ini gagal? Selain kepentingan pengasas Pusat Sains Data Gunaan (CADS) dengan ADAX yang Sharala Axryd juga adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasmin Mahmood dan Vignaesvaran Jeyandran (HRDF) bersekongkol melesapkan dana, faktor terbesar kegagalan ADAX ialah projek itu gagal menepati piawaian ditetapkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.



Ir. Dr Karl Ng Kah Hou adalah pegawai MDEC yang bertanggungjawab mengurus ADAX. Pasti beliau lebih tahu masalah ADAX

Sudah beberapa tahun pihak kementerian berkaitan, MDEC dan ADAX berunding dengan pihak Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia namun gagal kerana tidak bertepatan dengan Akta 88 Akta Rahsia Rasmi 1972. ADAX dikatakan membahayakan negara apabila beberapa beberapa data terperingkat negara mungkin di simpan di luar negara.

Apatah lagi misalnya jika cadangan menggunakan public cloud,  server microsoft di luar negara oleh Yasmin Mahmood bekas Pengarah Urusan Microsoft Malaysia 2006 - 2009 itu dituruti. Yang pasti ada beberapa perkara tidak boleh diperakukan  mudah oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 semata-mata demi projek ADAX adalah sesuatu yang sangat gila dan bakal membuka kepada agensi atau vendor lain melakukan perkara sama jika tidak dihalang.

Itulah apa yang pasukan Yasmin Mahmood lakukan di MDEC dan ADAX mereka sanggup melanggar Seksyen 7A (melapor permintaan maklumat), 7B (ejen negara asing) dan 8 (menyampai, rahsia rasmi dengan salah) untuk menjayakan ADAX. Tidak mengapa negara luar menyimpan maklumat rahsia negara kita asalkan projek jalan, komisen juga jalan!

 

Yasmin, MDEC dan dana kandungan kreatif

Sebelum ini telah didedahkan aduan syarikat dan individu terhadap beberapa Pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’  yang menentukan syarikat mana yang mendapat Dana Kandungan Digital MDEC atau MAC3 Fund yang diwujudkan kerajaan menyokong syarikat pengeluaran kandungan kreatif tempatan.

Permulaan dana ini bagus melahirkan syarikat animasi namun akhirnya menjadi medan kronisme. Syarikat kroni pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’ akhirnya memonopoli dana ini.

Jika Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC menjadi pemain utama dalam geran MDEC tentunya Datuk Yasmin Mahmood adalah ‘big bos’ sebagai dalang utamanya.

Tidak hairan jika studio-studio animasi Les' Copaque, Animonsta Studio, Giggle Garage, Inspidea, Durian Digital, Lil Critter Workshop, Wau Animation dan banyak lagi kerap mendapat dana besar daripada MDEC.

Lepas ni syarikat animasi kena buat watak untuk Surina Shukri CEO MDEC baru
Boleh dapat lagi tambahan dana 

Syarikat-syarikat animasi berjaya pula boleh terus mengampu mendapat dana dan kemudahan MDEC. Bubuh saja watak animasi lanun macam ‘Yasmin’ pasti dana akan bertambah lagi. Tunggu filem baru Boboiboy mungkin Animonsta Studio boleh mencipta watak untuk CEO baru MDEC. 

Syarikat besar akan terus menjadi besar, syarikat kecil baru bermula akan terus berkubur jika cara MDEC melayan cara kartel dan jika bukan kroni tak akan mendapatnya. MDEC tidak akan berkembang, dana besar dibelanjakan tetapi syarikat yang muncul ‘itu-itu juga’.

Kini MDEC memulakan pula untuk dana RM10 juta membangunkan E-Sports. Kamu rasa siapa yang paling mendapat manfaat banyak? Jika ini juga tidak dikawal pastinya ‘Geng Kartel’ Hasnul merembatnya dan syarikat-syarikat terpilih saja akan mendapatnya. Agak-agak syarikat Melayu atau bumiputera banyak tak dapat dalam industri game?

 

  Kenyang lagi pasukan Kartel Hasnul untuk industri game.
Moga Menteri KKM sedar tentang apa yang berlaku di MDEC

 

 

 

By-Orang dalam MDEC 

 

 

5 Comments