RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!
23:09 Sep 03, 2019  |  By SabahKini2
RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

Junz Wong berbangga dengan pengumuman RM5 juta sambil mengata BN tak pernah beri projek air Pulau Gaya . Apa dia lupa RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya dibawah Shafie Apdal yang disiasat PAC dan SPRM? Sepatutnya Junz Wong desak SPRM status kes itu.

KOTA KINABALU:  Semalam media melaporkan kononnya derita penduduk Kampung Pulau Gaya dan Kampung Kesuapan di Pulau Gaya yang tidak pernah mendapat bekalan air bersih sejak mendiami pulau itu lebih 60 tahun lalu bakal berakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru, Datuk Junz Wong ke pulau mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM5.3 juta bagi memasang paip saluran bekalan air ke setiap 510 rumah di situ.

Dalam ucapannya Pulau Gaya yang kini mempunyai 15,000 penduduk telah didiami sejak tahun 1923 di bawah BN tidak pernah menyediakan kemudahan asas itu.

Warisan lupa RM 100 juta lesap projek air Pulau Gaya kerana siapa?

Pada tahun 2017 parti lama Junz Wong DAP melalui portal Roketkini membangkitkan isu 15 ribu penduduk gaya tiada bekalan air bersih. Ketika itu Jimmy Wong Sze Phin lunyai dikerjakan kerana itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM100 juta Projek bekalan air Pulau Gaya gagal mengapa Ahli Parlimen DAP Sabah tidak salahkan Shafie Apdal? ]

Kini Junz Wong Parti Warisan mengulanginya sambil membuat tuduhan tidak berasas mengenai projek bekalan air luar bandar di Pulau Gaya.

RM100 juta Projek bekalan air Pulau Gaya gagal mengapa Ahli Parlimen DAP Sabah tidak salahkan Shafie Apdal?

Apakah Junz Wong lupa tentang laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), peruntukan keseluruhan projek bekalan air luar bandar di Sabah dari tahun 2010 sehingga tahun 2015 berjumlah RM2.001 bilion di mana sebanyak 184 projek telah dilaksanakan?

Apakah Junz Wong lupa Projek Bekalan Air ke Pulau Gaya adalah satu dari 350 projek yang disiasat SPRM dan 60 syarikat yang terlibat dalam penyelewengan RM1.5bilion.

Siapa terlibat kalau bukan Datuk Seri Shafie Apdal yang kini Ketua Menteri dan Datuk Peter Anthony kini Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah?  

Jangan lupa Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang juga bekas Menteri KKLW telah meluluskan projek di kawasan Pulau Gaya di bawah peruntukan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dengan kos hampir RM100 juta dilaksana oleh syarikat proksi Datuk Peter Anthony iaitu WBS Contruction Sdn Bhd selain penglibatan adik Shafie Apdal.

Pada 17 Januari 2017 Timbalan PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP) melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah.

PAC ketika itu mengesahkan wang yang disalur kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya bukannya dari kerajaan Negeri.

“PAC telah pergi ke Kota Kinabalu untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu. Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,”. Katanya

Mengapa Junz Wong tidak mendesak SPRM menyiasat kes itu semula? Junz Wong bangga menutup kesalahan bosnya dengan RM5 juta tetapi hilang RM100 juta tak mengapa?

Ir Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang terlibat dalam skandal rasuah Jabatan Air itu hadir dalam majlis itu kini menyediakan pula pembelian air penggunaan kad prabayar yang boleh dibeli daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sahaja sebagai pengedar tunggal.

 
Ir Amarjit Singh konsultan yang pernah terlibat kes rasuah Jabatan Air pun dilantik sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri

 

7 Comments