Menteri KPKT kempen jual rumah kepada China, Hong Kong, PPR mansuh, RMR lantik kontraktor kroni suami?
09:09 Sep 12, 2019  |  By SabahKini2
Menteri KPKT kempen jual rumah kepada China, Hong Kong, PPR mansuh, RMR lantik kontraktor kroni suami?

Zuraida Menteri KPKT nampak RM100b rumah belum dibeli. Maka beliau mencadang pembeli China dan Hong Kong kaya membelinya.Manakala PPR dimansuh, RMR pula kini dikatakan dilantik dari kontraktor kroni suami. Benarkah?

KUALA LUMPUR – Selepas tidak mahu lagi membina rumah PPR dan bakal menukarkan nama PPR kepada nama yang kononnya lebih komersial, kini Kerajaan PH bercadang pula untuk mengadakan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diadakan khas untuk pembeli di China dan Hong Kong.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu sangat tepat pada masanya dengan tumpuan khusus bagi penjualan rumah mewah yang kini bernilai ratusan bilion ringgit.

“Saya memikirkan unit yang belum dijual di pasaran mewah, kini bernilai RM100 bilion.

“Jadi, saya fikir kita mahu menganjurkan kempen HOC di China atau Hong Kong, di mana kita boleh menarik orang-orang ini untuk melabur di sini dan membeli rumah,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Tahunan Bandar Pintar Asia ke-5 hari ini.

Zuraida berkata, rumah di Malaysia jauh lebih murah daripada Hong Kong, contohnya rumah berkeluasan 250 kaki persegi di Hong Kong bernilai RM3 juta.

Katanya, beliau akan membawa cadangan itu ke Kabinet dan berbincang dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi.

Baru-baru ini kecoh dengan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) melibatkan warga China dan Hongkong yang semakin ramai di negara ini. Apatah lagi isu rusuhan di Hongkong yang heboh diperkatakan sekarang.

Malah mengejutkan peningkatan pembelian hartanah di negara ini dibeli oleh orang Hongkong dan China. Bagi Hongkong sudah tentu ini amat meragukan selepas pentadbiran wilayah khas China itu bergolak sehingga melumpuhkan ekonomi mereka.


KSU Isham Ishak pernah disiasat SPRM sebelum ini

Menurut KSU Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Isham Ishak pada tahun 2019 program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) menerima 3,500 permohonan dari pelbagai negara termasuk Hong Kong.

Pada 2018 saja, program MM2H menerima 5,011 permohonan.

“Sejak tahun 2017, permohonan dari Hong Kong meningkat 20 peratus setahun,” katanya.

China mendahului ranking dengan 13,892 permohonan, diikuti Jepun (4,882), Bangladesh (4,187), United Kingdom (2,729) dan Korea Selatan (2,568).

“Setakat ini, tiada peningkatan mendadak daripada pemohon MM2H berasal dari Hong Kong, namun kita mengalu-alukan kedatangan mereka ke Malaysia.

Isu sindiket penjualan My Kad oleh pegawai JPN kepada warga China sekarang turut membimbangkan rakyat. Kemungkinan bebas Warga China dan Hongkong membeli hartanah besar-besaran di negara ini boleh berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis ]

Protes Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran tindakan pemaju tempatan menarik pelabur Hong Kong membeli hartanah di Malaysia susulan krisis politik di pulau itu, boleh menyebabkan harga rumah meningkat sehingga tidak mampu dibeli rakyat tempatan.

Kebimbangan itu turut dikongsi warganet yang tidak mahu kebanjiran warga asing diburukkan lagi dengan dasar kerajaan yang tidak membantu dalam mengekang masalah berkenaan.

PPR, RMM dan lantik pemaju swasta

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dijenamakan semula kepada skim sewa beli, akan tampil dengan unit lebih luas dan kemudahan lebih baik di kawasan strategik.

Begitu juga Rumah Mampu Milik (RMM) yang kini Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah telah melantik beberapa kroni swasta didalangi suami Menteri iaitu Syarikat Kenhoe Contruction Works Sdn Bhd bagi pembinaan 20,000 unit Perumahan Mampu Milik.

Surat KPKT bertarikh januari 2019 itu tular baru-baru ini dalam laman sosial.

Sumber berkata projek KPKT kebanyakanan dikuasai oleh suami Zuraida..


Konsep PPR dijenama dan ditukar menggunakan format RMR bagi menjimatkan kos kerajaan.

“Projek itu masih untuk B40, kita hanya ubah nama. Konsepnya lain (dengan PPR).

“Rumah mampu milik itu nanti keluasannya 900 kaki persegi dengan kelengkapan kemudahan di kawasan yang strategi,” katanya merujuk unit PPR yang keluasannya hanya 600 kaki persegi ketika ini.

 

 

 

 

 

Comment