Syarikat IOI milik suami Menteri DAP antara dalang punca jerebu Malaysia-Indonesia
04:09 Sep 14, 2019  |  By SabahKini2
Syarikat IOI milik suami Menteri DAP antara dalang punca jerebu Malaysia-Indonesia

Selepas dibidas Yeo Bee Yin, Siti Nurbaya Bakar Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia mempunyai senjata membalas semula Menteri Malaysia

Perang mulut Menteri Malaysia Yeo Bee Yin dan Siti Nurbaya Bakar Indonesia akhirnya membongkar dalang punca Jerebu Malaysia-Indonesia. Indonesia membongkar syarikat milik suami Menteri DAP, Lee Yeow Seng, CEO IOI antara punca

Susulan perang mulut antara Malaysia dan Indonesia saling membuat tuduhan negara punca jerebu Kerajaan Indonesia hari in membalas dengan menamakan empat syarikat minyak sawit milik Malaysia sebagai antara penyebab kebakaran beberapa hutan di republik itu.

Antara syarikat yang dinamakan ialah Sukses Karya Sawit, milik IOI Corporation (IOI), Sime Indo Agro, milik Sime Darby Plantation (Sime Darby) selain Rafi Kamajaya Abadi dan Adei Plantation & Industry Rafi Kamajaya Abadi dan Adei Plantation & Industry.


Syarikat-syarikat ini sudah mula menjawab membuat penafian. Bagaimanapun Indonesia mempunyai bukti mengenainya

IOI Corporation adalah konglomerat milik suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin. Suaminya Lee Yow Seng sekarang ialah CEO IOI Properties Group Berhad

Sime Darby Plantation adalah syarikat milik kerajaan Malaysia (GLC) yang kontroversi terkenal di zaman PH sekarang menjual asetnya termasuk beberapa ladangnya di Indonesia. Sime Darby Plantation syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di dunia berdasarkan keluasan kawasan penanaman, dan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit termasuk memiliki ladang Papua New Guinea,  New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) dan Liberia.

Rafi Kamajaya Abadi adalah milik TDM Berhad kerajaan Terengganu, manakala Adei Plantation & Industry adalah unit Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Menurut laporan Reuters, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar menuduh Rafi Kamajaya Abadi dan Adei Plantation & Industry berpangkalan di Riau syarikat yang bertanggungjawab memulakan kebakaran hutan. Kerajaan Indonesia dilaporkan menyita ladang-ladang itu.

Ketika dihubungi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin memberitahu Reuters bahawa Indonesia harus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kebakaran.

"Indonesia harus mengambil tindakan terhadap pelaku kebakaran hutan, tanpa mengira siapa mereka dan tanpa rasa takut atau suka, mengikut undang-undang tanah.

"Yang paling penting, kebakaran hutan mesti dipadamkan secepat mungkin," katanya seperti dilapor.

Reuters melaporkan Indonesia menyatakan telah menutup perladangan yang dikendalikan oleh kira-kira 30 syarikat dan membawa tuduhan jenayah terhadap empat syarikat berkenaan.

Namun tidak dipastikan apakah saranan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu turut bakal mengambil tindakan kepada syarikat milik suaminya  Lee Yeow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties.

Yeo Bee Yin melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir akan menghantar surat bantahan kepada Presiden Indonesia, Jokowi. Bagaimanapun Kerajaan PH terpaksa U-Turn daripada protes kepada membantu Kerajaan Indonesia.

Dengan penglibatan syarikat suaminya IOI Corporation antara punca jerebu Malaysia, Indonesia dan negara ASEAN sudah tentu ia mungkin menyukarkan Menteri DAP, Yeo Bee Yin menanganinya sepertimana isu pencemaran di Pasir Gudang yang turut melibatkan syarikat suaminya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Pihak berkuasa terus buntu, Menteri pula mahu saman pihak kaitkan suaminya pemilik kilang kimia]

Analisis data satelit oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mendapati bahawa terdapat dua kali ganda lebih banyak titik panas di wilayah Indonesia di Sumatera dan Kalimantan berbanding dengan keseluruhan Malaysia.

ASMC juga menyatakan bahawa keadaan angin membawa asap dari titik panas di Sumatera ke Semenanjung Malaysia, dan dari Kalimantan ke Sabah, Sarawak, dan Brunei.

ASMC adalah badan antara kerajaan yang terdiri daripada agensi-agensi cuaca di semua negara anggota Asean.

Dengan menyalahkan Negara Indonesia tetapi didalangi syarikat Malaysia tentu penyelesaiannya amat sukar kerana melibatkan syarikat milik  suami Menteri DAP! Jalan terbaik adalah U-turn untuk membantu.

Reaksi rakyat Malaysia terhadap penglibatan suami menteri sudah tentu bakal mengundang kritikan kuat daripada rakyat. Rakyat derita, kesihatan terjejas tetapi Menteri tetap kaya raya dengan perniagaan di luar negara. Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar perlu mengotakan janji menghukum sesiapa saja terlibat termasuk syarikat suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia itu.

12 Comments