Iktiraf UEC ia keputusan Sabah bukan Kerajaan Pusat kata Dr Maszlee
11:09 Sep 29, 2019  |  By SabahKini2
Iktiraf UEC ia keputusan Sabah bukan Kerajaan Pusat kata Dr Maszlee

Sekalipun kerajaan pusat belum mengiktiraf UEC kerana menunggu jawatankuasa. Kerajaan Sabah mendahului KPM dengan mengiktiraf UEC tetapi dengan syarat yang ditetapkan kerajaan.

Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, buat masa ini kementeriannya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jawatankuasa Kajian UEC.

“Bagi Semenanjung Malaysia, kita masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Kajian UEC yang kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Parlimen Simpang Renggam di sini, hari ini.

Ditanya mengenai langkah kerajaan Sabah mengiktiraf UEC, Maszlee berkata, itu dalah keputusan kerajaan negeri berkenaan.

Sabah Iktiraf UEC dengan syarat

Malam tadi, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Di Festival Kuih Bulan Shafie Apdal umum iktiraf UEC ]

“KeRajaan negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya seperti dilaporkan.

Walaubagaimanapun selepas diiktiraf Mohd Shafie berkata, untuk calon Sabah yang menduduki peperiksaan Junior UEC, mereka perlu mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan bagi calon peperiksaan Senior UEC pula mesti menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jabatan Pendidikan Sabah menyokong keputusan mengiktiraf UEC, tetapi sebagai syarat untuk memasuki institusi pengajian tinggi, seseorang itu juga mesti mendapat kredit dalam Bahasa Melayu SPM, lulus subjek Sejarah SPM dan lulus peperiksaaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET)”. Katanya

Ini kali kedua Shafie menunjukkan kuasanya kepada pusat satu ketika membatalkan semua lesen judi slot mesin (lesen MOF) dan kini UEC. Perang mulut Shafie dan Dr Maszlee bukan baru kerana sebelum ini isu pelantikan Pengerusi LPU UMS dan juga Naib Canselor UMS yang membelakangkan kerajaan negeri. Kali ini dalam UEC Shafie tidak perlu merujuk Kerajaan Pusat.

 

Comment