Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah
12:10 Oct 03, 2019  |  By SabahKini2
Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah

Di manakah Michael P Ubu menghilang?

Peguam Warisan Michael P Ubu bukan saja diburu SPRM malah kini diburu PDRM. RM15.5 juta wang RISDA lesap melibatkan Datuk Peter Anthony dan juga Shafie Apdal. Michael P Ubu dikatakan diarahkan melarikan diri ke luar negara.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman memburu 21 peguam yang disyaki terbabit dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah dengan kerugian berjumlah RM30.4 juta.



Kredit Infografik- Malaysiakini

Di antaranya, seorang peguam Warisan Michael P Ubu yang pernah terbabit dengan Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri dan Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dalam kes pembelian tanah Risda.

Michael P Ubu dikatakan disembunyikan dan diarah melarikan diri ke luar negara selepas kes Risda turut diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu

Pelbagai pihak menggesa kes disiasat namun nammpak masih gagal

SPRM masih memburunya. Cuma hari ini kelihatan SPRM seperti 'Kawtim' dan disenyapkan

[Kes Peguam Michael Ubu boleh di baca di sini]

[SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony]
http://sabahkini2.com/en/news/2101/sprm-digesa-buru-peguam-michael-ubu-skandal-tanah-risda-libatkan-peter-anthony/view

[Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu]
http://sabahkini2.com/en/news/2184/kitingan-gesa-sprm-perlu-adil-siasat-kes-rasuah-risda-shafie-peter-michael-p-ubu/view 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, berkata kesemua individu berusia antara 34 hingga 69 tahun itu juga sudah dikeluarkan daripada senarai pengamal undang-undang oleh Majlis Peguam.

Katanya, daripada jumlah itu, terdapat arahan untuk dakwaan terhadap lapan peguam membabitkan 15 kertas siasatan, manakala 13 lagi dicari bagi tujuan membantu siasatan.

“Semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati 16 daripada mereka masih berada di dalam negara, manakala lima lagi berada di luar negara.

“Kesemua mereka disyaki terbabit dalam kes penipuan dan pecah amanah, antaranya salah guna wang pelanggan untuk kegunaan sendiri, penipuan kes yang tidak wujud dan tidak menjalankan kerja perundangan walaupun sudah menerima bayaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Mohd Zakaria berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 21 individu terbabit diminta segera tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan pecah amanah.

 

16 Comments