SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony
16:07 Jul 19, 2019  |  By SabahKini2
SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony

Naib Presiden Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS), Paul Kadau menggesa Peguam Michael P Ubu yang hilang kerana kes rasuah tanah Risda diburu seperti Jho Low. Jho Low boleh didakwa walaupun tiada di Malaysia mengapa Michael tidak?

KOTA KINABALU: Portal Freemalaysiatoday (FMT) melaporkan Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan peguam Michael Persius Ubu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah bernilai RM155 juta kepada Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Naib Presidennya Paul Kadau berkata setakat yang beliau tahu, kes itu belum ditutup.

“Orang Sabah tidak sabar melihat keputusan akhir siasatan terhadap mereka yang cuba menjual tanah itu, yang berstatus tanah orang asal,” katanya

Kes itu melibatkan penjualan 2 bidang tanah di Tongod kepada Risda pada 2014. Urusan jual beli itu gagal walaupun bayaran pendahuluan telah dibayar oleh Risda, didakwa melalui firma guaman milik Ubu.

Ubu, 62, gagal hadir di pejabat SPRM walaupun dipanggil bersama Naib Presiden Warisan Peter Anthony tahun lalu.

Anthony, yang kini menteri pembangunan infrastruktur Sabah, direman selama 3 hari sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Kadau berkata beliau tidak bermaksud menuduh kedua-dua individu itu melakukan sebarang kesalahan. Bagaimanapun, beliau mempertahankan bahawa SPRM perlu menyelesaikan siasatannya, bukan membiarkan sahaja kes itu.

Beliau berkata ia adalah kes berprofil tinggi kerana ia juga membabitkan Ketua Menteri Shafie Apdal, yang merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada masa itu.

“Tidakkah Shafie ingin membersihkan namanya, setelah selesai dengan kes berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah yang melibatkan RM1.5 bilion?” soalnya.

Beliau menambah SPRM harus menunjukkan usaha yang sama seperti dalam usaha memburu ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung siasatan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Oleh itu Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Latheefa Koya diharap membuat kenyataan media mengenai status kes rasuah RISDA ini sekarang.

Untuk rekod portal Sabahkini2 pernah melaporkan kes rasuah RISDA ini sehingga siasatan kes SPRM dilakukan. Kronologi laporan kes rasuah RISDA boleh dibaca seperti berikut-

9 November 2017
Pecah amanah lebih RM15 juta dana RISDA SPRM bakal panggil Peter Anthony dan Peguam

http://sabahkini2.com/en/news/149/pecah-amanah-lebih-rm15-juta-dana-risda-sprm-bakal-panggil-peter-anthony-dan-peguam-/view

 


28 Disember 2017
Naib Presiden Warisan hilang 2 bulan kini bakal ditahan kerana kes rasuah RISDA?
http://sabahkini2.com/en/news/277/naib-presiden-warisan-hilang-2-bulan-kini-bakal-ditahan-kerana-kes-rasuah-risda/view


30  Disember 2017
Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony
http://sabahkini2.com/en/news/281/tahniah-utusan-malaysia-lapor-skandal-rasuah-risda-shafie-dan-peter-anthony/view

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

 

31 Disember 2017
SPRM sahkan siasatan kes RISDA libatkan Shafie dan Peter Anthony
http://sabahkini2.com/en/news/282/sprm-sahkan-siasatan-kes-risda-libatkan-shafie-dan-peter-anthony/view

8 Januari 2018
Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDA
http://sabahkini2.com/en/news/319/ada-bukti-baru-reman-peter-disambung-4-hari-michael-ubu-peguam-lari-bawa-wang-deposit-risda/view

Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDA

 

9 Januari 2018
Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM
http://sabahkini2.com/en/news/324/skandal-curi-deposit-wang-risda-rm155-juta-memalukan-kdm/view

Kes melibatkan firma guaman Michael Ubu & Co yang juga adalah Naib Presiden KDM

12 Januari 2018
Skandal RISDA RM155juta: Selepas Peter kini giliran Shafie Apdal bakal ditahan SPRM
http://sabahkini2.com/en/news/336/skandal-risda-rm155juta-selepas-peter-kini-giliran-shafie-apdal-bakal-ditahan-sprm/view

24 Januari 2018
Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?
http://sabahkini2.com/en/news/377/michael-pubu-hilang-diculik-atau-dibunuh/view

Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?

20 Februari 2018
RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA
http://sabahkini2.com/en/news/487/rm155-juta-dicuri-peter-peguam-negara-benarkan-pendakwaan-kes-risda/view

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budiman' iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staff atau orang kepercayaannya dalam syarikat. Selepas itu Peter memindahkan wang kepada pelbagai pihak lagi.

 

 

2 April 2018
Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!
http://sabahkini2.com/en/news/663/bukti-terbongkar-memang-shafie-dan-peter-anthony-rompak-wang-risda/view

Sabahkini2 sebelum ini pada 20 Februari melaporkan mengenai “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula kes sejak tahun 2014.

 

Kini selepas mereka berkuasa sebagai Kerajaan Kes Shafie Apdal melibatkan kes penyelewengan KKLW ditutup tanpa perlu didakwa di mahkamah walaupun terdapat bukti yang mencukupi mengenainya.  Menteri Warisan Datuk VK Liew pada Ogos 2018 hanya mengumumkannya dalam Dewan Negara mewakili Warisan membebaskan 'bosnya' Shafie Apdal.

"Setelah diteliti semua keterangan yang ada, pendakwa raya memutuskan pada 20 Jun lalu, tiada pendakwaan akan dibuat kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan selanjutnya," kata Liew. 

 

Penahanan bekas Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 dengan membeku akaun miliknya RM29 juta juga adalah jelas ada berlaku rasuah. Paling tidak Sinkong, Hartaty akan didakwa. Bagaimanapun Sinkong terus mendapat projek Pan Borneo di Sabah berbilion ringgit. Manakala Hartaty dibebaskan dan tidak didakwa hingga kini. Bagaimana seseorang yang ditangkap sejumlah wang RM29 juta masih bebas dan bertugas sebagai Pegawai PTD?

 

Namun kes RISDA masih terbuka dan tidak ditutup hingga kini. Sesekali Shafie Apdal menasihatkan pegawai GLC baru namun terlupa bahawa mereka masih mempunyai kes yang belum ditutup.

27 Mac 2019
Shafie ingatkan GLC Sabah elak rasuah tetapi kes RISDA Micheal Ubu 'Pencuri' bagaimana?
http://sabahkini2.com/en/news/1791/shafie-ingatkan-glc-sabah-elak-rasuah-tetapi-kes-risda-micheal-ubu-pencuri-bagaimana-/view

Oleh itu gesaan  Paul Kadau Naib Presiden Parti Angkatan Perpaduan Sabah (APS) mengenai kes RISDA wajar diambil perhatian semula oleh Latheefa Koya.

 

 

6 Comments