Tipu perdagangan melalui Pelabuhan Tanjung Bruas, Ketua Menteri dan Exco Melaka terlibat?
10:10 Oct 26, 2019  |  By SabahKini2
Tipu perdagangan melalui Pelabuhan Tanjung Bruas, Ketua Menteri dan Exco Melaka terlibat?

Dari isu rasuah Exco RM2.6 juta, pencemaran arang batu kini penipuan perdagangan .Menurut agensi Refinitiv Oil Research, minyak Venezuela samada diblended atau ditukar tong di hub transshipment di Linggi dan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka! Benarkah?

26 Ogos lalu Reuters mendedahkan Kerajaan Malaysia  (PH) bersuhabat dalam penipuan untuk menolong Venezuela dan Iran bagi mengelak sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Reuters berkata mereka mempunyai bukti yang minyak diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula ke China


KLIK ARTIKEL 

Menurut agensi Refinitiv Oil Research, minyak Venezuela samada diblended atau ditukar tong di hub transshipment di Pelabuhan Linggi dan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka dan dinamakan semula dengan gred seperti Singma and Mal Blend

Kerana itu eksport minyak dari Malaysia kepada China telah meningkat 3 kali ganda pada 3 bulan lepas walaupun pengeluaran minyak dari PETRONAS dilaporkan menurun.

Amerika juga meletakkan Malaysia dalam senarai 16 negara yang mereka syaki adalah penipu perdagangan.

Amerika ialah destinasi eksport ke-3 terbesar Malaysia jika dikenakan sekatan ekonomi atau kenaikan tarif ia pasti menekan Malaysia. Tekanan dari India untuk memboikot minyak sawit Malaysia sebagai pengimport terbesar pasti memburukkan keadaan.

21 Oktober lalu portal Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kemungkinan sekatan perdagangan ke atas Malaysia.

Bagaimanapun laporan menyebut pelabuhan Melaka Linggi dan Pelabuhan Tanjung Bruas sebagai hub transshipment minyak diimport dari Venezuela dan Iran sebelum dihantar ke China adalah satu tuduhan yang sangat serius.

 

Mengapa Linggi dan Pelabuhan Tanjung Bruas?

Jika benar laporan Reuters bermakna ada pemain di utama di Negeri Melaka itu. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Tidak mungkin media antarabangsa melaporkannya jika tiada sumber yang mendedahkannya.

Apapun sejak dari dahulu pelbagai laporan dibuat mengenai Pelabuah Tanjung Bruas dari isu rasuah hingga pencemaran arang batu. Namun apa tindakan SPRM? Sekalipun Exco Melaka Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Mohd. Rafiq Naizamohideen iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput disiasat berhubung dakwaan rasuah RM2.6 juta namun kes itu senyap hingga sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas ]

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang dahulu mengesahkan
kes ini sepatutnya mengumumkan status kes

 

Malah Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Mohd. Rafiq Naizamohideen terus berdiam diri tentang isu pencemaran arang batu di Pelabuhan Tanjung Bruas yang menyusahkan rakyat. Dahlah syarikat yang melabur kena 'pau', rakyat lagi derita akibat pencemaran.

 

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Melaka Berhad mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 30% dan Seaport Management Services Sdn. Bhd. 70% di dalam penswastaan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka. Sebagai rakan usahasama yang strategik Seaport Terminal melalui syarikat induknya MMC Corporation Berhad mempunyai rangkaian sebanyak 5 pelabuhan yang terdapat di Malaysia

3 Ogos lalu tular video sekumpulan nelayan di Kampung Tanjung Kling mendakwa berlaku pencemaran sisa arang batu dibuang dari sebuah kapal membawa arang batu yang berlabuh di perairan berhampiran Pangkalan Nelayan Kampung Tanjung Kling, sebelum menurunkan muatan di Pelabuhan Tanjung Beruas untuk dibawa ke Jeti Port Dickson Negeri Sembilan. Syarikat yang membuang sisa itu hanya dikompaun tetapi orang-orang dibelakang kerajaan tidak disiasat.

Barangkali jika ada melibatkan tular atau melibatkan kematian nyawa rakyat barulah kerajaan bertindak. Paling misteri tiada pula siasatan SPRM dilakukan jika terdapat unsur salah guna kuasa atau rasuah. Malah Exco bebas dan terus menggunakan kuasa untuk mengutip komisennya.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO)Kerana rasuah Exco, syarikat, rakyat terus jadi mangsa pencemaran arang batu di Tanjung Bruas dan PD! ]

 

 

 

7 Comments