SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China
05:10 Oct 27, 2019  |  By SabahKini2
SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

Demi syarikat China Lee & Man Paper Shafie dan Kerajaan Warisan sanggup melakukan apa saja untuk disaman PPSB kerana engkar SPA yang sudah dibayar beratus juta selain gaji pekerja SFI. Akhirnya mahkamah benarkan injunksi PPSB halang kerajaan Warisan!

KUALA LUMPUR:  22 Oktober lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membenarkan permohonan injunksi (injunction) daripada Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) berkenaan perjanjiannya untuk membeli Sabah Forest Industries (SFI).

Menurut The Edge, Hakim Ahmad Bache menolak permohonan yang difailkan oleh Lee & Man Paper Manufacturing Ltd dan Grant Thornton Consulting Sdn Bhd untuk membatalkan tuntutan Pelangi Prestasi Sdn Bhd.

Laporan itu berkata, Lee & Man Paper, sebuah firma berpangkalan di China, dilantik oleh Kerajaan yang dipimpin oleh Warisan untuk mengambil alih SFI manakala Grant Thornton adalah pihak administrasi (Receiver & Manager, R&M) yang menstruktur SFI.

Saman itu akan didengar pada 7 dan 10 Disember ini.

Penasihat Pelangi Prestasi Lim Chee Wee memberitahu The Edge bahawa hakim telah membenarkan injunksi syarikat itu untuk menghalang pelaksanaan satu set pra-syarat baru bagi lesen kayu oleh kerajaan Sabah.

Oleh itu SFI tidak dibenarkan untuk berurusan dengan mana-mana pihak ketiga yang berminat untuk membeli syarikat itu.

Isu ini timbul berikutan syarikat dari China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd (L&M) yang telah dibenarkan oleh kerajaan Sabah untuk mengambil alih SFI.

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!]

Demi syarikat China, Lee  Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!

Tindakan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal dan GTC curang dibelakang PPSB walaupun PPSB sudah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan kerajaan Sabah yang lama untuk mengambilalih SFI dengan harga RM1.2 bilion adalah sesuatu yang sangat tidak bertangggungjawab.

PPSB telah membuktikan komitmen terhadap perjanjian jual beli (SPA) yang telah ditandatangani pada April 2018 dengan membayar deposit sebanyak 10 peratus atau RM120 juta. Selain  telah membayar sepenuhnya gaji kakitangan SFI sejak Mac 2018, termasuk RM23.1 juta dari Januari hingga Mac tahun 2019.

Kerajaan Sabah memegang 2% saham di SFI dan enggan mengeluarkan lesen kayu kepada Pelangi Prestasi, yang memperoleh 98% kepentingan dalam syarikat kilang kertas dari pengeluar pulpa dan kertas Ballapur Industries Ltd yang berpangkalan di India pada April 2018 dengan harga RM1.2 bilion.

Perjanjian itu membolehkan firma Syed Mokhtar mengendalikan SFI, termasuk semua aset, pemilik tanah dan lesen pembalakan. Ia termasuk menguruskan ladang hutan 712,000 ekar di mana 683,000 ekar di bawah konsesi 99 tahun yang diberikan oleh kerajaan Sabah pada tahun 1996, manakala selebihnya dimiliki oleh SFI.

PPSB telah bertegas memenuhi sebahagian daripada prasyarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Isu SFI yang kini melalui perbicaraan mahkamah pastinya tidak akan selesai lebih awal dan ini mungkin akan memberi kesan kepada tanggungan kerajaan negeri terhadap pembayaran gaji pekerja SFI.

[ARTIKEL BERKAITAN SFI- klik

1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!

Kerajaan Warisan dalang perebutan SFI, sampai bila sengsara rakyat berakhir?

 

 

 



2 Comments