PJS sahkan KJ 'Tipu' sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia
05:11 Nov 13, 2019  |  By SabahKini2
PJS sahkan KJ 'Tipu' sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia

Akhirnya kedudukan KJ terjawab bagaimana KJ secara tiba-tiba diselitkan Timbalan Presiden MWRF. Ia satu penipuan daripada kem SM Nasarudin John Ng Keng Chuan MPM untuk melayakkan KJ sebagai Presiden!

Selepas isu MPM berlarutan beberapa bulan akhirnya pelantikan bekas Menteri Belia dan sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia adalah tidak sah dan boleh dipertikaikan kesahihannya.

Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam satu surat rasmi yang ditandatangani ketua penolong PJS, Asmadi Mohamad menyatakan Khairy Jamaluddin tidak pernah memohon untuk menjadi ahli kepada persekutuan tersebut tetapi nama beliau telah dicadangkan oleh setiausaha semasa Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 3 Mac lalu.

"Pejabat ini mengambil maklum bahawa pada Fasal enam perlembagaan menyatakan keahlian terbahagi kepada empat kategori iaitu ahli gabungan, ahli bersekutu, ahli individu dan ahli kehormat di mana ahli individu dan ahli kehormat adalah ahli yang boleh dilantik oleh jawatankuasa induk.

"Pihak persekutuan juga mengakui terlepas pandang mengenai pelantikan Khairy Jamaluddin semasa Mesyuarat Agung Tahunan badan sukan itu adalah bercanggah dengan Fasal 17.5 perlembagaan yang menyatakan jika terdapat kekosongan jawatan dalam jawatankuasa induk, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut.

"Jika tiada calon yang demikian atau calon tersebut menolak jawatan tersebut, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu di bawa ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang," katanya seperti yang dipetik dalam surat tersebut.

Oleh itu kenyataan PJS itu hanya mengesahkan terdapat dalang dalam MPM yang melantik Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia. Persoalan bagaimana tiba-tiba KJ diselitkan dalam Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia sudah terjawab kini.

Sebelum ini didedahkan kumpulan asal MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan  bertegas untuk membawa Khairy Jamaluddin terus bertanding sebagai Presiden MPM termasuk pihak-pihak yang lewat menghantar borang bertanding.

Sejak kes ini berlarutan KJ adalah dalang  kepada kemelut MPM sekarang. Beliau mengatur semuanya termasuk dakwaan penglibatan Ketua Pengarah MSN dan pegawai kanannya dalam meluluskan KJ bertanding. Terdedahnya emel dalaman SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan berpakat membawa pegawai MSN adalah bukti campur tangan KJ menyusun semuanya.

KJ sepatutnya memilih untuk mengalah dan menarik diri bukan mengheret MPM sehingga terbongkarnya isu lain seperti rasuah dan memperalatkan Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia itu.

[BACA ARTIKEL- KJ dalang kehancuran MPM: Rasuah 25,000, kawtim MSN, sekongkol CEO Naza, Ng Keng Chuan ]

KJ dalang kehancuran MPM: Rasuah 25,000, kawtim MSN, sekongkol CEO Naza, Ng Keng Chuan

Turut didedahkan ialah 3 dalang utama krisis MPM yang menyebabkan isu ini berlarutan sehingga penemuan baru mengenai salah guna kuasa di Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia itu. Syed Saddiq wajar mengambil tindakan tegas mengenainya.

[BACA ARTIKEL - 3 dalang utama krisis MPM:Syed Saddiq perlu tukar KP, pegawai MSN, PPS!

3 dalang utama krisis MPM:Syed Saddiq perlu tukar KP, pegawai MSN, PPS!

Kini segala-galanya terlondeh. Keputusan PJS juga mendapati pelantikan bekas timbalan presiden, Tan Ah Bee yang telah meletak jawatan pada 5 November tahun lalu sebagai Naib Presiden 3 semasa Mesyuarat Agung Tahunan badan sukan itu turut bercanggah dengan Fasal 17.5.

"Pelantikan dibuat setelah setiausaha membuat pelawaan kembali kepada barisan ahli jawatankuasa kepada Tan Ah Bee melalui telefon dan beliau bersetuju kembali jika hanya memegang jawatan naib presiden atas alasan tidak dapat memberi komitmen penuh atas sebab peribadi.

"Oleh yang demikian pada pemahaman pejabat ini, pelantikan Ah Bee sebagai Naib Presiden 3 pada Mesyuarat Agung Tahunan 2019 boleh dipersoal dan dipertikaikan kesahihannya," katanya.


Pengumuman PJS itu telah mengesahkan bahawa KJ dan pasukannya jelas adalah dalang merosakkan MPM. Semata-mata mahu meletakkan KJ sebagai Presiden MPM,  SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan  mengarahkan Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia memasukkan dalam persatuan itu untuk kelayakan bertanding MPM.

Oleh itu dakwaan AJK Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia KJ memberikan wang RM20,000 untuk menyelitkan nama KJ adalah terbukti maka SPRM wajar menyiasatnya.

 

 

 

1 Comment