Zahida Rafik mengamuk dana dari Shafie Apdal dibeku LHDN!Turut terkena Wilfred Yong dan Albert Chan
09:12 Dec 16, 2017  |  By SabahKini2
Zahida Rafik mengamuk dana dari Shafie Apdal dibeku LHDN!Turut terkena Wilfred Yong dan Albert Chan

Mengapa sekarang? Hakikatnya ketika Shafie Apdal bergelar Menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO beliau dan proksi sudah disiasat oleh SPRM. Paling menggemparkan Skandal Shafie Apdal dengan Zahida Rafik melibatkan jumlah wang haram RM 1.5 juta.

Tindakan siasatan SPRM terhadap Shafie Shafie Apdal Siapa kata Shafie Apdal dipecat oleh YAB PM sebagai Menteri? Shafie hanya digugurkan dalam kabinet menteri selepas rombakan kabinet menyaksikan Tan Sri Muhyiddin turut digugurkan sebagai TPM.

Rombakan kabinet bagi kuasa seorang PM adalah perkara biasa. Shafie Apdal tidak dipecat dalam UMNO hanya keputusan MT dan juga Lembaga Disiplib parti mengantung jawatan serta keahlian Shafie dan Muhyiddin. Shafie yang mengisytiharkan keluar dari parti UMNO sendiri dan kemudiannya mengambil alih parti baru milik Fred Gabriel bekas calon PKR Pantai Manis Papar. Hari ini Shafie Apdal dan para macai Warisan menuduh semua siasatan serta penangkapan SPRM terhadapnya adalah satu konspirasi dan hanya dilakukan selepas beliau keluar daripada UMNO. Walaupun beliau berkali-kali mencabar SPRM menangkapnya

Mengapa di dalam UMNO dan mempunyai jawatan tidak ditangkap? Benarkah begitu? Hakikatnya ketika Shafie Apdal bergelar Menteri KKLW dan Naib Presiden UMNO beliau sudah disiasat oleh SPRM. Ini termasuk kes pembelian bangunan Mara Inc serta kes yang paling menggemparkan ialah Skandal Shafie Apdal dengan Zahida Rafik melibatkan jumlah wang haram RM 1.5 juta.

Kes ini menjadi panas apabila Zuraida Kamaruddin MP Ampang bersama bekas pemandu Zahida Noor Azemi mengadakan sidang media mendedahkan jumlah wang yang diberi kepada Zahida. SPRM turut menyiasat dan memanggil pemandu Zahida dibawah siasatan Akta Pengubahan Wang Haram ( AMLA 2001)

Tapi apa jadi? Shafie hanya selamat selepas sahabat baiknya Tan Sri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu mengarahkan kes Zahida di tutup!.Menurut blog Captain M hubungan baik Shafie Apdal dengan Tan Sri Abu Kassim KP SPRM bukan lagi rahsia.

Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas  KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012

Akhirnya Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram  RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan  ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim. 

Hanya pada tahun 2017 selepas Laporan Ketua Audit Negara siri ke-2 mengesahkan terdapat penyelewengan dana KKLW sebagaimana laporan Tian Chua mengenai projek Bekalan Elektrik Luar Bandar apabila projek bernilai RM2.196 bilion gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong.

Walaupun Zahida Rafik menang kes ini di mahkamah rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan 30 November lalu membenarkan permohonan Noor Azman Azemi, bekas pemandu pelakon Zahida Rafique dalam rayuannya terhadap saman fitnah ke atas bekas majikannya itu Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengambil tindakan awal membekukan wang Zahida.

Begitu juga Skandal Mara Inc yang berlaku dizaman Shafie Apdal yang diarahkan Tan Sri Abu Kassim ditutup awal sehinggalah sekaran Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengarahkan kes itu disiasat semula sehingga ke luar negara

Syarikat-syarikat proksi Shafie Apdal dibeku LHDN

Bukan itu sahaja sebelum Shafie Apdal keluar UMNO pun beberapa syarikat milik proksi Shafie Apdal akaunnya dibekukan oleh LHDN kerana tidak membayar atau melarikan dari cukai.

Syarikat milik Albert Chan, Wilfred Yong (MCA), Datuk Peter Anthony (Asli Jati Engineering) turut dibekukan lebih awal oleh LHDN kecuali Asli Jati Engineerig yang terlibat dalam kes rasuah baru –baru ini namun tetap diberi perhatian LHDN.

Tentu ramai masih ingat Syarikat Ternama Tabah Sdn Bhd milik Albert Chan yang mendapat projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag) Sabah (KKLW.T.40/2011. Melibatkan Pulau Bait, Sumander, Larapan, Selakan, Menampilik, Denawan dan Omadal bernilai RM95,282,320.00.

Projek ini tidak berfungsi sepenuhnya dan merugikan 3500 penduduk Pulau. Syarikat Ternama Tabah adalah syarikat yang sengaja diisytiharkan rugi bagi mengelak cukai LHDN. Bagaimanapun syarikat yang rugi ini tetap diberi Shafie Apdal projek.

Maklumlah Albert Chan lah yang memberi bangunan  UMNO Semporna yang kini diambil alih oleh Parti Warisan.

Syarikat-syarikat Wilfred Yong bekas pegawai Shafie Apdal turut di beku LHDN ketika dalam BN inikan Shafie Apdal diluar BN.

Dan tidak ramai yang tahu menurut sumber dua sebelum Datuk Peter Anthony ditahan reman SPRM dikesan Peter mengeluarkan sejumlah wang RM30 juta seperti mengetahui beliau akan ditahan SPRM.

50 Comments