POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta
16:12 Dec 04, 2019  |  By SabahKini2
POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta

Mengapa Kerajaan Warisan senyap bila ditipu oleh Syarikat RM3 Burel Industries yang kononnya melabur RM13B di POIC. Mac lalu Kerajaan Warisan berbangga mengumumkkannya namun habuk pun tiada. Kini Jepun pula di POIC.

Adalah melucukan apabila pada Mac 2019, Kerajaan Warisan mengumumkan kepada media pelaburan syarikat Burel Industries Sdn Bhd sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah. Rupanya ditipu.

RM13b melayang..Burel Induustries lesap! Datuk Guna Mahalingam penipu 'kaki pau' kaut wang

Syarikat Burel Industries adalah sebuah syarikat penipu yang tidak aktif yang berdaftar di Malaysia pada tahun 2009 dengan hanya menerbitkan TIGA saham yang bernilai RM3.

Saham-saham ini dimiliki sepenuhnya oleh Ingrit Holdings Pte Ltd, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura yang diperbadankan pada 2010.

Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek  RM13 bilion POIC Sabah?
Datuk Mahalingam Rajaratnam-kerjanya kutip dana syarikat kononnya untuk dapatkan pelabur

Begitu megah kerajaan Warisan sebuah syarikat RM3 yang tidak sah dan tidak wujud pemegang sahamnya memperoleh urus janji bernilai RM13 BILLION POIC. Apa sudah jadi pelaburan RM13bilion itu? Selepas ditipu Syarikat Burel Industries mengapa kerajaan negeri senyap tidak mengumumkannya? Malu?

Pemilik Burel Industries Datuk Mahalingam Rajaratnam atau Guna Mahalingam dikaitkan sebagai pengasas SSP Global (Energy) Solutions terkenal sebagai 

[ARTIKEL BERKAITAN- Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah? ]

Pelaburan RM100 juta Blue Capital Management Co. Ltd Jepun

Terbaru Kerajaan Warisan dalam misi ke Jepun mengumumkan lagi perjanjian pelaburan sebanyak RM100 juta daripada Blue Capital Management Co. Ltd. (Blue Capital), sebuah syarikat berpangkalan di Tokyo yang terlibat dalam penggunaan tenaga biomass POIC , Blossom Bio Energy Sdn. Bhd. (BBE) dan Blue Capital.

Berjayakah pelaburan ini di POIC? Jika dikira dalam nilai mata wang Amerika nilainya dalam USD25 juta. Tidaklah besar mana. Itupun jika Datuk Dr. Pang Teck Wai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) tidak dipermainkan lagi seperti Burel Industries yang diumum dalam media secara besar-besaran bulan mac itu.

Mohd. Shafie seperti ketika Burel Industries melabur RM13b itu sangat gembira dengan pelaburan Jepun ini atas alasan membangunkan ekonomi negeri melalui industri sawit dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya di Lahad Datu.

“Alhamdulillah salah satu yang kita lakukan dalam misi ke Jepun hari ini ialah perjanjian pelaburan dari Jepun, sudah pun ditandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat dari Jepun dan mereka akan meletakkan inisiatif syarikat mereka di POIC Lahad Datu serta akan mengambil masa perjanjian 20 tahun untuk membekalkan produk daripada kelapa sawit ke Jepun.

Pelaburan di Sabah seperti ‘trial and error’ selepas ditipu Burel Industries kini Jepun pula dan Shafie menyuarakan kerisauan pelabur mengambil kira kestabilan politik dan berpanjangan.

 “Ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi daripada persoalan yang mereka bangkitkan tentang insentif yang perlu kita sediakan kerana mereka sebagai pelabur ingin melihat bahawa pelaburan itu bukan hanya membawa manfaat dengan pelaburan yang modalnya agak intensif, mereka hendak pastikan berpanjangan,” katanya.

 

3 Comments