Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?
05:12 Dec 05, 2019  |  By SabahKini2
Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?

Selepas tender dibatal disember 2018, Jun 2019 dan kini Disember 2019 batal lagi. Menteri dan pegawainya yang gagal menyusun teknikal tender KPM terpaksa menyerang KSU dan SUB Perolehan. Sudah sampai masa SPRM menyiasat KPM!

3 Disember lalu akhirnya apa yang digembar-gemburkan media sosial mengenai pembatalan tender Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tender bernilai RM3 bilion merangkumi lebih 1,300 tender (pembersihan, pembekalan makanan dan kawalan keselamatan) telah berlaku lagi.

Dr Maszlee Menteri Pendidikan itu telah melakukannya buat kali ketiga dengan alasan yang sama iaitu syarikat menyertai tender menipu akaun syarikat ketika menyertai tender. Hanya kerana kontraktor adik Menteri, para pegawai dan kumpulan politik Bersatu gagal teknikal tender maka pegawai Menteri pun menggunakan taktik melapor kepada SPRM kononnya berlaku penyelewangan akaun syarikat. 

Portal Sabahkini2 telah melaporkan sebelum ini lebih awal tentang sikap Menteri ini. Kali pertama Menteri ini menggunakan alasan sama ketika Setiausaha Politiknya bernama  Nizam Murad yang gagal mendapatkan tender-tender ini.

Surat sokongan pertama yang kantoi pada awal disember 2018 mendedahkan apa yang berlaku.

Surat sokongan pejabat Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 5 Disember 2018 rujukan TPM 100-14/5/4 Jld 2 (29) Setiausaha Politiknya Romli Ishak kepada Nizam Morad, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan tular mengenai sokongan permohonan tender membekal makanan bermasak Asrama SMA Tun Said Kota Belud kepada syarikat Puncak Jaya

[BACA ARTIKEL- SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’ ]

Pejabat TPM dan Menteri menafi mereka menyokong syarikat itu. Bagaimanapun selepas melihat semua senarai kontraktor pro PH gagal lulus dalam teknikal tender maka pada pada 27 Disember 2018 Dr Maszlee mengarahkan membatalkan tender. Pembatalan tender itu dilaporkan oleh semua media di negara ini.

Di Sabah dan Sarawak lebih awal dari itu Menteri merancang membatalkan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bernilai RM5 juta bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan melalui surat KPM 14 Novermber 2018.

Yang RM5 juta pun Menteri mahu sapu mahu diputuskan di kementerian. Surat KPM itu menyebabkan kemarahan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Sangat tidak mencerminkan semangat MA63. Menteri KPM akhirnya menyerahkan kembali kuasa kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak.

[BACA ARTIKEL- Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah]

Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah

Selepas Nizam Murad Setiausaha Politik Menteri disiasat SPRM dan dipecat Menteri Dr Maszlee memulakan lagi operasi tender ini.  Siasatan terhadap Nizam Setiausaha Politik itu juga terus misteri hingga kini. Setiausaha Politik bertukar, Pegawai khas dilantik menjadi Setiausaha Politik dan beberapa pegawai khas ditambah.

Perancang baru Projek kini bermula dengan Setiausaha Politik Menteri yang baru iaitu Mahmood Kassim dan Dr Mohd Ezree Abdullah pegawai khasnya

Mahmood Kassim dan Dr Mohd Ezree Abdullah berhadapan masalah yang sama sebagaimana Nizam Murad iaitu Setiausaha Bahagian Perolehan Abdul Haris Haji Lakar. Hanya kerana mereka tidak boleh kawtim SUB ini maka mereka menyerangnya dari setiap sudut.


Mungkinkah selain KSU MOE, SUB Abdul Haris Haji Lakar akan dipindahkan sebagaimana KSU MOA kes tender NAFAS?

Abdul Haris Haji Lakar dilaporkan tidak boleh membantu syarikat yang disokong Menteri atas sebab syarikat tidak mempunyai kelayakan dan kewangan yang tidak kukuh.

Untuk menekan SUB itu,  Mahmood Kassim mengarahkan pegawai khas Menteri Ulya Aqamah Husamuddin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesa menyiasat kontraktor mengemukakan penyata bank palsu dalam permohonan tender perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK).


Cara ini dikatakan menghalang SUB namun tetap gagal. Apa kepentingan Pegawai Khas Menteri yang juga Armada Bersatu?

Sebaliknya apa yang berlaku Mahmood Kassim terperangkap dahulu dengan dakwaan menerima kereta Toyota Vellfire dari kontraktor seperti yang didakwa oleh sebuah blog. Mahmood Kassim membuat laporan polis menafikan tuduhan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah]

Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah

 

Pembatalan tender ketiga

Oleh itu pembatalan kali ketiga pada selasa lalu dengan ugutan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Mohd Ghazali Abas serta SUB Perolehan bukanlah sesuatu yang baru.


Antara infografik Dr Maszlee dan Dr Ezree tular dalam laman sosial mendedahkan kemelut
kementerian pendidikan awal disember lalu

Naratif Menteri menggunakan alasan Disember 2018 dan Jun 2019 membatalkan tender atas alasan penyata akaun ini sudah tidak boleh digunakan lagi. Mana mungkin ribuan menyertai tender dengan  alasan yang sama. Para pegawai penilai teknikal tender tertakluk pada peraturan sedia ada. Yang memutuskan tender juga adalah Lembaga Perolehan kementerian bukan diputuskan oleh KSU berseorangan. Malah kuasa pelantikan kontrak pun masih tetap berpegang kepada kuasa Menteri. 

Hanya kerana syarikat kroni Maszlee tidak disenarai pendek kerana gagal dalam proses penilaian, penyaringan dan pemarkahan tender yang telah dibuat berulang kali maka Dr Maszle membatalkannya. SPRM sepatutnya menyiasat Dr Maszlee dan pegawainya yang campur tangan dalam tender.

Maka KSU dan SUB boleh menunjukkan surat sokongan syarikat dari Menteri kepada SPRM begitu juga Menteri boleh menunjukkan jika KSU atau SUB menerima rasuah dari kontraktor kerana menyenaraikan dalam kertas jawatankuasa Lembaga Perolehan Kementerian Pendidikan. Ini sepatutnya dilakukan dan SPRM segera bertindak. Jika tidak tender perolehan kementerian asyik tertangguh hanya kerana syarikat kroni gagal dapat.

Pembatalan tender akan memberi kesan negatif kepada lebih 10,000 sekolah seluruh Malaysia. Jika tender tidak dapat diputuskan bermakna bahagian perolehan akan terpaksa melantik kontraktor sedia ada secara sambungan bulan ke bulan sehingga tender baru selesai.

Jangan hanya kerana pemilihan Bersatu akan datang maka Menteri membuat keputusan yang salah. Namapun tender terbuka maka semua pihak layak. 

 

3 Comments