Tetap tenang, tidur nyenyak, bekas IGP pertahan kebenaran Najib tiada kaitan kes Altantuya
07:12 Dec 17, 2019  |  By SabahKini2
Tetap tenang, tidur nyenyak, bekas IGP pertahan kebenaran Najib tiada kaitan kes Altantuya

Seperti tahun 2015, Musa Hassan kekal tenang menjawab isu Altantuya. Malah menjawab ciapan pengguna menyindirnya “Insya-Allah nyenyak dan sempat solat subuh. Penting menegakkan kebenaran dan bukan fitnah." katanya..

Setenang kenyataan medianya pada 14 September 2015 bahawa siasatan polis mendapati kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sengaja dilakukan dan disebarkan supaya berita tersebut dapat disensasikan termasik penyebaran foto palsu yang menunjukkan Najib dan Altantuya bersama sebelum ini.

Hari ini selepas tular mengenai SD Azilah yang telah dirancang sejak februari lalu oleh pihak-pihak tertentu bekas Ketua Polis Negara itu kekal tenang menjawab isu kes Altantuya itu dalam laman sosial seperti Twitter.

Musa Hassan dalam satu “perang” di Twitter SD Azilah Hadri menjawab ciapan pengguna yang menyindirnya sama ada tidurnya lena susulan pendedahan berkenaan, dia berkata: “Insya-Allah nyenyak dan sempat solat subuh. Penting menegakkan kebenaran dan bukan fitnah."

InsyaAllah nyenyak dan sempat solat subuh. Penting menegakkan kebenaran dan bukan fitnah. 

Bekas ketua polis itu juga menciap semula sebuah artikel yang memetik peguam Abdul Razak Baginda yang mahu tindakan menghina mahkamah diambil berhubung pendedahan SD berkenaan.

Polis sebelum ini beberapa kali telah membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang penglibatan dalam kes itu.

Malaysiakini dan Pegawai Penjara Hamidah Che Ahmad sebelum ini bersekongkol mendedahkan SD Azilah yang telah ditandatangani 17 Oktober lalu dan hanya dimainkan oleh Malaysiakini baru-baru ini mencipta persepsi terhadap kes pembunuhan itu.

Azilah, salah seorang daripada dua bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati, menamakan Najib terbabit dalam pembunuhan itu.

Azilah sedang menunggu hukuman gantung sampai mati di penjara Kajang, menuduh Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan Razak Baginda mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu setelah meyakinkannya bahawa wanita berkenaan adalah seorang perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

Musa, dalam tweetnya juga berkata mereka yang banyak merapu tanpa fakta adalah pembohong besar.

Siapa yang banyak merapu tanpa faktalah pembohong yang besar.

Musa kemudian menjawab: “Dah disah dengan siasatan atau fitnah?"

 “Polis tidak boleh menutup kes. Ia hanya menjalankan siasatan jika wujud jenayah. Yang mempunyai kuasa membuat pertuduhan dan membawa ke muka pengadilan adalah Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sebelum ini bekas Peguam Anwar mendedahkan Anwar mengarahkannya mereka cipta bukti palsu termasuk SD  Azilah Hadri palsu untuk mengaitkan Najib dengan Rosmah.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Anwar arah Azilah buat pengakuan bersumpah palsu tuduh Najib, Rosmah bunuh Altantuya- Bekas Peguam ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dakwaan arah bunuh Altantuya: Konspirasi PH terbaru melawan Najib menjelang PRK Kimanis ]

 

2 Comments