Siapa dalang di belakang SD Azilah? Pegawai Penjara, VVIP Anwar atau....?
06:12 Dec 18, 2019  |  By SabahKini2
Siapa dalang di belakang SD Azilah? Pegawai Penjara, VVIP Anwar atau....?

Jabatan Penjara menafikan membawa Azilah keluar dari penjara bertemu VVIP. Namun tidak menjawab bagaimana pegawainya Hamidah Che Ahmad sebagai Pesuruhjaya Sumpah menerima SD Azilah tu pada 17 Oktober. Bagaimana SD itu disebarkan pertama kali oleh Malaysia

Teka-teki siapa dalang bagaimana Azilah Hadri membuat akuan berkanun (SD) semakin terjawab apabila Pegawai Jabatan Penjara juga Pesuruhjaya Sumpah bernama Hamidah Bt Che Ahmad membuat SD Azilah itu. Siapakah yang mengupah Hamidah sehingga banduan Azilah itu begitu istimewa sekali?

Lebih mengejutkan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati didakwa dibawa keluar dari Penjara Kajang pada Februari tahun ini untuk berjumpa dengan seorang VVIP kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Perkara ini turut didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan juga Peguambela Najib Razak  bahawa terdapat komplot untuk membunuh kerjaya politik Najib.


Hamidah Che Ahmad dilantik Jabatan Penjara. Khidmat sebagai Pesuruhjaya Sumpah sehingga 30 Jun 2021

Bagaimanapun Jabatan Penjara dalam kenyataan medianya hari ini menafikan Azilah pernah dibawa keluar dari penjara. Namun memusykilkan Jabatan Penjara tidak menjelaskan bagaimana pegawainya Hamidah Che Ahmad sebagai Pesuruhjaya Sumpah menerima SD Azilah tu pada 17 Oktober dan bagaimana SD itu disebarkan kepada pihak luar hanya pada bulan Disember oleh Malaysiakini terlebih dahulu menunjukkan Jabatan Penjara dan pihak luar telah merancang lebih awal permainan Azilah ini. Malah Malaysiakini adalah media pertama menyiarkan kandungan penuh SD Azilah itu. Ada dalang besar di belakangnya!

Jabatan Penjara wajar menjawab isu ini kepada rakyat bukan sekadar isu 'kawtim' membawa Azilah keluar berjumpa VVIP di luar.

Jika benar siapakah pemimpin VVIP itu? Umum mengetahui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan pegawai penjara. Jika tidak mana mungkin pegawai seperti Hamidah Che Ahmad bersedia menyiapkan SD untuk Azilah.

Jika benar bagaimana seorang banduan seperti Azilah boleh keluar penjara berjumpa pemimpin VVIP seperti Anwar di luar? atau mungkin VVIP lain. Sudah tentu dalangnya adalah pegawai kanan penjara yang menyelit Azilah keluar. Jika tidak pun pastinya melalui lawatan keluarga atau peguam Azilah 15 kali itu. Bagaimanapun apa saja boleh berlaku dalam Kerajaan PH. 

Sebelum ini bekas peguam Anwar Datuk Zulkifli Noordin mengaku Anwar mengarahkannya merekacipta bukti palsu dan pengakuan bersumpah Azilah menuduh pembunuhan Altantuya diarahkan Najib dan Rosmah.

“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku Najib terlibat, Rosmah pun terlibat,”

“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya. Katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Anwar arah Azilah buat pengakuan bersumpah palsu tuduh Najib, Rosmah bunuh Altantuya- Bekas Peguam ]

(VIDEO) Anwar arah Azilah buat pengakuan bersumpah palsu tuduh Najib, Rosmah bunuh Altantuya- Bekas Peguam
Selain itu Mohd Shafee mendakwa beberapa orang termasuk ejen kerajaan Malaysia juga ke Australia untuk berjumpa dengan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar, yang di bawah tahanan imigresen negara berkenaan untuk memujuknya untuk tampil membuat kenyataan menentang Najib.

"Saya sedar sejak Februari, Azilah telah dikunjungi dan terdapat maklumat yang sangat dipercayai, yang saya tidak boleh sahkan, bahawa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara pada Februari," kata Shafee ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Shafee berada di mahkamah mewakili Najib, untuk mencelah dalam permohonan Azilah di Mahkamah Persekutuan mengkaji semula sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Shafee mempersoalkan bagaimana banduan di penjara seperti Azilah boleh keluar berjumpa pemimpin VVIP itu di luar penjara.

"Di luar penjara, bukan di dalam penjara. Ini apabila dia sedang menunggu hukuman mati. Ini benar-benar langgar protokol, tetapi seperti yang saya katakan, saya tidak boleh mengesahkannya, saya sedang cuba untuk mendapatkan kepastian.

Menurut Shafee, beberapa orang, yang didakwa termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia, juga telah melawat Sirul di sebuah pusat tahanan di Australia awal tahun ini.

Dakwanya, mereka yang terlibat itu cuba memujuk bekas komando polis yang juga dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya, untuk membuat kenyataan menentang Najib.

"Mengenai Sirul, saya tahu beberapa ejen Malaysia termasuk wartawan Australia yang telah diarah oleh beberapa orang dan telah melawat Sirul, cuba memujuknya untuk membuat kenyataan, seperti Azilah.

"Semua ini berlaku pada tahun ini dan saya tahu bahawa kali terakhir mereka melawat Azilah adalah pada suku terakhir tahun ini.

"Ini adalah tindakan mala fide untuk mewujudkan sensasi persepsi terhadap anak guam saya," kata Shafee.

Mengulas akuan berkanun (SD) yang difailkan Azilah dalam afidavit permohonan semakan itu, Shafee berkata, ia adalah usaha terancang untuk ‘membunuh’ anak guamnya dengan dakwaan tidak masuk akal membabitkan pembunuhan Altantuya pada 2006.

“Ia sangat kelakar apabila anak guam saya arahkan Azilah untuk menculik wanita itu dan membunuhnya...dan menunjukkan bagaimana ia sepatutnya dilakukan dengan meletakkan jari di leher.

“Ini benda yang langsung tidak boleh dipercayai,” katanya.

Shafee berkata, Najib mengarahkannya untuk memfailkan permohonan menjadi pencelah dalam permohonan semakan itu.

“Semua dakwaan dalam SD itu yang mengaitkan anak guam saya dilakukan pada detik akhir dia (Azilah) dijangka dihukum gantung.

“Ini adalah permohonan terdesak pada saat akhir. anak guam saya dijadikan sasaran untuk dipenjarakan tanpa diikat jamin, saya rasa ini tujuan sebenar,” katanya.

Shafee berkata, amat membingungkan apabila Azilah membuat dakwaan itu selepas 10 tahun kes bunuh terbabit berlangsung di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Katanya, beliau tidak menyalahkan Azilah kerana ia cubaan terdesaknya untuk menyelamatkan diri daripada hukuman gantung.

“Apa yang kami mahu tahu ialah siapa di belakang SD ini,” katanya.

Menurut sumber tidak lama lagi pemimpin VVIP dan pegawai penjara yang bersekongkol membawa Azilah ‘kawtim’ di luar penjara bakal didedahkan.

Dalam komen-komen netizen di laman sosial mempersoalkan mengapa selepas 13 tahun dan bakal dihukum mati barulah Azilah membuat pengakuan bersumpah diarah membunuh Altantuya. Mengapa tidak sejak awal? Mengapa sekarang?

Hari ini PH berhadapan dengan isu-isu yang menyebabkan rakyat muak kepada kerajaan PH termasuk isu terbaru kes seksual dan akuan berkanun (SD) Yusof Rawther yang menuduh Anwar Ibrahim.

SD Azilah dilihat satu usaha untuk mengalihkan isu besar Anwar bagi terus dibincangkan secara terbuka sebagai usaha yang boleh menggagalkan peralihan kuasa Anwar sebagai PM 8.

8 Comments