Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap
12:12 Dec 18, 2017  |  By SabahKini2
Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap

Masih ada rakyat Sabah yang 'Menungu Dalam Gelap'. Projek BELB kroni Shafie Apdal menyebabkan derita rakyat. Rakyat bergelap. Laporan Ketua Audit Negara membuktikan segalanya

SIRI 3: LAPORAN KHAS SABAHKINI2 : DERITA RAKYAT KAMPUNG KAPULU TENOM

Laporan Ketua Audit Negara dalam siri ke-2 yang diterbitkan kepada orang ramai 27 Oktober lalu nampaknya mengesahkan penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion yang membawa kepada penangkapan SPRM terhadap Dato' Seri Shafie Apdal bekas Menteri KKLW, Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Sin Kong, dua adik Shafie Apdal (Yusof dan Hamid).

Projek BELB bernilai RM2.196 bilion gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong. Satu darinya adalah di Kg Kapulu Daerah Tenom. 

Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction
mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal. Ternama Tabah milik Albert Chan 

Siri jelajah Sabahkini2 ke Daerah Tenom kali ini melihat sendiri rakyat Tenom di Kg Kapulu projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) – Menunggu Dalam Gelap.

Kasihan rakyat Kg Kapulu Tenom Projek Elektrik telah disiap tahun 2013 tetapi bekalan elektrik tidak ada.

Ansarap Korong, Pengerusi JKKK Kg Kapulu berkata projek dibina 2013 tetapi tiada elektrik.

“Kalau kita lihat kabel-kabel di sini memang kita anggap seperti di bandar tetapi malangnya arus elektrik masih tiada”. Katanya

Linda Kurus Pelajar Matrikulasi di Labuan menyatakan dia merasa malu kerana kampongnya masih tiada bekalan elektrik.  Ada tugasan belajar pun tak boleh buat.

Esa Mangie seorang ibu di Kampung Kapulu mengadu sudah 5 tahun mereka tidak sambung elektrik walaupun projek ada.

Haji Ambarok, Ketua Kampung Kapulu berkata banyak tiang, kabel dan barang-barang ada yang tumbang dan jatuh.

“Orang sini jujur. Kalau ada orang curi habis semua kabel diambil”. katanya

 

 

8 Comments