[VIDEO] BN Menang Kimanis, Rakyat Sabah tulen tumbangkan Warisan iktiraf PSS Pendatang Asing
01:01 Jan 19, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] BN Menang Kimanis, Rakyat Sabah tulen tumbangkan Warisan iktiraf PSS Pendatang Asing

BN Menang majoriti 2029 undi, malah jumlah undi Warisan menurun. Warisan akhirnya tumbang kerana PSS. Zahid tatap 'steady' Anifah, Bung 'Radu Tatap Radu' seiring bersama Muafakat Sabah.

Akhirnya calon BN Mohamad Alamin secara rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemenang bagi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis. Sekalipun berhadapan calon parti Kerajaan Warisan yang sanggup berbelanja lebih RM50 juta untuk PRK Kimanis tetapi rakyat Kimanis kekal memilih BN.

Mohamad mengalahkan Datuk Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi iaitu 14 kali ganda dari kekalahan PRU 14 lalu

Mohamad berhasil memperoleh 12,706 undi berbanding Karim 10,677 undi. Terdapat 320 undi yang ditolak.

Jumlah keluar mengundi adalah 79.92 peratus, yang merupakan paling tinggi untuk 10 PRK yang diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kemenangan Mohamad di kerusi parlimen Kimanis membuktikan UMNO-BN masih relevan di Sabah Bersama pembangkang yang lain untuk menumbangkan PH-Warisan PRU15.

Ia juga mengingatkan kembali Datuk Seri Shafie Apdal dan Warisan bahawa kemenangan PRU14 bukanlah kerana Warisan menang secara ‘anak jantan’ tetapi pintu belakang melalui pengkhianatan UPKO dan beberapa pemimpin BN.

Analisis di setiap PDM nanti bakal menilai apa yang sebenarnya berlaku di Parlimen Kimanis

Infografik: Media Sosial BN

Anifah Aman dan Barisan Nasional

PRK Kimanis sekaligus menyangkal dan membuang perangai buruk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mahu merayu keputusan Mahkamah membatalkan kemenangan Anifah.

Anifah kerjasama penuh kepada BN

SPR yang terbukti bersalah dalam mengendalikan Pilihanraya yang menjadi mangsa ialah Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah Aman melawannya dalam PRK Kimanis bekerjasama dengan parti lamanya Barisan Nasional, meletakkan anak didiknya Datuk Mohammad Alamin (Ketua Bahagian Kimanis) sebagai calon.

Anifah Aman menggunakan segala pengalamannya berkempen di Parlimen Kimanis yang diwakilinya sejak sekian lama membantu BN. Anifah aman konsisten mempertahankan hak-hak rakyat Sabah. 'Setiap Undi Warisan seolah-olah sebilah pisau diberi kepada Warisan'. Banyak PDM yang BN tewas sebelum ini dirampas kembali. Diketuai Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Presiden dan Pengerusi BN, diselaras oleh Datuk Bung Mokhtar Pengerusi UMNO Negeri yang berunding dengan semua rakan-rakan pembangkang Sabah dalam semangat Muafakat Nasional adalah antara rahsia kejayaan BN.

Ternyata BN berhasil, Karim Bujang yang meraih 11,786 undi di PRU14 dengan majoriti 156 hanya mampu mendapat undi 10,677 undi.

Undi Warisan Undi PSS

Keegoan Shafie Apdal, Azis Jamman dan pemimpin PH mempertahankan Pas Sementara Sabah (PSS) telah meruntuhkan Warisan. Warisan mungkin akan mendapat kemenangan jika PSS ditangguhkan dan dikaji semula dengan menyusun strategi baru namun Shafie bertegas mahu melaksanakannya malah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri KDN mengumumkannya. 

Kemenangan BN di Kimanis adalah satu referendum rakyat menolak pelaksanaan PSS. Jika Shafie Apdal dan Warisan mahu terus berdegil melaksanakan PSS Warisan akan lebih parah dalam PRU15.

Isu PSS merupakan antara isu utama yang menumbangkan Warisan selain isu-isu tempatan serta peribadi calon.

[ARTIKEL BERKAITAN- PSS iktiraf PTI, berkahwin beranak -pinak dan diberi hak sama seperti rakyat Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!

[ARTIKEL BERKAITAN-20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

 

Najib 'Bossku"

Kehadiran Najib di PRK Kimanis perlu diakui sebagai satu dari penambah sokongan kempen BN. Lawatan Najib ke kampung-kampung dinanti dan rakyat mahu bersalam serta berjumpa dengan Bossku. Seorang Pengundi Fazlina berkata "Babu-babu (Ibu/Makcik) kami semua suka Bossku, Najib baik,  orang tua-tua di sini sentiasa bercakap mengenai Bossku" katanya

Di mana-mana di PDM Orang kampung menyukai Datuk Seri Najib 'Bossku'

Golongan tua dan muda berterima kasih atas bantuan yang diberi BN sebelum ini kepada mereka seperti BR1M, petani, nelayan dan juga penjawat awam. Rakyat menilai semua usaha Najib sebelum ini difitnah dan dikatakan salah tetapi diteruskan oleh Kerajaan PH dengan hanya menukar nama program.  Kerajaan PH dilihat gagal melaksana segala janji PRU14, ekonomi Malaysia jatuh, tiada pekerjaan baru, rakyat dibuang kerja, harga barang naik, cukai berganda selepas GST mansuh, aset kerajaan dijual, saham jatuh dan lain-lain lagi.

Zahid Hamidi ucap terima kasih

Zahid dalam ucapannya selepas Datuk Mohammad Alamin menang PRK Kimanis mengucapkan terima kasih kepada jentera, rakan komponen BN, Muafakat Nasional PAS yang Presiden dan AJKnya berkempen, rakan PBS, Star, PBRS dan secara khusus buat Datuk Seri Anifah Aman yang memberi signifikan besar kepada BN di PRK Kimanis.

 Video Kredit: Astro Awani

3 Comments