Selepas ditolak rakyat PRK Kimanis, Kerajaan Warisan batalkan PSS
08:01 Jan 22, 2020  |  By SabahKini2
Selepas ditolak rakyat PRK Kimanis, Kerajaan Warisan batalkan PSS

Kerana keegoan Shafie dan Warisan ranaplah kesombongan gerak kerja Warisan 20 bulan lalu yang mahu mendaulatkan PTI di Sabah memberikan PSS. Rakyat bangkit menolak Warisan dan PSS

KOTA KINABALU: Selepas hanya menang tipis di 4 PDM Kimanis termasuk tewas di semua PDM Kadazan Dusun akhirnya mesej rakyat sampai kepada Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal  untuk membatalkan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan pembatalan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini.

Katanya, keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat referendum rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Ranaplah kesombongan gerak kerja Warisan 20 bulan lalu yang mahu mendaulatkan PTI di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

Presiden UPKO Madius Tangau yang sebelum ini bangga menyeru rakyat Sabah untuk menerima pemegang IMM13 yang lama di Sabah diberi PSS akhirnya U-Turn dan mula sebagai hero awal untuk membatalkan PSS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah ]

Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

Keegoan Shafie dan Azis Jamman ranap

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri KDN dalam PRK Kimanis sepatutnya menjadi medan terbaik membatalkan PSS. Namun Shafie, Azis dan Warisan bertegas melaksana PSS sehingga meminta Muhyiddin ke depan menjelaskan PSS.

Malah Azis Jamman ke depan menggunakan minit mesyuarat lapuk tahun 2015 sebagai asas kononnya PSS adalah idea BN. Wal hal keputusan dibuat oleh Kerajaan Warisan pada September 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!

Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!

Rakyat tulen telah nekad menolak Warisan dan PH berhubung isu PSS. Mereka tidak mahu anak cucu cicit mereka terpinggir di bumi sendiri.

 

2 Comments