LTdL: Kritik Syarikat Malik Mydin Gagal, Punca Presiden PKBM Abu Samah ditahan SPRM?
07:02 Feb 01, 2020  |  By SabahKini2
LTdL: Kritik Syarikat Malik Mydin Gagal, Punca Presiden PKBM Abu Samah ditahan SPRM?

Datuk Abu Samah Abd Wahab Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) baru ini ditahan SPRM. Apakah ada kaitan dengan tegurannya kepada Human Voyage Sdn Bhd milik Datuk Malik Mydin gagal bawa 8 pasukan berstatus Jelajah Dunia?

Datuk Abu Samah Abd Wahab Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dilaporkan ditahan SPRM di rumahnya di Melaka pada petang Rabu.

Dia sedang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkaitan dengan persatuan tersebut.

"Abu Samah didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada syarikat yang dimiliki oleh anggota keluarganya.

"Terdapat juga kontrak yang didakwa diberikan kepada syarikatnya sendiri," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan bilangan kontrak dan jumlah peruntukan yang terlibat, memandangkan siasatan sedang berjalan.

Sementara itu Timbalan Presiden PKBM, Yunus Ibrahim berkata, biarlah siasatan dilakukan terlebih dahulu oleh SPRM sebelum sebarang tindakan susulan dapat dilakukan.

Katanya, adalah satu prosedur yang biasa untuk seseorang individu ditahan bagi membantu siasatan.

"Di pihak PKBM, kami di barisan kepimpinan tetap berada di belakang presiden," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata individu itu sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM atas dakwaan salah guna kuasa.

Abu Samah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi Khamis dan SPRM telah memperoleh perintah reman terhadapnya sehingga 2 Februari ini.

Apakah ini juga berkaitan dengan kegagalan Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage Sdn Bhd milik Datuk Malik Mydin gagal menepati janji manisnya untuk membawa lapan pasukan berstatus Jelajah Dunia sempena sambutan Jubli Perak perlumbaan itu.

Setakat 23 Januari 2020 hanya satu pasukan berstatus Jelajah Dunia, iaitu NTT Pro Cycling, mengesahkan penyertaan untuk LTdL yang dijadualkan bermula 6-15 Feb ini, di mana syarat minimum bagi jelajah itu mengekalkan status sebagai Siri Profesional (ProSeries) Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) adalah tiga pasukan.

Dilaporkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab tidak berpuas hati dengan penganjur LTdL 2020. Sumber berkata ia mungkin sebahagian daripada usaha menjatuhkan Datuk Abu Samah Abd Wahab sebagai Presiden PKBM menggunakan SPRM.

Apakah motif kes ini juga untuk mengalihkan kes Pesta Dadah Adun Dengkil dengan Kau Git Kaur pemilik premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd yang juga kroni YB Adhif Syan Abdullah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor?

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Dalang Pesta Dadah lobi projek lumayan KBS, Kau Git Kaur GK Sport ‘Kroni KP MSN’? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi! Adun Selangor, 3 Pegawai Khas Menteri antara 17 ditahan anjur pesta dadah, GRO ]

Kantoi! Adun Selangor, 3 Pegawai Khas Menteri antara 17 ditahan anjur pesta dadah, GRO

 

 

 

1 Comment