[VIDEO] Malaysia perlu guna teknologi dron, robotik basmi denggi
13:02 Feb 15, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Malaysia perlu guna teknologi dron, robotik basmi denggi

Sudah banyak cara digunakan basmi denggi dari semburan, kempen, pendidikan, bakteria Wolbachia dan sebagainya. Sudah tiba masa Malaysia ke depan menggunakan teknologi dron, robotik basmi denggi.

November tahun lalu ketika Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan teknologi dron dalam usaha memerangi pembiakan nyamuk aedes ia langkah yang amat tepat meneroka cara baru membasmi denggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian bersedia untuk meluluskan sejumlah peruntukan kepada setiap Jabatan Kesihatan negeri bagi membolehkan penggunaan teknologi berkenaan di setiap negeri.

“Walaupun harganya yang mahal mencecah kira-kira RM20,000 seunit, ia adalah pelaburan yang baik dan sangat munasabah menjadi aset kepada Jabatan Kesihatan negeri.

Penggunaan dron dilihat amat efektif dalam membantu mengesan pembiakan aedes terutamanya di lokasi yang terlindung dan tinggi. Malah dron yang canggih mampu mendapat imej terperinci, mengesan sumber air tempat pembiakan nyamuk aedes serta lokasi yang tepat bagi tujuan penyemburan pembasmian denggi.

Statistik peningkatan Denggi yang menakutkan!

Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (http://idengue.arsm.gov.my/), sehingga 12 Disember 2019, kes denggi direkodkan 124,000 kes dan melibatkan lebih 160 kematian.

Selangor kekal menjuarai kes denggi sejak 10 tahun lalu iaitu Selangor (68,819), Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya (14,934), Johor (10,445), Kelantan (5773) Sabah (5150)  dan Pulau Pinang (4050) kes.

Teknologi Dron dan robotik

Di beberapa negara seperti SingapuraBrazilFijiGuatemalaIndiaSri Lanka , Amerika Syarikat, Taiwan, Tanzania dan beberapa negara lain teknologi dron digunakan untuk mengatasi masalah denggi, zika, malaria dan chikungunya. Malah ketika kes virus Covid -19 negara China menggunakan teknologi dron membuat pemantauan di Bandar Wuhan.

Di Malaysia penggunaan teknologi dron dalam membasmi denggi tidak begitu popular. Jika ada pun cadangan penggunaan dron ialah lebih kepada pengambilan gambar dari udara mengesan punca pembiakan nyamuk aedes. Solusi penyemburan racun di kawasan punca pembiakan nyamuk (terutama di kawasan bandar) setakat ini belum ada yang mampu melakukannya akibat halangan peraturan dan undang-undang daripada pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).



Kajian penggunaan dron dalam pembasmian denggi juga tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sudah tentu hasil dan keberkesanannya sukar diperolehi. 

Sekalipun penggunaan teknologi tinggi seperti dron dan robotik mungkin menelan kos yang tinggi, pihak Kerajaan dan swasta wajar merintis penggunaannya. 

Di Negara luar teknologi robotik digunakan di tempat pembentungan, longkang atau
tempat yang sukar untuk mengesan pusat pembiakan denggi

Malaysia harus berani mencuba penggunaan teknologi dron dalam membasmi Denggi ini disamping meneruskan kaedah sedia ada. Kesediaan Menteri Kesihatan menggunakan teknologi itu harus disokong penuh.

Jika kita melihat laporan media massa di seluruh dunia termasuk di Youtube kita dapat melihat keberanian beberapa negara menggunakan dron dalam pembasmian denggi, zika, chikungunya dan malaria.


Teknologi Dron basmi Denggi


Dron - Fongging

Mosquito drones to help with Dengue Fever - West Palm Beach Florida

 Dron- Fiji

 
Brazil

Dron- Denggi, Zika di Brazil

 

Dron Denggi di Taiwan 


Dron Denggi di India

 

Dron Denggi/Malaria di Tanzania

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dahsyat! 99,166 kes Denggi, Selangor 54,997 kes sehingga 24 September 2019 ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 4,629 kes denggi, Sabah kini 'ranking' keempat tertinggi di Malaysia ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes denggi Putrajaya naik 70 peratus, kaji denda RM500 kepada syarikat binaan]

 

 

 

Comment