Shafie bertemu Adun, MP Sabah bimbang Kerajaan Warisan UPKO PH tumbang?
09:03 Mar 05, 2020  |  By SabahKini2
Shafie bertemu Adun, MP Sabah bimbang Kerajaan Warisan UPKO PH tumbang?

Kerana desas-desus dan bimbang kebenaran pengumpulan SD menumbangkan Kerajaan Warisan hari ini Adun dan Ahli Parlimen dari Warisan dan PH mengadakan perjumpaan khas bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menegaskan tidak gentar dengan kerajaan baharu Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan beliau sebagai tidak stabil berikutan tidak mendapat sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen.

Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman berkata kerajaan Persekutuan yang telah ditubuhkan itu masih rapuh kerana kekuatan Muhyiddin masih belum diuji di Parlimen

“Saya memberi amaran bahawa perlawanan separuh masa kedua ‘bola sepak’ belum bermula. Ini hanya separuh masa perlawanan ‘bola sepak’. Mari lihat apa yang berlaku pada babak kedua, apabila Ahli Parlimen berkumpul di Parlimen, ” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika sibuk berunding dengan Tan Sri Muhyiddin sebelum U-Turn

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain yang menggesa pemimpin UMNO untuk menentang sebarang kerjasama dengan Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan UPKO di Sabah.

Ahli Parlimen PH dan Warisan dijangka akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada sidang Parlimen yang akan datang.

Bagaimanapun kebimbangan Pakatan Harapan sudah bermula apabila Perdana Menteri telah mengarahkan penangguhan Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020. Penangguhan yang lama memungkinkan banyak perkara boleh berlaku. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Undi Tidak Percaya PH' 9 Mac gagal, Dewan Rakyat ditangguh 18 Mei 2020 ]

Sebelum ini portal Sinar Harian dalam laporannya Perikatan Nasional mensasarkan 5 negeri dikuasai PH. Selepas tumbangnya Pakatan Harapan (PH) di Johor dan Melaka, Perikatan Nasional dijangka merampas tiga lagi negeri iaitu Perak, Kedah dan Sabah walaupun terdapat perkara teknikal belum selesai.

[ARTIKEL BERKAITAN- Perikatan Nasional Sasar Rampas 5 Negeri ]

Bimbang dengan desas-desus yang berlaku pemimpin DAP Datuk Frankie Poon, Datuk Christina Liew (Pengerusi PKR), Jamawi Jaafar (Pengerusi Penyokong Kerajaan -Warisan) dan Loretto Padua (SUA Warisan) tampil menafikan adun-adun PH dan Warisan sedang berpaling tadah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan nafi Kerajaan Negeri Sabah bakal tumbang, tapi.. ]


Pengumpulan SD pembangkang dan YB Warisan/PH

Perjumpaan Adun...

Shafie dilaporkan telah mengetahui terdapat Gerakan usaha beberapa pemimpin pembangkang termasuk wakil rakyat Warisan atau UPKO yang bertemu sejak beberapa hari ini mengumpul SD bagi menumbangkan kerajaan Warisan.

Menurut sumber gerakan ini sedang berjalan dan mula mendapat sokongan terutamanya wakil rakyat yang melompat kepada Warisan.

Umum mengetahui pembentukan kerajaan Warisan pada 12 Mei 2020 adalah hasil ‘pintu belakang’ oleh pemimpin UPKO dan UMNO yang menyertai Warisan.

Kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman yang telah mengangkat sumpah Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 tumbang hanya selepas dua hari apabila usaha kerajaan pintu belakang itu dilakukan.

Menurut sumber Loretto Padua Setiausaha Agung Warisan turut mengarahkan semua bahagian bersedia untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri sekiranya SD mengumpulkan sokongan oleh pembangkang berjaya disempurnakan.

Perjumpaan Tertutup Shafie Apdal dengan Adun Warisan dan PH

Hari ini jika tidak kerana desas-desus dan bimbang kebenaran pengumpulan SD menumbangkan Kerajaan Warisan sudah tentu hari ini 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari Warisan dan PH menghadiri perjumpaan khas  bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Pertemuan yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu itu dilakukan secara tertutup dan bermula jam 2.30 petang.

Menurut Mohd Azis Ahli Parlimen Sepanggar Warisan dan PH di Sabah sangat kuat kerana katanya Muhyiddin tidak mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk majoriti dan mungkin berfikir dua kali sebelum mengganggu atau mengungut Mohd Shafie Apdal (Ketua Menteri) di Sabah.

 “Jangan fikir Warisan adalah “cincai” pemimpin kita adalah ‘street fighter’. Sebelum ini, kami telah melawan kerajaan persekutuan dan negeri. Apa yang membuat anda berfikir bahawa kita tidak akan selamat? Warisan masih merupakan kerajaan negeri, ” katanya.

Sebelum ini dalam kemelut pertukaran PM Shafie Apdal dan Azis Jamman dilihat berulang kali ke rumah Tan Sri Muhyiddin membincangkan kedudukan mereka. Namun Shafie serta Warisan U-turn menyokong Tun Dr Mahathir.



Kenyataan terbaru Shafie Apdal dan Warisan terus menyokong Tun M

 

 

32 Comments