RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan?
22:03 Mar 06, 2020  |  By SabahKini2
RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan?

Musim 'berjual beli' sudah bermula. Fenomena SD dan apa yang Warisan lakukan 12 Mei bakal menimpa Kerajaan Warisan PH. Perjumpaan khas bersama Ketua Menteri dan RM1 juta adalah sebahagian langkah untuk mengelak adun 'melompat'. Bolehkah bertahan?

KOTA KINABALU: Perjumpaan khas tertutup 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari Warisan, UPKO dan PH bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam adalah hasil dari kebimbangan kerajaan Warisan bakal tumbang di Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie bertemu Adun, MP Sabah bimbang Kerajaan Warisan UPKO PH tumbang? ]

Pertemuan yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu akhirnya membuat ketetapan Sabah memilih untuk menjadi Negeri Pembangkang, menyokong Tun Dr Mahathir dalam ‘Undi Tidak Percaya’ serta hanya bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

Dilaporkan sudah 27 orang Adun menandatangi SD bagi menumbangkan Kerajaan Warisan, UPKO PH. Hanya beberapa orang lagi untuk menewaskan kerajaan yang sombong merampas kuasa pada 12 Mei 2018. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 2 bulan sebelum 18 Mei ini.

Menurut sumber 42 Adun yang hadir dalam majlis khas bersama Ketua Menteri Sabah itu diberikan RM1 juta setiap seorang bagi mengelakkan mereka keluar parti. Ia mungkin sebagai habuan permulaan sokongan terhadap Shafie Apdal.

Dijangka gelombang kedua SD merancakkan tawaran lumayan kedua-dua belah pihak sehingga mencecah lebih RM5 juta. Pertemuan demi pertemuan dibuat oleh ‘Agen SD’  bersama Adun-adun Sabah.

"Tawaran bermula dengan RM1 juta seorang namun bakal mencecah lebih RM5 juta, setakat ini Shafie Apdal hanya memberikan RM1 juta, pihak yang satu lagi mungkin lebih tinggi”.  Kata sumber itu.

Umum mengetahui pembentukan kerajaan Warisan pada 12 Mei 2020 adalah hasil ‘pintu belakang’ oleh pemimpin UPKO, PH dan Wakil rakyat UMNO yang menyertai Warisan.

Kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman yang telah mengangkat sumpah Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 tumbang hanya selepas dua hari apabila usaha kerajaan pintu belakang itu dilakukan.

Kes siapa Ketua Menteri Sabah yang sah itu melarat sehingga ke Mahkamah Rayuan bagaimanapun sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap Shafie Apdal sejak ia dibentuk 12 Mei tidak mungkin dapat menentangnya.

Sekalipun pemimpin Warisan menafikan kebimbangan tentang kerajaan yang bakal tumbang, pertemuan khas serta arahan parti mereka jelas membuktikan ketakutan itu.

Hari ini Datuk Loretto Padua Setiausaha Agung Warisan turut mengarahkan semua bahagian bersedia untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri sekiranya SD mengumpulkan sokongan oleh pembangkang berjaya disempurnakan.

 

 

24 Comments