Dikuasai Mahathir: Parti Warisan dan Shafie akan kalah pilihan raya
19:12 Dec 24, 2017  |  By SabahKini2
Dikuasai Mahathir: Parti Warisan dan Shafie akan kalah pilihan raya

Rakyat Sabah sudah mula mempersoalkan tindak-tanduk Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal yang bermuka-muka dengan hubungan parti Pakatan Harapan dari semenanjung.

Mereka lantang mempersoalkan Parti UMNO sebagai parti Malaya namun menjadikan Mahathir sebagai tuannya.

Tinjuan Sabahkini2.com mendapati beratus-ratus komen mempertikaikan Shafie Apdal yang dulunya berkata tidak akan mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan namun sebaliknya baru-baru ini ketika kehadiran Presiden PKR ke Sabah kelihatan Parti Warisan sudah menjadi gabungan dalam Pakatan Harapan.

16 November 2016 Shafie Apdal berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung

Sekali lagi Shafie menegaskan perkara itu baru-baru ini dalam NST untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun ia sangat berbeza dengan kenyataan Mahathir Mohamed Pengerusi Pakatan Harapan pada 6 September bahawa ada parti Warisan menyokong PPBM.Kenyataan Shafie Apdal ini tular di Sabah.

Satu video yang pernah disiarkan oleh KiniTV Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden PPBM berkata PPBM dan Warisan adalah seperti 'adik-beradik'. Pengakuan Muhyiddin ini mengesahkan Warisan adalah agen Mahathir di Sabah.

 

Sementara itu Presiden STAR, Jeffrey Kitingan pada 15 Mei lalu pernah berkata Parti Warisan Sabah hanya proksi Mahathir.

“Dr Mahathir dan parti politik lain ingin menjatuhkan Umno-BN dengan 'Agenda Malaya' supaya mereka boleh terus berkuasa di Sabah dan mengeksploitasi ia sebagai negeri orang suruhan”. katanya

Rakyat Sabah yang marah dengan Tun Mahathir ketika berkuasa dahulu kerana membelakangkan Sabah, menjadi diktator menggunakan ISA, meluluskan projek IC yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI melihat Warisan memang benar-benar agen Mahathir di Sabah.

Kenyataan Mahathir pada 10 Ogos 2012 bahawa penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu, masih berbekam di hati rakyat Sabah.

“Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.”. katanya.

Netizen berpendapat rakyat Sabah akan menghukum Parti Warisan kerana Mahathir. Mahathir pula tidak pernah memberi keutamaan kepada Sabah malah tidak kisah jika Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah tewas dalam PRU ke14 nanti.

Shafie Apdal yang sering bertemu Mahathir di rumahnya Kuala Lumpur hanya menjadikan Shafie Apdal alat untuknya dalam Pakatan Harapan.

Tangkapan SPRM kepada Shafie Apdal, pemimpin Warisan dan adiknya 20 Oktober lalu turut memburukkan imej Parti Warisan di Sabah sebagai dibarisi pemimpin Korup.

Lebih mendukacitakan rakyat luar bandar di Sabah ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW banyak projek Jalan, elektrik dan air luar bandar dibina tidak menepati skop sebenar sehingga menyebabkan pembaziran, projek ada tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat miskin.

Dana awam dibelanja demi kroni, rakyat akhirnya turut mendapat kesusahan. Saksikan video-video temubual wartawan Sabahkini2 di lapangan mengenai projek-projek yang merugikan rakyat tetapi mengenyangkan kroni.

SIRI 1 (VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

SIRI 2: (VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie

SIRI 3: Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap

Jadi bagaimanakah lagi rakyat Sabah boleh mempercayai Shafie Apdal dan Warisan yang bersekongkol dengan Tun Mahathir yang anti Sabah serta kaki rasuah ini? Sentimen Sabahan tidak mahu "Mahathir". Tiba-tiba Mahathir mengetuai Pakatan Harapan di Semenanjung dan Parti Warisan menjadi ahlinya. 

Apakah Mahathir tergamak bersekongkol dengan Shafie Apdal dan pemimpin Warisan yang ditahan SPRM kerana menganiaya orang miskin Sabah? Sekian lama pemimpin ini mencuri peruntukan yang sepatutnya untuk program infrastuktur meningkatkan taraf hidup rakyat di pedalaman Sabah. Mereka jelas menafikan hak untuk menikmati kemajuan asas sekurang-kurangnya setara dengan rakyat Malaysia di Semenanjung. Mahathir tidak penting semua itu asalkan berkuasa.

Kerana dikuasai Mahathir, rakyat Sabah akan menolak Parti Warisan, Shafie Apdal dan pembangkang dalam PRU ke 14 ini.

 

1 Comment