SPRM tubuh task force siasat dakwaan bantuan diseleweng di Sabah
23:03 Mar 30, 2020  |  By SabahKini2
SPRM tubuh task force siasat dakwaan bantuan diseleweng di Sabah

Selepas tular bantuan makanan kurang nilai RM100 dilaman sosial akhirnya SPRM menubuhkan task force menyiasat dakwaan itu. Apakah Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berani? rakyat Sabah memerhati

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dakwaan bantuan makanan daripada kerajaan Sabah yang dikatakan diseleweng.

Siasatan dilakukan selepas mesej serta gambar tular di media sosial mendakwa bantuan makanan ihsan kerajaan negeri itu yang sepatutnya bernilai RM100, disumbangkan dengan nilai lebih rendah, baru baru ini.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkenaan isu itu dan satu pasukan petugas dan task force ditubuhkan di peringkat negeri.

“Task force ini untuk memantau perolehan dan pengagihan bantuan makanan berkenaan seperti mana yang dilaporkan.

“Pemantauan dan siasatan ke atas isu ini dijalankan oleh SPRM Sabah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bantuan itu diberikan oleh kerajaan negeri di setiap Dewan Undang Negeri (DUN).

“SPRM Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan bantuan itu dapat disalurkan kepada orang ramai tanpa berlakunya sebarang ketirisan,” katanya.

Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini melancarkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah membabitkan peruntukan RM670 juta. Daripada jumlah itu, RM18 juta adalah untuk bantuan keperluan bahan makanan di kawasan kampung. Peruntukan yang tular baru ini adalah RM6 juta (RM100,000 X 60 Dun) bermakna berbaki RM12 juta lagi akan diagihkan.

Bagaimanapun mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook mengenai nilai bantuan barangan keperluan harian tidak sampai RM100 dan berbeza-beza di setiap negeri. Lebih teruk ada kawasan hanya menerima beras 5kg atau 10kg sahaja. Netizen mengecam tentang ketirisan yang berlaku kerana tidak menurut arahan Bahagian Pengurusan dan Kewangan Jabatan Ketua Menteri Sabah menetapkan peruntukan RM100 1 pek atau 1 keluarga.

[ARTIKEL BERKAITAN- Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40? ]

Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40?


Facebook Dato' Sri Najib Razak bekas Perdana Menteri turut memuat 'troll' mengenai isu bantuan makanan di Sabah yang mendapat lebih 32 ribu tanda suka, 2500 perkongsian dan 4000 komen mengecam ketirisan bantuan itu.

Susulan daripada itu Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Adun Merotai Saripuddin Hatta menuding jari kesalahan ini kepada Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Haji Abdullah Minun Hj Sahirun yang mengeluarkan memo senarai barangan RM100 sebagai punca merosakkan bantuan ini. Menggunakan wang sendiri RM87,000 serta membuat pengakuan di facebook memecahkan peruntukan RM100 kepada ramai pihak adalah bukti ketirisan berlaku.

Benarkah wang sendiri? atau pihak mana yang mengeluarkan wang pihak SPRM wajar menyiasat dakwaan itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi RM100: Pembantu Menteri 'Tibai' Pengarah UPPM rosakkan bantuan, keluar RM87K duit sendiri ]

Kantoi RM100: Pembantu Menteri 'Tibai' Pengarah UPPM rosakkan bantuan, keluar RM87K duit sendiri

Selepas menjadi medan tuduh menuduh antara satu sama lain, Pengarah UPPM Haji Abdullah Minun Hj Sahirun membuat laporan polis kononnya beliau difitnah kerana beliau menjelaskan bahawa surat dan memonya hanyalah sebagai panduan dan bukan arahan ketetapan RM100. Bagaimanapun berita laporan kepada polis itu telah dipadam mungkin melihat kesan tular dan isu lebih berpanjangan yang lebih merugikan kerajaan negeri.

 

 

Kerajaan PN dan netizen sedang memerhati kerja Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy apa dia berani membuat siasatan atau akan tunduk dengan tekanan kerajaan negeri Sabah. Setakat ini beliau masih berdiam diri dengan kes skandal JKR RM1.5b melibatkan Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender 

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor! ]

 

4 Comments