Menteri perlu segera pecat pemimpin PAN-PH dalam agensi MOA elak Sabotaj!
04:04 Apr 04, 2020  |  By SabahKini2
Menteri perlu segera pecat pemimpin PAN-PH dalam agensi MOA elak Sabotaj!

Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat tidak mungkin akan terlaksana tanpa kerjasama ketua agensi/jabatan. RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan, infrastruktur perlu disegerakan. Oleh itu pecat pemimpin PN/PH dalam agensi MOA sekarang elak sabotaj!

Pecat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Selepas Kerajaan PH berkuasa lebih 17,000 penjawat awam diberhentikan malah semua lantikan politik ditamatkan. Beberapa jabatan ditutup atas alasan penjimatan serta lumrah biasa pemecatan bila kerajaan bertukar. Malah semua lantikan politik dipaksa segera meletak jawatan.

Karma datang kepada mereka, kerajaan bertukar dan semua lantikan itu pula perlu segera meletak jawatan. Jadi apa salahnya menamatkan atau memecat pegawai lantikan politik selepas kerajaan PN memerintah. Ia kan perkara biasa. Masa untuk bekerja sudah tentu Menteri perlukan pegawai yang yang setia dan benar-benar mahu bekerja bersamanya. 

Penamatan Mazlan Aliman sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada 1 April 2020 adalah satu isyarat kepada pemimpin Parti Amanah (PAN) akan mereka berhenti secara sukarela. Mereka sedar kerajaan bertukar tetapi mereka berpura-pura tak sedar.

Surat  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memecat ‘YB Rasmi Pagar’ itu sengaja PH sebarkan untuk meraih simpati di kala krisis Covid-19 melanda.

PH lupa di kala krisis inilah masa sesuai untuk membuang semua kroni Salahuddin Ayub bekas Menteri MOA PAN itu. Rakyat hanya kisah mengenai covid-19 dan keselamatan diri bukan pemimpin PH.

Jadi tindakan Ronald Kiandee sangat tepat. Apa yang perlu Menteri Pertanian itu lakukan ialah mempercepatkan lagi pemecatan pemimpin PH/PN di MOA. Masa sekarang masa bekerja bukan lagi berpolitik.

Pecat Pengerusi KADA

Bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 1 Mac 2019.

Husam bukan orang baru, beliau pernah menggalas jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri Kelantan.  KADA badan sangat penting di Kelantan khususnya memodenkan semua sektor dalam pertanian terutama berkaitan padi. Dengan isu-isu bekalan rantaian makanan sekarang ketika krisis Covid-19 sudah tentu pegawai tidak sehaluan perlu ditukar.


Cadangan paling 'troll' dari Husam Musa selaku Pengerusi KADA ialah serai sebagai penyedut minuman diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Senator Datuk Husam Musa bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu. Sehingga kini Husam Musa masih belum secara rasmi meletak jawatan. Maklumat dalam laman web KADA masih mengekalkan beliau sebagai Pengerusi.

Pengerusi NAFAS

23 Januari 2019 Salahuddin Ayub mengumumkan pelantikan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) selepas tempoh penggantungan perlembagaan NAFAS tamat pada 15 Januari 2019.

Salahuddin juga turut melantik  AJP NAFAS dengan tiga daripadanya adalah daripada AMANAH dan seorang daripada PKR.

Selepas menguasai NAFAS Phahrolrazi Mohd. Zawawi telah merayu menggunakan PM untuk membatalkan tender terbuka RM1.4B dan memberikan projek secara Rundingan Terus kepada NAFAS. Bermula dari itu AMANAH menyerang KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B? ]

Sebelum dipindahkan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B?

Seorang pemimpin Amanah Normah Yusof yang juga adalah Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mendedahkan dalam facebook Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Asas Tani Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan mensabotaj Menteri MOA Dato’ Seri Salahuddin Ayub berkaitan isu tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion.

Krisis Parti Amanah dan KSU yang berpanjangan itu menyebabkan KSU MOA di ‘pool’ di JPA.

[ARTIKEL BERKAITAN- Engkar arahan Menteri projek Rundingan Terus kepada NAFAS, KSU redha di 'pool' ke JPA ]

Engkar arahan Menteri projek Rundingan Terus kepada NAFAS, KSU redha di 'pool' ke JPA

Nampak tak betapa jahatnya pemimpin Parti oren Amanah ini. Setakat ini Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi belum lagi secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS.

Mohon Datuk Seri Ronald Kiandee memecatnya segera menggunakan kuasa Menteri.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

19 Oktober 2018 tiga Pengerusi baharu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima watikah pelantikan mereka dan memulakan tugas secara rasmi bermula 1 November 2018.

Mereka adalah Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Ketiga-tiga mereka akan tamat 31 Oktober 2020. Bagaimanapun Mazlan Aliman dipendekkan lebih awal.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil  adalah Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) dan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir

Muhammad Faiz Fadzil sepatutnya berundur awal namun media turut melaporkan beliau sudah dipecat (pengakuannya dalam Malaysiadateline) bagaimanapun suratnya tidak terdedah dimedia sosial sebagaimana Mazlan Aliman.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

FAMA agensi sangat penting. Peranannya ketika krisis Covid-19 begitu signifikan. Pengerusinya adalah Tuan Haji Ishak Bin Ismail Pengarah Urusan Syarikat IM Global Property Consultants Sdn Bhd. Orang kuat Parti Amanah. Beliau tidak pernah meletakkan jawatan disyarikat ini sekalipun dilantik Pengerusi FAMA.

Syarikatnya biasa mendapat kontrak kerajaan bagi pengurusan bangunan dan latihan hartanah. Terkenal dengan memberi rasuah untuk mendapat tender-tender kerajaan.

Tidak banyak yang beliau dapat lakukan di FAMA melainkan memberi projek kepada kroni-kroni Parti Amanah di FAMA. [Kita akan dedah ini kemudian].

Beliau menjadikan FAMA seperti agensi Parti Amanah. Setakat April 2020 ini tiada tanda-tanda beliau mahu meletak jawatan sebagai Pengerusi FAMA.


FAMA dah seperti Parti Amanah mereka kerjakan. Kroni semua dapat projek

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ialah Datuk Abdul Malik Abul Kassim bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Pulau Pinang Kawasan N37 Batu Maung yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Kiri kanan sapu. MAIPP dapat gaji, Pengerusi LPNM (MPIB)

Khidmat jawatannya akan berakhir pada 31 Mei 2021. Apa pencapaian Abdul Malik di LPNM ini? Cerita mengenai nanas pun tak dengar. Oleh itu tak mungkin Menteri akan membiarkannya sehingga tahun 2021.

Malik sepatutnya faham sendiri sebelum ditamatkan kontrak.

 
Biarkan Malik Itik ni pegang jawatan sehingga 2021?

 

Bagi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah ia masih kekal dipengerusikan oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah. Isu pembentukan kerajaan di Kedah masih belum selesai. Buat masa ini kerajaan Kedah masih dibarisi oleh PH. 

Apapun kita mahu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee terus bertegas tamatkan semua lantikan politik PAN/PH. Kita tidak mahu sabotaj berlaku apatah lagi sekarang kita perlu rantaian bekalan terus mencukupi di negara ini berhadapan krisis Covid-19. Ini termasuk mendedahkan maklumat bekalan makanan kononnya bertahan sehingga ogos sahaja dan lain-lain. Salahuddin bekas Menteri MOA itu sekarang sedang sibuk dengan cadangan 'war room' atau Majlis Keselamatan Makanan Negara menggunakan maklumat ketua-ketua agensi yang beliau lantik sebelum ini. Mereka lupa Majlis Keselamatan Negara (MKN) itulah sekarang 'war room'. 

MOA perlu segera melaksanakan Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat RM250 bilion yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini seperti;

  • Memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan.
  • Memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  • Peruntukan sebanyak RM64.4 juta bagi menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tambah bekalan beras krisis Covid-19, lindungi petani segerakan RM1B dana jaminan makanan ]

Semua ini tidak akan terlaksana jika Ketua-ketua agensi itu masih lagi daripada pemimpin Parti PAN dan PH. Ini kerana mereka tidak pernah bersetuju dengan Kerajaan Perikatan Nasional sekarang. 

3 Comments