LPPSA ke kabinet: Menteri MOF dengar suara rakyat, tolak nasihat KSP rosakkan Kerajaan
02:04 Apr 05, 2020  |  By SabahKini2
LPPSA ke kabinet: Menteri MOF dengar suara rakyat, tolak nasihat KSP rosakkan Kerajaan

Isu LPPSA akan dibawa ke kabinet sebelum ini ditolak oleh KSP MOF berkali-kali dalam mesyuarat pasca kabinet. Mohon Menteri dengar suara rakyat bukan KSP. Rakyat sudah bersuara. Pegawai boleh pergi, kerajaan perlu bertahan

Video: The Star

PUTRAJAYA – Selepas diasak berkali-kali hari ini cadangan penangguhan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, minggu depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, banyak cadangan yang dikemukakan dan perbincangan akan dibuat bagi perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi krisis wabak Covid-19 ini.

"Semua cadangan akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan kementerian lain mengenai perkara berkaitan. Jadi tunggu pengumuman jika ada," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan.

Menteri mesti bertegas menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 bukan terlalu teriikut dengan KSU atau KSP kementerian. Selagi tidak melanggar undang-undang dan pekeliling. Keutamaan kepada rakyat.

Hari ini juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat kembali bersuara sekali lagi memohon kerajaan LPPSA menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam.

Menurutnya, Cuepacs berharap keluhan dan permintaan penjawat awam mendapat pertimbangan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan LPPSA kerana perkara itu kesatuan itu telah membuat permohonan sebelum pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 27 Mac lalu

Terdahulu, Portal Sabahkini2 konsisten penyelesaian masalah LPPSA hanya akan selesai jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP MOF) Tan Sri Ahmad Badri ‘Musang berbulu ayam’ itu disingkirkan dari jawatan itu. Beliau dilaporkan dalam beberapa siri Mesyuarat Pasca Kabinet kekal dengan berkata ‘Tidak’ untuk LPPSA.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden Cuepacs gagal bela penjawat awam, LPPSA selesai jika buang KSP MOF! ]

 Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam?

 

 

 

Comment