Ketegasan Polis demi lindungi masyarakat kata Menteri
07:04 Apr 05, 2020  |  By SabahKini2
Ketegasan Polis demi lindungi masyarakat kata Menteri

Sokongan rakyat di negara ini supaya anggota polis bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar PKP amat dihargai

Ketegasan anggota polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan koronavirus (Covid-19), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, setiap anggota polis menggunakan budi bicara dalam melaksanakan PKP dan mereka yang didapati melanggar perintah itu diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap yang masih berdegil dan ingkar.

Hamzah berkata, sokongan rakyat di negara ini supaya anggota polis bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar PKP amat dihargai terutama dalam kes melibatkan seorang pegawai polis di Kunak, Sabah yang didakwa merotan lima remaja lelaki kerana didapati ingkar PKP.

“Pegawai itu sudah bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama 15 tahun dan saya tengok dia anggota yang baik, tegas. Tetapi apabila berlaku perkara seperti ini sudah tentu ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kita akan buat siasatan dalaman.

“Ada (masa) kita kena lakukan untuk kebaikan lebih besar, kepentingan masyarakat. Perkara ini kita lakukan ikut undang-undang, tindakan itu biar ada perasaan kemanusiaan terhadap anggota polis dan masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang 

Terdahulu, beliau meninjau perlaksanaan PKP dan Operasi Mencegah Covid-19 di beberapa tempat di negeri ini antaranya di Plaza Tol Ayer Keroh, Sungai Putat, Bangunan Stadthuys dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang turut disertai Ketua Polis Melaka DCP Datuk Mat Kasim Karim.

Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa seorang pegawai polis di Kunak, Sabah bertindak merotan lima remaja kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi terutama golongan netizen yang memuji pihak berkuasa yang tegas memastikan masyarakat mematuhi PKP.

Tinjauan dalam laman sosial menunjukkan laporan Berita Harian mengenai pegawai polis bakaL diambil tindakan tataterbib itu mendapat 12 ribu komen dan lebih 5000 perkongsian. 95 % rakyat dilihat menyokong tindakan polis itu..

Rakyat juga mencadangkan tiada tindakan dikenakan terhadap pegawai berkenaan memandangkan isu paling penting ialah menangani Covid-19. Individu yang engkar hanya menyusahkan rakyat keseluruhannya.

[ ARTIKEL BERKAITAN- Tidak perlu hukum pegawai: Netizan sokong Polis sebat remaja pengajaran degil PKP ]

Tidak perlu hukum pegawai: Netizan sokong Polis sebat remaja pengajaran degil PKP

4 Comments