Lembaga Pengarah Khazanah dari China dilantik PH, mengapa Kerajaan PN belum buang?
01:04 Apr 06, 2020  |  By SabahKini2
Lembaga Pengarah Khazanah dari China dilantik PH, mengapa Kerajaan PN belum buang?

PH membangkitkan mengapa Kerajaan PN lantik BOD Khazanah dari China? PH lupa yang lantik BOD itu ialah mereka disaat jualan aset Khazanah rancak dilakukan. Kini PM dan Menteri Kewangan adalah BOD Baharu. Apa seterusnya?

AHLI LEMBAGA PENGARAH KHAZANAH CHINA?

Nampaknya Cyrto dan para macai PH tidak berhenti menyebar Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dari China. Mereka mempersoalkan mengapa lantik Ahli Lembaga Pengarah daripada China dan seorang cina Malaysia?

Mari kita ingatkan mereka. 

Pada 30 Julai 2018 Media melaporkan pengumuman Lembaga Pengarah Baharu Khazanah Nasional Berhad di Pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut dilantik ialah Goh Ching Yin bekas pengarah eksekutif di pejabat pengerusi Suruhanjaya Sekuriti. Tan Sri Mohd Hassan Merican Ahli Majlis Penasihat PH bersama dalam senarai itu.cSemua Ahli Lembaga Pengarah lama diminta meletak jawatan sebelum itu. 

Pada 1 Julai 2019 Kerajaan PH melalui Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan tiga anggota Lembaga Pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019, termasuk dua individu dari China iaitu Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang serta Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

Pelantikan mereka ketika itu penuh kontroversi ditengah-tengah penjualan aset Khazanah yang begitu banyak dilakukan oleh Kerajaan PH. 



Antara alasan lantik BOD China oleh PH  ketika itu kerana Khazanah memiliki saham dalam Ali Baba dan kepentingan syarikat lain China.
Bagaimanapun media pada 25 November 2019 Khazanah menjual kepentingan sahamnya
dalam Alibaba Group Holding Ltd pada nilai RM2.23B

Hanya pada 1 April 2020, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Ini bermakna Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Khazanah sebelum ini digugurkan.

Turut dilantik baharu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Datuk Mohammed Azlan Hashim sebagai ahli BOD dan pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta. Azlan Hashim  adalah BOD lama sebelum ini dipecat PH pada 26 Julai 2018. Pelantikan PM sebagai Pengerusi Khazanah adalah perkara biasa sebagai cara mengawal syarikat pelaburan terbesar kerajaan itu.

Buat masa sekarang MOF, Khazanah masih mengekalkan BOD lama di Zaman PH termasuk 2 daripada China dan seorang lagi BOD yang dilantik bersama-sama Tan Sri Hassan Merican (letak jawatan). Pengekalan buat masa ini pastinya atas sebab-sebab tertentu. Masanya akan tiba memandangkan banyak pertukaran sedang dibuat di jabatan, agensi dan GLC kerajaan.

Apapun Tahniah Tan Sri Muhyiddin kerana berani buang Atok Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Khazanah. Bukan calang orang berani membuangnya.

Sejak berlakunya pertukaran kerajaan PH kepada PN 1 Mac lalu terdapat lantikan politik di pelbagai agensi dan GLC berpura-pura lupa serta tidak mahu meletak jawatan. Mereka mahu supaya menteri memecat mereka untuk mencetus isu atau simpati. Setakat ini Pengerusi MARA, Pengerusi Bank Rakyat, malah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)  sudah dinyahkan sebagaimana dilapor media di zaman Covid-19 ini.

Portal Sabahkini2 misalnya sudah mencadangkan beberapa lagi lantikan PH dipecat atau tamatkan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Siri seterusnya akan mendedahkan lantikan politik di kementerian, agensi dan GLC yang perlu dipecat oleh kerajaan PN. Baiklah letak sekarang sebelum dimalukan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri perlu segera pecat pemimpin PAN-PH dalam agensi MOA elak Sabotaj! ]

Jadi kenalah bersabarlah kerana di zaman ini lagi banyak bakal lantikan politik dibuang. Zaman Covid-19 ni paling sesuai membuang kerana rakyat tak kisah mengenai mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN DENGAN KHAZANAH

400 hari Pakatan Harapan jual lebih RM20 bilion aset negara

Terus jual aset : Khazanah jual Prince Court RM1.02 bilion kepada Jepun

Hutang negara bertambah, hutang mana yang telah dibayar balik hasil jual aset Khazanah?

Khazanah, Temasek jual lagi hotel Singapura RM1.44 bilion

Lim Guan Eng bangga FDI tinggi selepas jual aset negara kepada negara asing

 

2 Comments