Dua darjat: SHAREDA laksana Projek RM500,000, Kroni Peter Anthony projek berjuta 'Rundingan Terus'
00:04 Apr 13, 2020  |  By SabahKini2
Dua darjat: SHAREDA laksana Projek RM500,000, Kroni Peter Anthony projek berjuta 'Rundingan Terus'

Dicelah-celah Shafie Apdal dan Peter mengumumkan berjuta projek infrastruktur menggunakan dana Covid-19. Pastinya 'Rundingan Terus' adalah kroni. SHAREDA pemaju hartanah Sabah pula hanya dibenar laksana projek RM500k ketika Covid-19!

KOTA KINABALU: Disaat Shafie Apdal dan Datuk Peter Menteri Pembangunan Infrastruktur mengumumkan pelbagai peruntukan infrastruktur menggunakan dana COVID-19 Sabah RM200 juta seperti pembaikan jambatan, naik taraf jalan Salimpodon Darat RM6 juta, pusat kuarantin negeri dan pelbagai lagi projek ‘rundingan terus’ untuk manfaat kroni, kontraktor pemaju di Sabah juga menuntut agar kerajaan negeri melindungi mereka.

Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) meminta kerajaan agar memberi kelonggaran terhadap kriteria industri pembinaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Shareda Datuk Chew Sang Hai berharap kebenaran boleh diberikan kepada pemaju yang melaksana projek pembinaan yang kurang 90 peratus siap.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan hanya membenarkan pelaksanaan projek yang mencapai 90 peratus siap untuk beroperasi semasa PKP.

Katanya, Shareda memahami keputusan itu diambil bagi memastikan tenaga buruh yang digunakan tidak terlalu ramai.

Namun, jika dilihat projek pembinaan yang dilaksanakan di negeri ini kebanyakannya kurang daripada 90 peratus siap. Malah, sesetengah projek yang dilaksanakan baru memulakan pembinaan.

Kebenaran diberikan hanya bagi projek dibawah RM500,000. Tapi, jika dilihat projek dilaksanakan ahli-ahli Shareda pula kebanyakan mencecah jutaan ringgit.

Tentulah amat menghairankan projek Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diumumkan berjuta-juta ringgit boleh dilaksanakan tetapi mereka hanya dibawah RM500,000.

Oleh itu kebenaran sektor pembinaan yang dibenarkan beroperasi ketika PKP ini tidak memberi manfaat kepada sektor hartanah di Sabah, terutama kepada ahli-ahli Shareda.

Sebelum ini Kerajaan Negeri membiarkan 10 hari berlalu tuntutan pengusaha industri Sawit di Sabah beroperasi sebelum kebenaran bersyarat diperolehi. Dalam tempoh 10 hari itu kerugian mencecah ratusan juta daripada industri itu.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Akhirnya Shafie akur beri kelulusan operasi ladang, kilang sawit di Sabah ]


Ketika krisis melanda projek kecoh skandal RM1.5 biion yang diberi secara rundingan terus yang kantoi akhirnya ditukar sebagai Projek Tender Terhad dikalangan 10 syarikat yang dipilih oleh Peter Anthony. Tender Terhad adalah 'tender berpakat-pakat' daripada 10 syarikat yang ditentukan.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor! ]

 

 

4 Comments