MP DAP KK Pengerusi LPA terlibat kes rasuah dipecat oleh Menteri Pengangkutan
02:04 Apr 14, 2020  |  By SabahKini2
MP DAP KK Pengerusi LPA terlibat kes rasuah dipecat oleh Menteri Pengangkutan

Syabas Menteri Pengangkutan. Chan Foong Hin MP DAP yang dikaitkan dengan siasatan kes rasuah Pelabuhan Labuan akhirnya dipecat berkuatkuasa 1 April. Permulaan tender dibocorkan. Selepas Kerajaan sudah bertukar kontrak DAP dengan kroni diteruskan.

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin yang disiasat SPRM kerana salah guna kuasa melantik syarikat kroni akhirnya mengesahkan beliau telah ditamatkan secara rasmi daripada jawatan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA).

"Akhirnya pada petang ini, saya telah menerima surat penamatan pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) walaupun surat itu telah "backdated" ke 1 April.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sekerja di LPL dan juga sokongan, dan panduan daripada pihak Kementerian," katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Chan turut menyertakan gambar surat itu pada hantaran tersebut.

Surat yang ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong itu menyatakan telah "meneliti dan menyemak semula semua keanggotaan pengerusi dan ahli lembaga pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BPP) dan agensi-agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pengangkutan."

"Sehubungan dengan itu, adalah diputuskan bahawa perkhidmatan YB sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan (LP) ditamatkan berkuat kuasa 1 April 2010.

Portal Sabahkini2 sebelum ini mengesyorkan Menteri Pengangkutan membuang pemimpin DAP sebagai Pengerusi agensi atau GLC yang jelas bertindak mensabotaj pentadbiran Kerajaan PN.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kementerian Pengangkutan dibersihkan: Singkir Pemimpin PH dalam agensi, GLC tindakan tepat elak sabotaj! ]

Kementerian Pengangkutan dibersihkan: Singkir Pemimpin PH dalam agensi, GLC tindakan tepat elak sabotaj!

Kerajaan PH runtuh selepas Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Bagaimanapun Chan Foong Hin selaku Pengerusi Pelabuhan Labuan secara tergesa-gesa membuat kelulusan pelantikan syarikat pengendali Pelabuhan Labuan pada 3 Mac lalu tanpa menunggu menteri baharu. 

Mengikut pekeliling kerajaan semua kontrak kerajaan mestilah ditandatangani oleh Menteri melainkan menteri menurunkan kuasa kepada pegawai yang bersesuaian.  Tapi Chan Foong Hin balun terus demi kroni DAP.

Media 4 Mac melaporkan penandatangan perjanjian itu sedangkan kerajaan PN sudah terbentuk pada 1 Mac 2020
Ini tidak sepatutnya berlaku

 

Komen-komen netizen dalam laman sosial menyokong tindakan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menamatkan khidmat Chan Foong Hin MP DAP Kota Kinabalu kaki songlap ini.

2 Comments