MADA tenat: Pengerusi MB Kedah gagal, CEO MADA CORP Kroni Salahuddin teruk!
17:04 Apr 14, 2020  |  By SabahKini2
MADA tenat: Pengerusi MB Kedah gagal, CEO MADA CORP Kroni Salahuddin teruk!

Semua Pengerusi Badan Berkanun/Agensi/ GLC telah dan ada yang bakal ditamatkan. Bagaimanapun Mukhriz selaku Pengerusi MADA masih kekal. Bagi MADA CORP CEO yang dilantik Salahuddin juga teruk!

Baru-baru ini kecoh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memecat ‘YB Rasmi Pagar’ Mazlan Aliman malah membersihkan semua agensi, badan berkanun dan GLC di MOA.

Tidak terkecuali Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail (PAN) dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil (Pemuda PAN). Khidmat mereka sepatutnya tamat 31 Oktober 2020 namun disegerakan ditamatkan.

Tindakan Menteri adalah tindakan tepat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri perlu segera pecat pemimpin PAN-PH dalam agensi MOA elak Sabotaj! ]

 

Menteri perlu segera pecat pemimpin PAN-PH dalam agensi MOA elak Sabotaj!

 

Meroyanlah semua pemimpin PH kerana mereka digugurkan. Malah  Anwar Ibrahim pula bimbang para MP PN dilantik menjadi pengerusi dalam agensi atau GLC sedangkan PH sebelum ini semuanya ok belaka.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Badan berkanun milik MOA yang paling teruk sekarang ialah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah. Kedudukannya masih kelabu dan mengekalkan Mukhriz dari pemimpin yang menganggapnya dari pasukan PH sekalipun dari PPBM.

Memandangkan Pengerusi MADA ialah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah ia menambahkan lagi kebuntuan agensi MOA ini. MB Kedah yang jarang ada di negeri Kedah hanya akan melemahkan MADA. Mukhriz hanya dilantik kerana arahan 'Atok'. Sejak Mukhriz dilantik berkuatkuasa 11 Mei 2018 tiada apa-apa yang dilakukannya sebagai Pengerusi MADA. 



                                                                                           Bagaimana MADA mahu berubah jika Pengerusi pun tak fokus

Sekalipun Pengurus Besar MADA sekarang Dato’ Fouzi Bin Ali,  rakan sepersekolahan Menteri MOA tetap sukar jika pengerusi MADA kekal Mukhriz Mahathir.Mukhriz sudah tentu akan mencampuri urusan MADA.

 
Pengurus Besar MADA tidak boleh berbuat apa selagi Pengerusi adalah Mukhriz.


MADA CORP- Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd 

Masalah di MADA adalah anak syarikatnya. CEO yang dilantik dalam syarikat punya kepala sendiri. MADA CORP yang dulu dikenali sebagai Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan  27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan modal berbayar RM7,183,495.00. MADA mendapat peruntukan dari MOA, MADA pula memberikan projek kepada anak syarikatnya MADA COPR. Yang untung berjuta ialah MADA CORP.

Banyak perniagaan MADA CORP tetapi 27 Pertubuhan Peladang Kawasan merasakan banyak kelemahan MADA CORP dari segi manfaat perniagaan dan juga bayaran kepada 27 Pertubuhan Peladang. Jika ada projek pun Pertubuhan Peladang dibayar lewat sedangkan peruntukan daripada MADA pusat semua dana sudah diberi kepada MADA CORP.

CEO Baharu MADA CORP

Lebih teruk lagi selepas Salahuddin Ayub melantik CEO baharu MADA CORP  (Orang luar MADA), Tuan Haji Mohamad Anuar Pir Mohamad bekas Marditech Ventures Sdn Bhd menggantikan Shakir Jamil B Fisal. Anuar nampaknya masih bersantai mengurus MADA CORP dan tidak dapat mengawal semua 27 Pertubuhan  Peladang Kawasan. Lembaga Pengarah MADA CORP juga melihat kelemahan CEO ini. 


CEO MADA CORP BAHARU- Mohamad Anuar Pir Mohamad 

Apa akan beliau lakukan selepas ini? Apakah akan memberi manfaat baik kepada kumpulan MADA atau mungkin menguntungkan kroni. Jika beliau gagal membantu Pertubuhan Peladang Kawasan tak mustahil kedudukan beliau atas ehsan Salahuddin Ayub juga akan disingkirkan. 

Diharap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melihat isu MADA secara mendalam agar MADA terus cemerlang di Negeri Kedah.

6 Comments