Adun Warisan berhimpun di DUN demi kuasa, rakyat susah demi sebiji kubis!
16:04 Apr 16, 2020  |  By SabahKini2
Adun Warisan berhimpun di DUN demi kuasa, rakyat susah demi sebiji kubis!

Antara dua darjat. Pemimpin boleh berhimpun walaupun yang dibahas di dun tidak mendesak hanya mengejar bulan Mei. Rakyat pula ditangkap malah berebut hanya sebiji kubis.

Demi mengejar tempoh tamat Mei 2020 dan bimbang PKP dilanjutkan Shafie Apdal sanggup melanggar PKP. 

Ia tetap diadakan ketika negara berdepan wabak COVID-19 dengan penerapan penjarakan sosial selain langkah pencegahan lain. Sebelum ini apa sahaja perhimpunan berlaku di Sabah, Shafie Apdal akan mengarah tempat itu ditutup seperti pasar, pusat hentian bas, pendaratan ikan dan lain-lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bimbang PKP melarat hingga Mei, Sidang Dun Sabah tetap diadakan 16 April ]

Namun tiada siapa berani menghalang perjumpaan di Sidang Dun. Sekalipun kehadiran dihadkan kepada 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja ia tetap dilihat tidak selaras dengan larangan kerajaan negeri untuk tidak berhimpun.

Mereka boleh berhimpun... rakyat dilarang

Menurut Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meskipun berlangsung dalam tempoh PKP, persidangan itu telah menepati syarat-syarat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan KKM. Malah sidang DUN yang dijadualkan berlangsung lima hari telah dipendekkan kepada tiga hari sahaja," katanya.

Shafie juga dilihat memasuki terowong sanitasi yang disediakan di Dewan Undangan Negeri walaupun mengikut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
belum ada bukti secara klinikal terowong sanitasi berkesan untuk membasmi COVID-19 yang kini masih dikaji dibawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).


Setakat ini tiada bukti kukuh terowong sanitasi ini berkesan (untuk menyahkuman)

 

PKR langgar PKP- Rakyat susah berebut sayur kubis

Sementara itu PH melalui komponennya PKR melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam Dr Roland Chia mengadakan program agihan bekalan sayur kubis di empat lokasi menyebabkan orang ratusan orang awam dilihat berbaris tanpa mempedulikan keselamatan dengan tidak mengambil kira langkah penjarakan sosial.


Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman, berkata jumlah orang awam yang terlalu ramai berkumpul dalam acara sumbangan itu membimbangkan kerana ia berpotensi menyebabkan penularan wabak COVID-19.

Katanya, orang awam yang hadir sepatutnya memastikan penjarakan selamat antara mereka bagi mengelakkan potensi jangkitan penyakit berkenaan.

“Kita juga berharap supaya sebarang pengedaran atau pemberian sumbangan di masa akan datang dapat dilakukan dengan mengambil kira amalan kesihatan selamat.

“Ini perlu dilakukan dalam usaha kita memerangi COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 yang dilanjutkan sehingga 28 April depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pihaknya yang menerima maklumat itu kemudiannya bergegas ke lokasi untuk menasihati penduduk supaya mematuhi PKP terutama penjarakan sosial.

“Susulan insiden itu, kita mengarahkan sepasukan anggota untuk memantau mereka.

“Polis juga mengarahkan kesemua penerima bantuan itu balik ke rumah selepas mendapat bekalan sayur yang diagihkan,” katanya.

Menurutnya, semua pihak supaya mematuhi pelaksanaan PKP dan tidak berhimpun bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.

 

 

6 Comments