Operasi sektor perhutanan ketika PKP: Sarawak ‘berani’ demi rakyat, Kerajaan Warisan ‘bunuh’ industri dan rakyatnya
01:04 Apr 18, 2020  |  By SabahKini2
Operasi sektor perhutanan ketika PKP: Sarawak ‘berani’ demi rakyat, Kerajaan Warisan ‘bunuh’ industri  dan rakyatnya

Semua sedar kerajaan Warisan Sabah penakut berbanding kerajaan Negeri Sarawak. Cukai jualan produk petroleum 5 % mereka menang. Malah Kerajaan Sarawak membenarkan operasi sektor perhutanan semasa PKP. Tapi Warisan melingkupkan industri perhutanan.

  • Kerajaan Negeri Sarawak bermula 1 April 2020 membenarkan operasi sektor perhutanan  semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menggunakan tenaga kerja minimum dan mematuhi ketetapan serta syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.  Tidak seperti kerajaan Warisan, kerajaan penakut

  • Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) melalui Presidennya  Tan Sri Soh Thian Lai menyeru kerajaan membenarkan pengilang produk penting beroperasi dengan kapasiti penuh dan pengeluar tidak penting pada kapasiti 50% semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sebagaimana sektor perladangan dan kilang sawit pada asalnya tidak dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun akhirnya sektor itu dibenarkan beroperasi atas premis yang terlibat dalam aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran makanan.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri Sabah mengambil masa 10 hari memberi kebenaran operasi kilang dan ladang sawit selepas selepas dikecam hebat oleh NGO Persatuan minyak sawit, pengilang dan pemilik ladang. Akhirnya mereka mendapat kelulusan bersyarat pada 10 April lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN- Akhirnya Shafie akur beri kelulusan operasi ladang, kilang sawit di Sabah]


Sektor Pembalakan dan rantaiannya

Sektor pembalakan dan rantaiannya seperti perkilangan, kedai perabot dan lain-lain tidak termasuk dalam sektor yang dibenarkan semasa PKP1, PKP2 dan PKP3. Seperti juga industri kilang dan ladang sawit sejak PKP dikuatkuasa lebih 100,000 pekerja dalam sektor perhutanan dan rantaian industrinya terjejas, pembuangan pekerja dan mungkin syarikat bakal ditutup.

Industri Perhutanan Sabah semakin malap tetapi kekal menguntungkan kroni Warisan. Kerajaan Warisan Sabah sejak 23 Mei 2018 telah membuat keputusan menghentikan serta-merta eksport sumber kayu balak atas alasan memastikan sumber berasaskan kayu mampu menampung bekalan industri pembuatan tempatan.

Lanjutan itu Syarikat Boonrich Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan hutan di Sabah misalnya menyaman kerajaan negeri sebanyak RM91.6 juta kerana mengharamkan eksport balak kerana menjejaskan pendapatan serta kontrak syarikat di luar negara

Bagi mengawal sektor perhutanan dan pembalakan semua urusan pembalakan dan eksport balak kini dimonopoli oleh Yayasan Sabah yang mana semua tahu Shafie Apdal selaku Pengerusi Yayasan Sabah telah melantik sepupunya Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan selain Haji Miskon Simin sebagai Monitoring & Compliance Manager Yayasan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram
Yayasan Sabah dan anak syarikatnya milik Kerajaan Negeri Sabah mungkin tidak terjejas kerana ditanggung kerajaan. Namun bagaimana dengan rantaian industri milik persendirian?

Tiru semua usaha Kerajaan Sarawak tetapi pembalakan tak mahu ikut

Semua orang tahu Shafie Apdal jenis penakut dan apa sahaja yang Kerajaan Sarawak perjuangkan dia akan cuba mengikutnya seperti perjuangan MA63 malah cukai jualan produk petroleum 5 % yang Kerajaan Sarawak menang di mahkamah Kerajaan Warisan cuba  ‘claim’ sebagai kejayaan bersama.

Itulah kehebatan Kerajaan Negeri Sarawak. Di kala Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan sektor pembalakan dan rantaiannya, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berani membenarkan sektor pembalakan beroperasi di negari Sarawak mengikut caranya tersendiri.

Menurut kenyataan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) 1 April 2020 operasi sektor perhutanan di negeri Sarawak yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menggunakan tenaga kerja minimum dan mematuhi ketetapan serta syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. 

 

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menyatakan operasi tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembalakan, industri perkilangan papan lapis dan kayu gergaji serta perladangan hutan.

Pihak terlibat juga dikehendaki mengambil langkah-langkah pengawalan ketat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Semua pekerja sektor pembalakan dan ladang hutan dinasihatkan untuk berada di tempat kerja masing-masing dan tidak digalakkan untuk balik ke kampung dalam tempoh PKP.

Malah kebenaran diberikan kepada lori-lori untuk mengangkut balak ke kilang-kilang diluluskan untuk beroperasi oleh kerajaan termasuk di kawasan Samalaju dan Samajaya.  

Semua pemandu lori balak mesti mendapat permit khas dari jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian (Pejabat Residen) yang berdekatan.  

“Kerajaan Negeri turut membenarkan eksport kayu balak dilaksanakan seperti biasa dalam tempoh PKP dengan syarat pengeksport mesti mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” jelas kenyataan itu


Tak malukah Kerajaan Warisan Shafie Apdal?

Di Sarawak Kerajaan Negeri melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang COVID-19 diberi diskaun 30 peratus terhadap sewa tanah tahunan (ALR) bagi tempoh pembayaran tahun 2020 kepada 43 pemegang lesen ladang hutan di Sarawak.  

Semua ini membantu mengurangkan beban pihak syarikat dalam menghadapi tempoh kegawatan ini di samping digunakan untuk membantu kebajikan pekerja masing-masing.

Kerajaan Negeri juga bersetuju mengecualikan bayaran tambahan ke atas bil-bil royalti yang luput dalam tempoh PKP.

Semua arahan kepada syarikat dalam sektor pembalakan dan rantaiannya hanya berkuatkuasa semasa tempoh PKP sahaja dan bayaran tambahan akan dikenakan seperti sedia kala setelah PKP ditamatkan.

Pembalakan diteruskan sektor rantaian hasil perhutanan juga terus beroperasi

Keadaan di Sarawak nampaknya tersusun rapi. Tapi di Sabah bagaimana? Benda baik yang Sarawak buat ini Kerajaan Warisan tak mahu ikut dan ‘claim’ ke?

Yayasan Sabah boleh terus hidup selagi dibawah ketiak kerajaan tetapi syarikat perkilangan papan lapis, kayu gergaji dan perladangan hutan boleh melingkup. Di Semenanjung pembalakan tidaklah sepenting Sarawak dan Sabah jadi fikirkan negeri sendiri.

Shafie Apdal tidak pernah mendengar pandangan pemain industri sebagaimana operasi kilang sawit yang beliau akhirnya mengalah dengan memberi kelulusan bersyarat. 

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) melalui Presidennya baru-baru ini menyeru kerajaan membenarkan pengilang produk penting beroperasi dengan kapasiti penuh dan pengeluar tidak penting pada kapasiti 50% semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kebenaran beroperasi penting untuk mengelakkan industri runtuh susulan penutupan hampir sebulan kebanyakan perniagaan,” kata Presiden FMM, Soh Thian Lai.

“Kilang tidak boleh lagi ditutup dan pada masa sama mereka terus mempunyai tanggungjawab kewangan untuk dipenuhi termasuk gaji dan perbelanjaan modal tetap.”

Selain tiada pengeluaran sepanjang PKP, ia turut mengehadkan aktiviti import dan eksport dengan anggaran kerugian eksport dicatatkan sebanyak RM4.7 bilion.

“Tumpuan mesti beralih untuk memastikan kelangsungan industri, kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan buruk terhadap keseluruhan ekonomi.”

Sekalipun pergantungan kepada pendapatan sumber hutan hanya kira-kira 4 % untuk negeri Sabah setiap tahun (berbanding sebelum ini sebanyak 75% hingga 80%) tapi kamu tidak boleh membunuh sektor pembalakan dan rantaiannya.

Sebagai Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal adalah pemimpin bagi semua orang bukan hanya Warisan.Tak mungkin Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (Datuk Frankie Moon DAP), Menteri Belia dan Sukan (Phoong Jin Zhe DAP) dan Kementerian Perdagangan Perindustrian (Madius Tangau UPKO) tidak mempunyai data rakyat dan pemilik industri yang terjejas. Tugas mereka ialah memberi nasihat kepada Ketua Menteri Sabah.

Jika Ketua Menteri dan Menteri Sabah tidak dapat berfikir lebih jauh, maka lupakan niat memperkasa aktiviti hiliran industri perhutanan termasuk menjadikan beberapa daerah sebagai hab pembuatan perabot kerana dalam tempoh 3 minggu PKP Kerajaan Warisan/PH telah ‘membunuhnya’.

 

 

1 Comment