Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah
12:04 Apr 20, 2020  |  By SabahKini2
Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah

Pengarah takut bini ini akhirnya menunjukkan belangnya

Siapa tidak kenal Pengarah Imigresen Sabah? tanyalah pegawai imigresen semua kenal sikapnya ego, kasar dan suka memarahi pegawai dikhayak. Kali ini bertemu buku dengan ruas petugas KKM lapor KP Imigresen sikap Pengarah itu. Budak Shafie Apdal kebal?

SATU surat aduan telah dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud oleh pegawai Kementerian Kesihatan berhubung sikap sombong, kasar dan tidak profesional Pengarah Jabatan Imigresen Sabah

Laporan itu mendedahkan insiden yang berlaku pada 16 April 2020 melibatkan Dato' Dr Muhammad Sade Pengarah Jabatan Imigresen Sabah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 11.10 pagi di kaunter saringan kesihatan.

Menurut petugas kesihatan mereka telah memberikan stay home notice kepada Muhammad Sade sejajar dengan arahan Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan kepada mana-mana pelajar atau orang awam yang balik dari luar negeri ke Negeri Sabah perlu dikenakan stay home notice atau kuarantin di rumah selama 14 hari.

Bagaimanapun petugas kesihatan itu mengadu mereka diherdik secara kasar dan meninggi suara oleh Pengarah Imigresen Sabah itu

“Kamu tidak guna otak? Saya adalah part of essential service macam mana saya nak kerja?

Kamu tidak kenal saya kah? Saya Pengarah Imigresen Sabah!”

Salahgunakuasa- bahasa kesat

Menurut petugas kesihatan itu adalah tanggungjawabnya untuk menjelaskan petugas kesihatan wajib mematuhi arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dengan memberikan stay home notice dan pertimbangan akan diberikan jika penjawat awam itu kategori essential service

Dalam aduannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen itu beliau tidak berpuas hati Pengarah Imigresen Sabah menggunakan pangkat kedudukannya untuk menggunakan ayat yang tidak baik kepada petugas barisan hadapan.

Siapa Pengarah Imigresen Sabah

Pertukaran pegawai JUSA pada November 2019 dengan membawa Dato’ Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin Setiausaha Bahagian, Bahagian Kepenjaraan, Anti Dadah dan RELA, Kementerian Dalam Negeri sebagai Pengarah Imigresen Negeri Sabah menukar Datuk Musa bin Sulaiman adalah satu misi Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri Ketua Menteri dan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN mahu melaksana Pas Sementara Sabah (PSS) bermula November 2019. 

Jadi mereka perlukan Dato’ Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin melaksanakan misi PSS Warisan 20 bulan itu.

26 November 2019 Azis Jamman mengumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan satu simulasi mengenai proses pelaksanaan pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) pada bulan Januari untuk warga asing yang sudah lama menetap di negeri Sabah sebelum dilaksana pada 1 Jun 2020. Ini sejajar dengan misi Warisan 20 bulan bagi menjayakan PSS

[ARTIKEL BERKAITAN - KDN buat simulasi PSS warga asing bulan depan kata Timbalan Menteri ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

Misi pertamanya ialah  dalam kempen PRK Kimanis Warisan mengarahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Dato' Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin datang ke Kimanis untuk memberi penerangan mengenai Pas Sementara Sabah (PSS)sebagai bukan kad pengenalan (IC).

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

Bagaimanapun misi itu gagal dan rakyat Kimanis menolak calon PRK Kimanis Karim Bujang kerana isu PSS. Warisan tewas dengan majoriti besar yang menyebabkan Kerajaan Warisan membuat keputusan membatalkan pelaksanaan PSS.

Sikap Pengarah Imigresen Sabah

Menurut sumber dalaman Dato' Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin sejak beliau bertugas di Jabatan Imigresen beliau memang seorang yang sombong, ego, panas baran dan jenis memarahi pegawai di depan staf yang lain.

Paling merimaskan dan tidak disenangi kakitangan Jabatan Imigresen ialah campurtangan isterinya Dato' Hazizah Kassim sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (PERKIS JIM SABAH) seorang peguam. Isterinya seperti penasihat Pengarah Jabatan Imigresen. Semua hal Jabatan Imigresen Sabah dia mahu tahu.


Isteri Pengarah Dato' Hazizah Kassim macam Pengarah Imigresen...ada kuasa mengarah siapa sahaja

 
Ada banner meraikan kehebatan suami isteri di Jabatan Imigresen. Maklumlah suami Pengarah dan isteri Pengerusi


Dengar cakap suami saya


 

Kontroversi Dato' Dr Muhammad Sade

1 April lalu kecoh kisah seorang wanita yang mendakwa menggunakan ‘orang dalam’ Jabatan Imigresen untuk dibenarkan menaiki penerbangan bersama dua anaknya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh PKP fasa pertama dari 18 Mac hingga 31 Mac lalu, dia bersama anak-anaknya berada di rumah keluarga di Tawau, sementara suaminya di Kuala Lumpur.

Keadaan itu membuatkannya nekad untuk pulang ke ibu kota selepas anak-anaknya berulang kali bertanyakan tentang bapa mereka pada 1 April, hari pertama PKP fasa kedua dikuatkuasakan. Namun, apa yang didedahkannya menerusi aplikasi story di Instagram benar-benar mengejutkan ramai sehingga menimbulkan tanda-tanya.

“Sebenarnya tiket penerbangan kami bertiga pada 22 Mac tapi tak lepas sebab imigresen tak bagi lepas.

“Jadi kali ni kita main 'orang dalam'. Bos imigresen (Pengarah Sabah) iaitu kawan ayah. Alhamdulillah, lepas juga kami balik Kuala Lumpur,” dakwanya dengan memuat naik tiket penerbangannya.

Bagaimanapun selepas kantoi Dato' Dr. Muhamad Sade dan Imigresen Sabah menafikannya. Malah wanita yang membuat dakwaan itu terpaksa menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Menurut Dr Muhamad Sade  dakwaan yang tular pada 1 April itu adalah tidak benar dan semua kebenaran pelepasan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Mengikut Peraturan Imigresen berkaitan PKP yang berkuatkuasa pada 19 Mac lalu, semua warganegara Malaysia yang sedang bercuti, belajar atau bertugas rasmi di Sabah atau Sarawak tidak dihalang untuk keluar dan kembali ke dua negeri berkenaan atas faktor kemanusiaan.

“Semua warganegara yang ingin masuk ke Sabah perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri kecuali penjawat awam negeri dan Persekutuan yang masuk ke Sabah untuk menjalankan tugas ‘essential services’ namun tertakluk kepada surat pengesahan ketua jabatan yang dikeluarkan khusus setiap kali keperluan tugasan.

“Manakala penduduk bukan rakyat Sabah termasuklah suami atau isteri dan anak mereka dengan pemegang Pas Penduduk Tetap Sabah, penduduk Sabah di bawah pas kerja, pas pelajar, Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang atau apa-apa perintah pengecualian dibenarkan masuk tetapi perlu melalui kuarantin kendiri selama 14 hari,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu.

 
Isterinya Dato' Hazizah Kassim turut mempertahankan suaminya Pengarah JIM Sabah dalam facebooknya

 

Oleh itu menjadi Persoalan besar jika Pengarah JIM ini tahu mengenai Peraturan Imigresen berkaitan PKP seperti warganegara Malaysia yang sedang bercuti, belajar atau bertugas rasmi di Sabah atau Sarawak perlu menjalani stay home notice atau kuarantin di rumah selama 14 hari mengapa beliau perlu mengherdik dan bersikap kasar kepada kepada petugas Barisan Hadapan?

Patutlah pegawai dan kakitangan imigresen benci dengan Dato' Dr. Muhamad Sade ni.. Sombong, bengis, dan panas barannya tidak pernah berkurang sejak bertugas di JIM Sabah. 

Paling misteri yang beliau gagal selesaikan hingga sekarang ialah  kes empat pelancong wanita warganegara China ‘China Doll’ menjalani hukuman penjara 18 hari bermula daripada tarikh mereka ditahan iaitu pada 10 Disember 2019 atas kesalahan gagal melaporkan diri di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berada di negeri ini.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh berkenaan kepada Wang Xiali, 25, Wu Jingting, 24, Zhang Qingsi, 23, dan Liu Ling, 22, selepas kesemua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan. Bagaimana mereka terlepas di pintu imigresen? siapa dalangnya? Lebih misteri campurangan Datuk Liew Vui Keong bekas Menteri JPM dan Setiausaha Politiknya Martin Tommy membela 'China Doll' itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Siapa dalang empat wanita ‘China Doll’ bolos imigresen KKIA? SUPOL Menteri campurtangan, Pengarah kata masih kaji ]

Siapa dalang empat wanita ‘China Doll’ bolos imigresen KKIA? SUPOL Menteri campurtangan, Pengarah kata masih kaji

Daripada pelbagai insiden itu, apakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud akan mengambil tindakan segera kepada Dato' Dr. Muhamad Sade? Apakah juga Shafie Apdal dan Azis Jamman akan mempertahankan budaknya? sama-sama kita lihat.

Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dicadang menukar Pengarah Imigresen Sabah ini kerana tidak sesuai dengan persekitaran Sabah. Lagipun tugas beliau untuk PSS telah gagal.

 

166 Comments