Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah
18:04 Apr 21, 2020  |  By SabahKini2
Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah

KP Imigresen telah menghantar e-mel kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang terlibat untuk menyiasat aduan yang dikemukakan serta meminta maaf atas insiden melibatkan Pengarah JIM Sabah itu.

Susulan laporan portal Sabahkini2.com Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Khairul Dzaimee Daud mengesahkan kejadian insiden Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 16 April lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah ]

Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah

Ketua Pengarah menjelaskan tindakan telah diambil berhubung insiden tersebut.

Beliau juga telah menghantar e-mel kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang terlibat untuk menyiasat aduan yang dikemukakan serta meminta maaf atas insiden yang mungkin berpunca dari salah faham.

"Surat penjelasan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga telah dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Sabah pada 16 April 2020," katanya.

Khairul Dzaimee turut menyatakan, Jabatan Imigresen Malaysia amat menghormati dan menghargai komitmen serta pengorbanan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19.

Sementara itu sumber menyebut kes ini sudah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri dan berharap tindakan segera dapat dilakukan.

Sebelum ini sudah pelbagai aduan dibuat mengenai Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin Pengarah JIM Sabah ini sejak beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Musa Sulaiman November 2019 kerana sikapnya yang ego, kasar dan suka mengherdik pegawai bawahannya dikhalayak ramai.

 

 

26 Comments