Sekat Rohingya dan virus Projek IC RM400 ribu Lai Chin Wah, Pegawai JPN Pulau Pinang!
07:04 Apr 25, 2020  |  By SabahKini2
Sekat Rohingya dan virus Projek IC RM400 ribu Lai Chin Wah, Pegawai JPN Pulau Pinang!

PATI mesti disekat. Tak kira Rohingya atau sesiapa sahaja. Begitu juga pengkhianat negara yang terlibat sindiket Projek IC sehingga warga China memiliki MyKad, Passport dan lesen memandu.

Disaat rakyat khuatir dan bimbang isu Rohingya yang kini menjadi isu keselamatan kerana jumlah mereka makin ramai di negara ini termasuk yang mencuba masuk di perairan negara, jangan pula kita lupa dan hilang arah mengenai kes sindiket Projek IC di negara ini. Pengkhianat negara sedang mengaut untung RM400 ribu hingga RM600,00 menjual MyKad, Passport dan lesen memandu kepada warga China.

Begitulah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang apa yang tak ada? Syarikat raja dadah Ooi Chieng Sim menggunakan syarikat senarai awam seperti ATTA Global Group Bhd dan Resources Group Bhd (Heng Huat) pun bermula di Pulau Pinang. Malah mereka diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang saham ke-4 terbesar PBA Holdings Bhd syarikat bekalan air milik Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Apakah maksudnya? DAPlah dalang belakang raja dadah Pulau Pinang ini.

Sindiket Projek IC warganegara China pada mulanya dimainkan dalam laman facebook oleh netizen sekitar bulan September 2019. Mengapa Pulau Pinang menjadi pilihan warga China untuk membuat MyKad dan passport? Mungkin banyak faktor namun ia kekal misteri hingga hari ini. Fakta-fakta kes dari prosiding mahkamah sangat menggusarkan tentang 

Mungkin juga mereka sudah menjadi mengundi dalam PRU di Pulau Pinang. Macam-macam boleh berlaku. 

Insiden Projek IC terdedah

Tular di laman sosial mengenai projek IC. Insiden itu menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh melaporkan maklumat projek IC sebagai palsu namun akhirnya mengesahkan wanita China Xu Yalian adalah isteri kepada warga Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu?


[ARTIKEL BERKAITAN- JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu? ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosial

Susulan daripada itu sindiket menjual MyKad terus dibongkar apabila laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah tetapi tidak boleh bercakap dalam Bahasa Kebangsaan.

Akhirnya 20 Individu ditangkap, RM600 ribu bayaran membuat MyKad dikenalpasti.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis ]

RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis


13 September 2019 seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan  di Mahkamah Sesyen Jenayah, George Town atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.

Mohd Faizul Arifin, 34,  berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Turut didakwa dibawah seksyen sama ialah lima individu iaitu Datuk Lai Chin Wah pendokong DAP, 56; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34.


[ARTIKEL BERKAITAN- Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad ]

Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad


Sehari selepas itu Harian Metro melaporkan bukan 8 tetapi lebih 1000 MyKad. Lebih1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei 2019. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan bukan 8 tetapi 1000 MyKad dijual Pegawai JPN januari hingga mei kepada warga asing ]

 Mengejutkan bukan 8 tetapi 1000 MyKad dijual Pegawai JPN januari hingga mei kepada warga asing

Peguam DAP membela ‘Pengkhianat Negara’

Lebih mengejutkan Datuk Lai Chin Wah  yang terlibat sindiket menjual Mykad didalangi DAP Pulau Pinang dibela oleh RSN Rayer Ahli Parlimen Jelutong DAP. Jelas sekali agenda projek IC di belakangnya di Pulau Pinang adalah DAP. Untuk apa rakyat China mudah memilih Negeri Pulau Pinang? Sebabnya bayar saja RM600 ribu maka dapatlah pelbagai lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- MP DAP jadi Peguam Bela Datuk Lai Chin Wah 'Dalang DAP' jual MyKad ]

MP DAP jadi Peguam Bela Datuk Lai Chin Wah 'Dalang DAP' jual MyKad


Kisah Wang De Qun, MyKad, Passport dan RM400 ribu

31 Oktober 2019 saksi utama kes sindiket penjualan MyKad memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Wang De Qun, 58, atau dikenali sebagai Ewe Chor Beng mengaku membayar hampir setengah juta bagi pembelian MyKad.

De Qun yang berasal dari Shan Dong, China dan turut memiliki pasport negara Vanuatu, berkata beliau sering berulang-alik antara China dan Malaysia sejak 2017 untuk menguruskan beberapa projek membabitkan syarikat bahan binaan miliknya.

“Saya tidak tahu prosedur yang betul untuk mohon (pasport migrasi pelaburan). Kemudian, saya berjumpa seorang lelaki bernama Liw Ge di Thailand pada sekitar Jun dan Julai 2018 melalui seorang rakan.

De Qun ditahan pada awal Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)

Dalam keterangannya, De Qun memberitahu, beliau bersetuju untuk membayar RM400,000 bagi memiliki pasport Malaysia, yang dibayar dalam mata wang Ringgit Malaysia, Yuen China, Dollar Hong Kong dan Dolar Amerika.

Bukan itu sahaja De Qun turut diberi lesen memandu.

Katanya, semua pembayaran itu diuruskan pengurus kewangan syarikatnya, di mana RM200,000 diberikan kepada Liw Ge, dan sebahagian lagi kepada tertuduh, Datuk Lai Chin Wah.

De Qun mengaku bersalah atas tuduhan memiliki pasport palsu mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.

De Qun dihukum penjara tiga bulan dari tarikh sabitan dan dibebaskan serta dihantar pulang ke negara asalnya pada 13 November 2019.

Sindiket ini berleluasa di Pulau Pinang, tertangkapnya pegawai JPN, agen sindiket tidak bermakna sindiket ini selesai. Pastinya bermacam modus operansi dilakukan. Semuanya demi wang. Pendedahan Wang De Qun hanya satu dari kes yang berlaku.


[ARTIKEL BERKAITAN- Wang De Qun Ahli Perniagaan China bayar RM400,000 beli MyKad, pasport Malaysia ]

Wang De Qun Ahli Perniagaan China bayar RM400,000 beli MyKad, pasport Malaysia
Butiran dokumen berharga RM400,000- Bukan sahaja MyKAD tetapi 
pakej lengkap passport dan lesen memandu

Wang De Qun jadi saksi pegawai dan agen pula dituduh..

Perbicaraan sepatutnya bersambung pada 6 hingga 10 April 2020 bagaimanapun kerana krisis COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan maka perbicaraan kes itu tertangguh.

Kes Projek IC yang telah sekian lama membelenggu Sabah amat sukar di benteras apatah lagi Projek IC di Pulau Pinang lebih lumayan diurus niagakan RM400 ribu hingga RM600 ribu. Pastinya permintaan tinggi dan warga negara China kaya mampu membayar wang yang tinggi termasuk memiliki aset di Pulau Pinang.

Rombak JPN

Kerajaan PN harus merombak JPN sebagaimana jabatan dan agensi lain. Jika PH sedia ada yang gagal telah melantik Ketua Pengarah JPN yang kontroversi ada baiknya kerajaan PN menimbang pelantikan Ketua Pengarah JPN yang baharu. Portal Sabahkini2 sudah pernah melaporkan siapa Ketua Pengarah JPN bekas TKP MEIO yang dilantik Pakatan Harapan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual MyKad: Mengapa KP JPN bekas TKP MEIO yang ditahan SPRM bersama Datuk Hasanah tidak dipecat? ]

Jual MyKad: Mengapa KP JPN bekas TKP MEIO yang ditahan SPRM bersama Datuk Hasanah tidak dipecat?Bukan calang-calang yang disiasat, reman dan dakwa SPRM boleh diangkat menjadi KP JPN. Mungkin membalas 
jasanya bagi mendakwa Datuk Hasanah


Kita doakan YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dapat idea baru menyelesaikan kemelut pegawai JPN. Pengkhianat negara tidak boleh dibiarkan dalam JPN.

Kita akan pertahankan Dato' Seri Hamzah bin Zainudin!

 

17 Comments