PKP: Kebenaran Berdua dalam Kenderaan kuasa MKN bukan Shafie Apdal!
18:04 Apr 29, 2020  |  By SabahKini2
PKP: Kebenaran Berdua dalam Kenderaan kuasa MKN bukan Shafie Apdal!

Warta Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ditandatangani Menteri Kesihatan bukan Shafie Apdal.Jadi...

SUSULAN memasuki fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, ketua keluarga yang keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian boleh membawa seorang lagi anggota keluarga bersama.

Kebenaran berkenaan adalah berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan pada Selasa.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan adalah mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei depan.

Warta kerajaan tersebut menyebut, Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu menyebut individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan anggota keluarga yang tinggal serumah.

 


Tak nampak pula nama Shafie Apdal di situ

Peraturan yang sudah dikemas kini tersebut juga memperluas barangan yang boleh dibeli.

Bagaimanapun, pergerakan untuk membeli makanan, ubat, penokok diet, keperluan harian atau apa-apa barangan lain daripada mana-mana penyedia perkhidmatan tidak boleh melebihi radius 10 kilometer dari kediamannya.

Peraturan baharu yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu memasuki fasa keempat hari ini dan dijangkakan akan tamat pada 12 Mei ini.

‘Temberang Shafie Apdal’

Bagaimanapun di Sabah Kerajaan Warisan tidak mahu mengikut arahan yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Pusat. Kuasa mana Shafie Apdal membelakangi kuasa kerajaan pusat?

Katanya Kerajaan Sabah belum membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan hari ini

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan COVID-19 Sabah sebelum ia dilaksana di peringkat negeri ini.

“Kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Sekiranya ia boleh dilaksana tanpa ada kesan buruk yang timbul kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pakar perubatan daripada China di sini, hari ini.

Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran bagi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam PKP fasa keempat dengan membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan bermula hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu terdiri daripada ahli keluarga daripada rumah yang sama, dan pergerakan itu bagi membeli makanan dan barang keperluan harian.

PKP kuasa MKN dan Kerajaan Pusat

Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk peraturan pembukaan premis perniagaan di negeri terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau negeri.

Ismail menjelaskan, keadaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak sama seperti hari biasa, justeru semua keputusan ditentukan oleh MKN

Beliau berharap semua keputusan yang melibatkan negeri atau daerah diselaraskan dengan kerajaan persekutuan dan segala keputusan yang diambil adalah berdasarkan arahan MKN.

Para petugas barisan hadapan atau frontliners seperti polis, tentera dan pegawai perubatan adalah bawah arahan kerajaan pusat.

Oleh itu mohon PDRM, tentera yang bertugas bagi kawalan pergerakan di jalan raya mematuhi arahan MKN dan Kerajana Pusat bukan arahan Shafie Apdal yang memandai-mandai ini.

Flip Flop Shafie

Ketika PKP kedua Kerajaan Pusat membenarkan operasi sektor pertanian dan perladangan bagi rantaian makanan tetapi Kerajaan Warisan mengambil 10 hari membuat keputusan untuk mengikut arahan membenarkan sektor ladang beroperasi semula. Malu sendiri lama-lama akur juga! 

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal Warisan degil ‘tunjuk kuasa’, industri sawit bakal lingkup di Sabah! ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Akhirnya Shafie akur beri kelulusan operasi ladang, kilang sawit di Sabah ]

Shafie Apdal Warisan degil ‘tunjuk kuasa’, industri sawit bakal lingkup di Sabah!

Dalam sektor perhutanan, pembalakan, pengilangan yang dibenarkan sebagaimana Sarawak melaksanakannya tetapi Shafie berpura-pura pandai tidak melaksanakannya. Hanya mahu menunjuk kuasa sebagai Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Operasi sektor perhutanan ketika PKP: Sarawak ‘berani’ demi rakyat, Kerajaan Warisan ‘bunuh’ industri dan rakyatnya ]

Begitu juga bagi operasi semua premis perniagaan menjual barangan keperluan asas dan komoditi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Operasi pengangkutan awam pula dari jam 6 pagi hingga 10 malam

Namun di Sabah Shafie Apdal tidak mengikuti MKN Pusat. Sebelum itu semua waktu operasi pasar, stesyen minyak, pasaraya atau kedai serbaneka dan restoran di setiap daerah di negeri ini dipendekkan jam 6 pagi sehingga 2 petang. Selepas dah kena balun barulah bulan April dibenarkan jam 6 pagi hingga 6 petang.

Penegasan

Sekali lagi mohon penjawat awam yang tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan seperti PDRM, tentera yang bertugas bagi kawalan pergerakan di jalan raya mematuhi arahan MKN dan Kerajaan Pusat bukan arahan Shafie Apdal yang memandai-mandai ini. Jika MKN membenarkan dua orang dalam PKP maka dualah. Tiada dua warta undang-undang diguna pakai di negara ini. Sabah adalah Malaysia maka tertakluk pada pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri. 

Kerajaan Negeri Sabah adalah kerajaan pembangkang maka Kerajaan Pusat berkuasa bagi hal-hal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bukan negeri.

 

35 Comments