Selepas tidak setuju kini Kerajaan Warisan benarkan dua orang dalam satu kenderaan
21:05 May 02, 2020  |  By SabahKini2
Selepas tidak setuju kini Kerajaan Warisan benarkan dua orang dalam satu kenderaan

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong Pengerusi Sabah COVID-19 Command Centre berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah selepas memperinci keputusan yang diumumkan kerajaan persekutuan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah pada Khamis memutuskan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selaras dengan peraturan baharu yang diumumkan kerajaan Persekutuan, Rabu lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong Pengerusi Sabah COVID-19 Command Centre berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah selepas memperinci keputusan yang diumumkan kerajaan persekutuan, pada Rabu lepas.

“Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 4) 2020, seseorang itu adalah dibenarkan untuk ditemani oleh seorang lagi untuk keluar bagi mendapatkan dan membeli barangan keperluan seperti makanan, perubatan dan apa-apa keperluan, dengan  syarat orang yang menemani itu hendaklah yang tinggal serumah,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata untuk barangan penjagaan kesihatan dan perubatan, seseorang itu boleh ditemani oleh mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu.

Rabu lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan oleh kerajaan Persekutuan ditentukan kemudian. Bagaimanapun rakyat mengecam tindakan kerajaan itu  seolah-olah membelakangi arahan MKN.

[ARTIKEL BERKAITAN- PKP: Kebenaran Berdua dalam Kenderaan kuasa MKN bukan Shafie Apdal! ]

PKP: Kebenaran Berdua dalam Kenderaan kuasa MKN bukan Shafie Apdal!

 

1 Comment