PKPB: Shafie Apdal mula U-turn, tiada halangan pergerakan antara daerah
15:05 May 06, 2020  |  By SabahKini2
PKPB: Shafie Apdal mula U-turn, tiada halangan pergerakan antara daerah

Tidak perlu menunggu arahan Shafie Apdal sehingga 12 Mei, PDRM mengikuti arahan PKPB telah membuat notis kebenaran empat individu berada di dalam satu kenderaan serta pergerakan antara daerah. Ditanya Shafie berkata dia tiada halangan...

KOTA KINABALU: Sekalipun Kerajaan Warisan Sabah menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun petanda kerajaan Warisan mula U-Turn sudah kelihatan apabila tidak mahu menghalang sebarang pergerakan antara daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbuat demikian disebabkan Sabah sudah tidak merekodkan kawasan zon merah.

"Kita tidak pernah menghalang polis daripada melakukan peraturan yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kita meminta PDRM mengetatkan kawalan di semua kawasan yang pernah dicatatkan sebagai zon merah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Dividen dan Bantuan Khas Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) kepada peneroka, dekat sini, hari ini.

Sekalipun Shafie Apdal sebelum ini bertegas menolak PKPB dan membelakangkan kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berhubung PKPB namun Shafie tidak dapat menghalang petugas keselamatan kerana kuasa itu adalah kuasa kerajaan pusat. Malah kenyatannya menolak PKPB disokong oleh Datuk VK Liew bekas Menteri Undang-undang PH.

Bagaimanapun ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju notis dikeluarkan PDRM berkaitan kebenaran empat individu berada di dalam satu kenderaan, Mohd Shafie berkata pihaknya tiada sebarang masalah mengenai perkara itu.

"Seperti yang diumumkan semalam kita di peringkat negeri akan melakukan persediaan sehingga 12 Mei ini dalam usaha menyuburkan ekonomi," katanya.

Malah dalam tempoh PKP 4 ini Shafie Apdal juga dilihat banyak memberi pelepasan kepada syarikat beroperasi walaupun beliau masih bermain wayang untuk menerima PKPB.

Dijangka menjelang 12 Mei Shafie Apdal akan melaksanakan PKPB memandangkan terdapat pembantu Menteri DAP tular menyerang Pengerusi Command Centre COVID-19 Sabah Datuk Safar Untung kerana menyekat ekonomi yang menyebabkan ribuan syarikat tutup di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Negeri perlu patuhi PKPB elak disaman berbilion ringgit pihak industri ]

[ARTIKEL BERKAITAN- PKPB Kuasa MKN: Kerajaan Negeri 'acah-acah' tunjuk kuasa, rakyat derita, buang kerja, hilang pendapatan lepas tu U-Turn! ]

[ARTIKEL BERKAITAN -Semua negeri perlu patuh PKPB - Ismail Sabri ]

 

 

7 Comments