Kerajaan Sarawak, PETRONAS capai kata sepakat, Shafie Apdal sibuk perlekeh Agong, jatuhkan Muhyiddin
05:05 May 09, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan Sarawak, PETRONAS capai kata sepakat, Shafie Apdal sibuk perlekeh Agong, jatuhkan Muhyiddin

Nampak tak kebijakan Sarawak?. Sejak Kerajaan PH berkuasa hingga PN berkuasa Kerajaan Sarawak tetap hidup. Mereka bijak mengambil ruang. Shafie pula selain pakar U-Turn kini dia sibuk menghina Agong dan jatuhkan Tan Sri Muhyiddin PM. Sabah dapat apa?

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berjaya mencapai kata sepakat untuk memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai ke atas petroleum di Sarawak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penyelesaian itu adalah pendekatan mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara dalam jangka panjang.

"Sejak usaha untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 bermula secara rasminya pada Disember 2018, kerajaan negeri Sarawak dan PETRONAS berjaya mencapai kata sepakat memilih penyelesaian dalam rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum.

"Ini juga selari dengan dasar utama kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama yang bermatlamat untuk berkongsi kemakmuran negara merentas kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, penyelesaian itu akan memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk terbabit sama dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama PETRONAS.

Katanya, ia juga tidak mengubah peranan PETRONAS sebagai syarikat minyak mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras Perlembagaan Persekutuan.

"Jawatankuasa yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Kerja Raya dan Menteri Kewangan akan memastikan rundingan diteruskan ke arah penghasilan yang diterima oleh semua pihak," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata dengan adanya penyelesaian tersebut, suasana perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil dapat diwujudkan.

“Dengan adanya penyelesaian seumpama ini, suasana perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil dapat diwujudkan bagi memacukan lagi industri berkenaan di Sarawak. Kerajaan Sarawak merupakan sebuah kerajaan yang praktikal dan ingin meyakinkan pemain industri minyak dan gas bahawa ia sentiasa bersifat mesra perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS dalam rundingan seterusnya bagi menentukan semua pihak dapat mencapai penyelesaian dan persetujuan bagi isu-isu lain yang berkaitan.

 

 

Sementara itu Kerajaan Warisan Sabah pula Ketua Menterinya sedang sibuk memperlekeh kuasa Yang Dipertuan Agong untuk membawa Dr Mahathir semula sebagai Perdana Menteri sedangkan Tun Dr Mahathir telah meletak jawatan sebelum itu. Misinya hanya mahu menumbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri di kala krisis COVID-19 belum tamat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM ]



 

30 Comments