Sindiket 'Projek IC' disokong Warisan, PSS, beri tanah kepada Setinggan bukti Warisan 'Penternak' PATI
01:05 May 28, 2020  |  By SabahKini2
Sindiket 'Projek IC' disokong Warisan, PSS, beri tanah kepada Setinggan bukti Warisan 'Penternak' PATI

Tak perlu 'spin' kenyataan Dr Jeffrey. Apa perlunya Dr Jeffrey memberi bukti?Sedangkan bukti sangat jelas sejak 22 bulan Warisan, PH UPKO berkuasa. Borneotoday sendiri dedah syarikat tipu PSS disokong Azis Jamman!

Portal pro Warisan begitu bermegah melaporkan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dikatakan mengaku gagal menunjukkan sebarang bukti mengesahkan tuduhan beliau sebelum ini kononnya Parti Warisan Sabah (Warisan) memberikan dokumen kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terlibat dalam kebakaran.

Spin kenyataan Dr Jeffry

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) itu sebaliknya berkata, beliau hanya menganggap semua penghuni di kawasan setinggan adalah PATI, justeru apabila berlaku kebakaran dan kerajaan memberikan bantuan, penerima bantuan tersebut adalah PATI.

“Pendatang asing tinggal di mana sahaja tetapi selalunya kawasan setinggan seperti anda tahu di mana ada setinggan mereka ada di sana, jadi kita menumpukan kepada penghuni setinggan sebab kita risaukan penularan koronavirus daripada kumpulan ini,” katanya.

Dr. Jeffrey Kitingan perlu buktikan Warisan pendokong serta beri dokumen kepada PATI?

Sebenarnya Dr Jeffrey tidak perlu membuktikan apa-apa mengenai Kerajaan Warisan 22 bulan ‘penjaga’ PATI.  Ia bukannya mahkamah dan sebagai anggota kabinet Dr Jeffrey perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Kenyataan beliau tidak lagi boleh dianggap sebagai kenyataan individu tetapi anggota pentadbiran kerajaan. jawapan Dr Jeffrey sesuai dengan kedudukannya. 

Namun fakta Warisan membela PATI di Sabah adalah amat ketara sekali tidak dapat disangkal sejak mereka berkuasa. Portal Sabahkini2 sejak Warisan merampas Kerajaan secara pintu belakang Mei 2018 lagi sudah mendedahkan Warisan memang membela PATI malah memberi dokumen yang boleh menghalalkan PATI menetap di Sabah. 

Bukti terbesar ialah apabila Warisan nekad mahu melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) untuk memberi dokumen kepada pendatang Filipina. Akhirnya kempen Warisan memakan diri dan tewas dalam PRK Kimanis januari 2020. Rakyat tolak Warisan!

[BACA ARTIKEL INI- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

[BACA ARTIKEL INI- Strategi Warisan 'Makan Diri', Batal PSS hanya langkah sementara kaburi rakyat? ]

 Strategi Warisan 'Makan Diri', Batal PSS hanya langkah sementara kaburi rakyat?

Jika Warisan benar mengenai pemberian PSS kepada PATI dengan membenarkan mereka memiliki dokumen mengapa Warisan perlu membatalkan PSS selepas PRK Kimanis? Pertahankan apa Warisan mahu. Buktikan itu rakyat mahu. Tapi rakyat menolak PSS. Warisan kalah besar di Kimanis. Rakyat sedar Warisan membela PATI. 

Lebih mengejutkan Madius Tangau dan UPKO yang dulu 'acah-acah' menentang Pendatang Asing tiba-tiba menjadi 'penjilat' tegar Shafie Apdal. Pada 26 Disember 2019 menjelang PRK Kimanis Madius Tangau tampil menolong Shafie Apdal menyeru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah dan beranak-pinak.  Katanya beri peluang kepada IMM13 Filipina menetap di Sabah dihalalkan dengan PSS.

Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

Oleh itu pertanyaan wartawan dan pelaporan Borneotoday adalah sesuatu yang hanya bersifat ‘spin’. Tanya rakyat Sabah semua tahu apa yang Warisan lakukan termasuk Datuk Azis Jamman ketika menjadi Timbalan Menteri KDN menyokong syarikat yang berniaga ‘pekerja asing’ dan beri dokumen kepada PATI.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri? ]








Portal Borneo Today sendiri melaporkan mengenai MMC tipu PSS. Mengapa Borneo Today tak berani lapor sahaja dokumen Imigresen
yang disokong oleh Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN ketika itu kepada syarikat MMC itu.  Kata tipu PSS.
Tunjuklah dokumen seperti di atas.

Atau takut kerana mendapat upah Warisan? Sabahkini2 konsisten hingga kini..

Rakyat Sabah tidak pernah lupa apabila berlaku kontroversi syarikat yang rapat dengan Azis Jamman menggunakan kedudukannya terlibat dengan projek IC atau pemberian dokumen kepada PATI. Satu tangkapan dibuat terhadap pemilik premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu sindiket kad pengenalan November 2018. 127 Helai surat permohonan sokongan kelulusan mendaftar permit dan Kad Pengenalan MYPR Kepada Datuk Mohd Aziz Jamman  ditemui di premis Areney Enterprise. Borang itu dikatakan akan di hantar ke pejabat PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR. Dalang di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar terlepas tetapi pemilik Areney Enterprise menjadi 'kambing hitam' dan didakwa di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!


Dokumen yang dirampas




Warisan, Setinggan dan beri tanah penempatan

Mengenai Kebakaran dan setinggan, rakyat Sepanggar tidak lupa apabila Datuk Azis Jamman telah mengumumkan tapak penempatan mangsa kebakaran Likas pada Julai 2018 di Kampung Darau berdekatan dengan kawasan Alamesra Sepanggar. Rakyat Sepanggar menentang habis-habisan 'Langkah Darau' itu. Bukti video dan gambar disertakan. Warisan U-turn dan mencari tanah lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

Dengar ucapan Azis Jamman betapa yakin dia beri penempatan baru kepada setinggan terbakar.
Apa hak dia memandai-mandai sebelum persetujuan orang kampung di Kg Darau?

Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar


Rakyat protes Warisan!. Itupun terus tak sedar diri hingga nak buat PSS lagi. Dan tumbang di Kimanis

Begitu banyak lagi insiden kebakaran setinggan reaksi Warisan beri tanah, gazetkan pula kampung setinggan yang majoriti PATI tinggal malah pernah kecoh Projek IC di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan dan didakwa di mahkamah

Bukti dah ada. Sekali lagi apa perlunya Dr Jeffrey Timbalan Menteri Pelancongan menjawab pertanyaan Warisan itu? Buka mata pun dah tahu Warisan dan PATI tidak boleh dipisahkan. Berhenti berpura-pura!

 




16 Comments