Peter Anthony dipanggil SPRM hari ini
03:06 Jun 09, 2020  |  By SabahKini2
Peter Anthony dipanggil SPRM hari ini

Peter kembali lagi ke SPRM

Apakah SPRM akan mereman Datuk Peter Anthony hari ini? Apakah kembalinya Michael P Ubu ke Malaysia lebih 2 tahun kini menguntungkan Shafie dan Peter Anthony? yang pasti Michael Ubu kini tidak boleh melarikan diri lagi

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dilaporkan akan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu minggu lalu menerima notis hadir ke pejabat SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi hari ini. Turut disebarkan ialah mesej aplikasi WhatApps menyeru penyokong Peter Anthony hadir ke pejabat SPRM menyokong Menteri itu.

“Salam rakan-rakan AJK,untuk makluman semua mohon jasa baik rakan-rakan terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Sepanggar atau kawasan yang berhampiran untuk kita sama-sama mengiringi YB Datuk Peter ke pejabat SPRM.”.

Peter Anthony diminta hadir ke pejabat SPRM bagi siasatan kes skandal rundingan terus RM1.5 bilion dan penjualan tanah RISDA bersama Michael Persius Ubu.

Peter dua tahun lalu direman SPRM selepas disiasat berhubung kes penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Beliau turut direman bagi kes pencurian wang RISDA RM15.5 juta namun Peguamnya Michael Ubu melarikan diri  ke luar negara.

Bagaimanapun Michael Ubu peguam yang dikehendaki PDRM dan SPRM itu muncul baru-baru ini apabila kembali ke Sabah dengan bantuan orang dalam pada 29 April lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM? ]

Menurut sumber pergerakan Michael Ubu kini dipantau oleh SPRM

Lebih kontroversi apabila Peguam keluarga Michael Ubu tampil dalam sidang media mengesahkan Michael Ubu berada di rumahnya dan mendedahkan maklumat baru bahawa Michael Ubu telah membuat pembayaran RM18 juta bagi penyelesaian kes RISDA itu. Turut mempersoalkan ialah  Datuk Seri Yong Teck Lee Presiden SAPP bila Michael Ubu membuat pembayaran penyelesaian itu?

[ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Ketua Menteri minta penjelasan RISDA pengakuan Michael Ubu bayar RM18 juta!]

Ia menyebabkan peguam keluarga Michael Ubu itu Benjamin Chin turut dipanggil SPRM memberi keterangan mengenai Michael Ubu

7 Comments